Online users

Follower

Saturday, April 25, 2009

Moga tenang di sana

Ok.Entry kali ini mungkin akan membuatkan kau menangis.Jadi aku sarankan kau pergi ambil kotak tisu dan letak tepi kau.

Benar kata orang, perpisahan adalah memeritkan.Lebih-lebih lagi kita kehilangan orang yang kita sayangi.Tidak kiralah kita berpisah hidup atau mati.Dua-dua perit.Aku telah merasai kehilangan orang-orang yang aku sayang sejak aku kecil lagi.


Abah suka suap pulut ikan masin kat aku dan Zulhasri.


Sewaktu aku berumur 8 tahun, abah aku meninggal dunia disebabkan barah hati.Let’s recall what happened during that time.Seingat aku, aku langsung tak rasa sedih dan risau dengan pemergian ayah aku.Benarlah kata orang, budak kecik ni innoncent.Tak tahu apa-apa.Dan pada waktu itu, mama aku baru saja lepas pantang adik aku yang bongsu sekali,Zulaikha.Bayangkan je lah perasaan mama aku bila melihat aku seronok bermain di halaman rumah sedangkan di dalam rumah orang ramai sibuk membacakan yasin untuk si mati.Sedang asyik bermain, mama aku panggil aku.Aku pergi dalam bilik tempat mama aku menangis mengenangkan nasib dirinya yang kehilangan suami tercinta.


“Kak, abah dah tak da lagi.Abah dah meninggal.”

Sayu saja suara mama.Aku ingat dan tak kan lupa nada suaranya yang memang lemah!

“Ok.” Balas aku.


Mama lantas peluk aku erat.Dia menangis dan menangis.Dia tak salahkan aku.Dia paham aku tak mengerti apa-apa.Terlalu muda untuk aku melalui semua ni.Adik-adikku apatah lagi.Waktu tu, kumpulan Raihan memang tengah tip top kat dunia hiburan dan aku adalah salah satu peminat dorang ni.Bila aku nampak geng jubah putih datang berserban putih, aku mula terasa semacam.Ingat tak video klip Raihan tajuk “Iman adalah mutiara” ? If tak silap aku, dalam video klip tu, ada orang yang berpakaian serba putih.Aku jadi takut.Geng jubah putih tu anak murid abah aku.Dorang datang untuk beri penghormatan terakhir dan tolong menguruskan abah.Waktu dorang angkat mayat tu dalam keranda, aku mula menangis.Baru aku faham.Aku takkan jumpa abah lagi dah.Aku menangis dan menangis.Aku peluk mama.Kali ni, mama dan aku sama-sama menangis.Nak saja aku jerit suruh letakkan balik abah aku. Tapi aku tak berdaya.Terus terngiang-ngiang lagu Iman Mutiara dalam kepala otak aku.Meramu air mata aku.Aku tengok Zulaikha.Kesian adik aku.Tak sempat merasa kasih sayang seorang abah.


Mama seorang cikgu.Cikgu Azizah.Sebab tu aku nak jadi cikgu juga.


Aku ingat setakat tu saja kisah sedih aku. Tuhan sekali lagi menduga aku.Kali ni mama pula disahkan menghidap barah otak.Waktu tu aku darjah 5.Ah! Hati terasa bagai disiat-siat bila tengok mama dah tak seceria dulu. Mama jadi kurus,sebelah matanya pula terpaksa ditampal cotton wool sebab mama silau.Penglihatan mama jadi kabur.Rambut mama gugur akibat kesan kimo yang dijalaninya setiap minggu.Tapi bagi aku, mama tetap cantik.Bila mama senyum, aku rasa lega.Sekurang-kurangnya dia masih mampu tersenyum walaupun dia tahu peluang untuk dia hidup dah tak lama.Setiap minggu kami adik beradik akan bergilir-gilir teman mama buat kimo.Saat dia masuk bilik kimo di Hospital Penang, aku turut terasa sakit yang perlu ditanggungnya.Bila dia keluar dari bilik kimo, dia langsung tak pernah tunjuk dia sakit.Tak mahu kami risau pasal dirinya.Aku pun tak nak tunjuk aku sedih.Aku balas senyumannya.


Keadaan mama makin kritikal bila aku sendiri dia dah tak cam.Dia lost memory sekejap.Aku menangis.Sedih mama tak kenal aku.Pak Lang bawa dia berubat kampung.Bomoh cakap ada orang buat mama aku.Kejam! Aku tak sangka ada orang sanggup buat mama aku sampai macam ni sekali.Cukuplah dia terseksa dengan barah ni.Mama kena kuat.Orang yang kenakan mama tu pernah mama tolak cintanya satu masa dahulu.Kurang ajar kau! Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.


Satu malam, giliran aku jaga mama.In case dia terbangun tengah-tengah malam, aku yang bertanggungjawab. Tiba-tiba, mama bercakap seorang-seorang.Tangan dia pula terangkat sebelah.Jari telunjuk dia seakan-akan menunjuk ke arah sesuatu.Aku jadi takut.


“Tunggu mama kat situ ye.Nanti mama datang.Kejap je lagi.”

Mama mengomel seorang diri.


Aku pergi dekat mama.Kena berani.

“ Mama, mama cakap dengan sapa tu?”


“Mama cakap dengan Ika (adik aku yang bongsu).


Dia panggil mama naik kat atas situ.Cantik sangat tempat tu.”

Mama still pandang atas.


Aku senyap.Kelu.Tak tahu nak cakap apa.Mula-mula aku ingat mama mamai atau merapu seorang diri.


Keesokannya waktu aku dekat sekolah, adik lelaki aku datang dan minta aku balik rumah.Mama tenat.Aku mula tak sedap hati dah.Terus aku jumpa HEP dan minta pelepasan dan aku kayuh basikal selaju yang boleh.Bila sampai je di rumah, pintu dan tingkap semua terbuka.Aku hairan.Kak Bah (pengasuh aku) pula duk sibuk sapu sampah satu rumah.Aku buka kasut sekolah dan tanya mama mana.


“Kak Bah, mama mana?”

“Mama dah tak da”

“Tak da pi mana? Hospital?”

memang aku bengap gila waktu ni.Aku still tak dapat tangkap maksud pengasuh aku.


Itulah Kak Bah.Sekarang dia dah kahwin dan punya anak 2 orang.Terima kasih Kak Bah sebab jaga kami selama 15 tahun.


Kak Bah datang dan peluk aku dan meraung menangis.Ok.Aku da faham.Lemah badan aku waktu tu.Terus aku fikir siapa nak tanggung aku lepas ni, siapa nak jaga makan minum aku.Aku rasa dunia berhenti berpusing sekejap.Aku kelu.Aku berteleku kat tangga rumah aku.

Kenapa aku? Kenapa aku mesti tanggung semua ni? Adik-adikku macam mana? Aku pegang tanggungjawab besar nak jaga diorang.Siapa nak kucup dahi aku setiap kali aku masuk tidur? Mama dah tak ada.Aku dukung Zulaikha yang waktu tu baru 3 tahun.Kecil lagi.Aku tenung muka dia lama-lama.Apalah nasib adik aku yang seorang ini.Kecil-kecil lagi dah hilang mak bapak.


Aku tengok mama dimandikan dan dikapankan.Aku menangis lagi.Kurusnya mama! Yang tinggal hanyalah kulit dan tulang.Selesai semua, mama diletakkan dalam bilik untuk orang ramai datang ziarah.Aku duduk disisi jenazah.Surah yasin dibacakan.Mata mama tak tertutup rapat.Aku berfikiran gila.Aku mengharap mama bangun semula.Aku tak berhenti berharap.


“Bangunlah mama..bangun” detik hatiku.


Mama tak juga bangun.Aku tak putus harapan.Sehinggalah mama dikapankan dengan kain putih.Badan mama ditaburi dengan segala macam haruman.Muka mama nampak tenang saja.Walaupun pucat.Bila lapisan kain yang terakhir dibalut, aku kucup dahi mama.Semoga tenang di sana ya.Aku berlari tinggalkan mama.Aku tak sanggup tengok mama dibalut.Aku sedih.


Aku berhenti berharap.


Hanya tinggal kenangan.Moga tenang di sana.Kakak tak pernah lupa doakan kesejahteraan abah dan mama.


Tuhan sentiasa menguji umatnya.Dan aku tak pernah salahkan Tuhan kerana mengambil nyawa abah dan mama.Tuhan lebih sayangkan mereka bukan? Hati aku kena kuat.Aku kena tabah.Tak boleh menangis dan terlalu kenangkan apa yang terjadi.Besar hikmah di sebalik pemergian mereka.Aku belajar berdikari sejak aku kecil.Aku tak bergantung pada siapa-siapa.Sekarang aku tinggal dengan nenek aku.Aku tak nak bebankan dia.Aku bersyukur sebab masih ada lagi insan yang sanggup jaga kami 4 beradik.Tak perlu aku tinggal di dalam rumah anak-anak yatim.Aku tak pandai meminta.Aku pakai baju yang ada dan beralah dengan adik-adikku.Kesian diorang.Duit pula, if nenek bagi, aku ambil.If dia tak bagi, pandai-pandai la aku hidup dengan duit elaun yang aku dapat.


p/s : Tanggal 24.4.09 genap 9 tahun arwah mama pergi.Al-Fatihah

p/s/s : Aku teringat balik apa yang mama cakap malam sebelum dia meninggal.Gambaran syurgakah itu?

46 comments:

princess hearty said...

takziah ye..
yupe, kehilangan yang tersayang mmg pedih, tp ada hikmah disebalik setiap yg terjadi. be strong girl...

me said...

al-fatihah

adey manis said...

aku x tawu mcm mane reaksi aku klu mak ayh aku xde, aku pnh terpk, tp aku bajet aku mmg xleh hdup tnpa dorg, n aku akn amik mse utk kmbli spt sdiakale. n yg pasti, ia akn efek bsr dlm hdup aku.. moga mama kau dtempatkn bsama roh2 org yg beriman... amin..

aizul marcello said...

uish perit tol apa yg ko tanggung slama nih zack..

sbr taw..insyaallah ada yg terbaik menunggu ko tak lama lagi..

believe me..!

...aRa... said...

takziah pirah...
teringat kta sembang dlu kt school psl bnda ni....
sbar erk?syg pirah...

Farahalina.Rosli said...

z,tbh tau...ina knal z...sdey ing blik time tue...baek2 tau...jg dri...even xslalu cntct,ina slalu ingt kwn2 kita sume...take care...pe2 you can count on me!!!

farieha said...

salute ar ngan zACK yang begitu tabah..smua ada hikmahnya..smoga roh tenang disana..amin.

Fatin Aliyya said...

kak firah
b strong k...

mimi mimi said...

pirah..
takziah ak ucapkan..
moga hg lebey tabah+sabaq from now on..
ak respek hg sbb cool..kalu ak laa,tatau la ap yg akn jd...
al fatihah..

meL0r@an!S said...

hummmm.. cian ank.. tp ak taw dr dlu lg ak dh sedey... huhuhu.... tp xper..kwn ku c pirah sgt KUAT!!

p/s: nnt post la suma pic adek2 ank.. nk tgk suma muka copy jgk ke x.. hihihihi

Cx Bob said...

setiap pemergian ade hikmahnya..
jgn dikenang yg telah pergi..
hargai yg ada..
itu lebih penting..
huhuhu

Anonymous said...

al fatihah utk ur parents..
zack, i've never lost someone dear to me. even my relatives. so i cant say that i really understand ur feeling..i just hope u remain strong yah

Hafiz-u-ddin said...

sob.. sob.. sobb..

al-fatihah kepada kedua-dua arwah

kuat nya kau...

mR SyamEL said...

droptears...
Al-fatihah...
semoga tenang di sana...
Aminn..

-itu gadis- said...

u r very tough gurl zack!!!

Anonymous said...

mati hanyalh satu permulaan utk kehidupan abadi..Allah da aturkn segalanya dgn perfect, atas kite nk tafsirkan takdir n terimanya dgn redha, sbab Allah xkan uji hambaNya kalau Dia xsyg, be strong n slalu doakan kesejahteraan arwah..Al-Fatihah

AkuAyie said...

x sangka org yg happy-go-lucky cm ko tanggung byk sgt derita..
bersabar ya.
Hope u happy always, walaupun kekurangan dari org lain, ko still ada kelebihan. Anggapla tanggungjawab jaga adik2 ko sebagai satu rahmat yang tak terhingga. Kawan2 ko pun ramai. We're always here for u! =) Chaiyok Zack!

Sitie BUm BUm said...

Al-Fatihah..

mira said...

zack! sedey nya.
mengalir2 air mata aku.
aku ingt agi masa tuh.
b strong 4ever girl!
:D

Unknown said...

alfatihah buat mak n abah kamu.sy yang membacanya turut sebak dan hampir menangis.kuatkan hati mu lg.i know u can do it.kamu akan jmpe mereka nnt.insya allah...:)

izzahfarhana said...

al-fatihah.moga mereka di tempatkan dlm kalangan org2 yg beriman.amen.

Anonymous said...

dear..
so sorry for you.
yg hdup mst kena tbh..
salu bdoa utk ur parents..
nvr 4get em'.
they r' our everythg evn they r' not with us anymore.
slm..

Ninja Padang Kota said...

memang btul leh wat org nangis.
aku yg gengster pun leh mengalir air mata.

tabah ek. jadi kuat lg.
owh ni kawan skolah sarah halim.
huhu.

ada van de kamp said...

;(

FaRiD_Aziz89 said...

------------AL-FATIHAH-------------

1st kali, bila aku baca entry ko ni, aku rase mcm dah nak kering air mata aku...aku selalu fikir, bila tiba masanya, adakah aku mampu untuk mnerima kehilangan mak n ayah aku..aku takut kalu aku hilang semangat..tapi aku bangga ada kawan mcm hang, hang kuat semangat n berdikari....ape2 pun ZACK, hidup mesti diteruskan..kalu kita menangis air mata darah sekali pun, yang mati x kan hidup kembali...kita hanya mampu berdoa agar roh mereka ditempatkan di dalam golongan2 orang yang beriman...aku percaya, mak dan ayah kau pasti bangga ada anak mcm kau

----AMIN (2X) YA RABBAL ALAMIN-----

ainie rafiedah said...

u r a very strong person dear..n tkziah..

[z@ck] said...

kepada semua..
thanks 4 ur support..
aku syg korang suma!!!

Hafiz Abdul Malek @ HM said...

al-fatihah...
moga2 mereka dlm golongan mukmin ... amin....

afiqafandy said...

zack,, ahah,,

terkedu sebentar

lmbt sket baca entry ni,,

al-fatihah,,

kuat semangat k!

[z@ck] said...

hafiz abdul malek: insyaAllah..

afiq: ye..thanks afiq.

~dewi wafanie~ said...

zack....u r such a strong person...x thn la airmata ni nk nanges...coz i know how it feels....juz blh doa je kt diorng....al-fatihah.

nani syafiqah said...

asalnye sy silent reader
tp entry kali ni mmg mnyayat ati
mnitis air mata ni
akk sgt tbh
harap akk dpt bthn slame2nyer
jge adk2 akk yer
-al fatihah-

tuKang tuLis said...

Zack...
tuKang tuLis harap Zack slalu tabah...
zack jd tmpt adik2 bergantung
tuKang tuLis rs kagum sgt2 cne zack bleh sekuat ni d umur yg sgt muda...

jg diri bebaek...
tapi tuKang tuLis trkilan tgok gamba mak zack..
x pkai tdung...huhu

maap ye zack...
smoga arwah dtempatkan d kalangan yg beriman
~al-fatihah~

ungu said...

zack
salam takziah yang begitu lama buat kamu
aku bangga mengetahui ada insan seperti kamu dalam dewasa ini

aku tahu kamu sentiasa tabah
tabahlah
Allah sentiasa mendoakan kamu

ungu said...

typing error

Allah sentiasa bersama kamu

Pamee CliQue said...

z..
aku bangge..
aku mungkin x setabah kau..
ingatlah z, hidup bkn untuk menongkat dunia..
setiap yang bernyawa pasti akan dijemput kesana..
kalungkanlah madah-madah suci buat kedua-dua orang tuamu..
titipkan jalan ke syurga buat mereka..
aku turut mendoakan.. al-fatihah

;(

joegrimjow said...

ku bace tak habes lagi
ubah r skit ek
tgok balik syarat

pape pon, ku suke bace yg mula2
xley lame2 sebab mao study

pas exam ku bace!!

DilOt said...

salam..
takziah ye..jage adik2 baik2..
semoga Allah sentiasa merahmati zack & adik2...

al -fatihah

joegrimjow said...

da tanda
time kasey ya
sedeh...

||alis|| said...

cik zack;

tahniah! anda juga menang Tee MU dari joe ;)

takziah..
al-fatiha buat parents anda...

joegrimjow said...

salam
contact ku ley?
xjumpe no
dah lam dah ni

MOMMY SOFEA & SAIF said...

syg..
kami sepupu2 yg lain pn takkan pernah lupa saat pak lang n mak lang kami pergi..

masa tu.. bila tgk kamu, hati kami sayu.. tp kali terakhir kak ngah tgk kamu.. kamu mmg tabah..
kamu warisi kecantikan mama kamu..
kamu dh blaja rajin2..
jadi cikgu.. kamu dh buat arwah bangga k..

Kalau rasa susah, ingat, kami semua masih ada..
cuma kamu tak nampak..

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Anonymous said...

Pleased New Year[url=http://sdjfh.in/flexpen/],[/url] everyone! :)

Anonymous said...

Hey – nice blog, simply wanting around some blogs, seems a fairly nice platform You Are using. I’m at the moment utilizing Drupal for just a few of my sites but trying to change considered one of them over to a platform very much the identical to yours as a trial run. Anything particularly you would recommend about it?
This one is an inspiration personally to uncover out way more related to this subject. I need to confess your knowledge extended my sentiments in addition to I am going to proper now take your feed to stay up to date on every coming weblog posts you would possibly presumably create. You're worthy of thanks for a job perfectly achieved!
Now you've your new site and you’re keen to begin making some sales! However, how will you make sales in the event you do not have high volumes of visitors to your website?
Thanks for taking the time to debate this, I really feel strongly about it and love studying more on this topic. If doable, as you acquire expertise, would you thoughts updating your weblog with additional data? It is extremely useful for me.
Many thanks for posting this, It?s just what I was researching for on bing. I?d lots relatively hear opinions from a person, slightly than a company web page, that?s why I like blogs so significantly. Many thanks!

kucokelat said...

sedihnyaaaaaaaaa..... zafirah
al-fatihah

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger