Online users

Follower

Tuesday, April 28, 2009

Walaupun kau tak ikhlas pakai tudung

Perempuan yang pakai tudung sekarang tak semuanya baik.Bagi aku, sesetengah orang yang memakai tudung hanyalah for the sake of orang lain.Bukan untuk diri dia sendiri.Betul kan? Itu perkara yang bagus sebenarnya.Walaupun kau tak ikhlas pakai tudung, kau tetap pakai.Kiranya kau ada inisiatif untuk menghormati orang di sekeliling kau .Mungkin kerana tuntutan di tempat kau belajar dan sebagainya.Ada sesetengah orang yang pakai tudung, tetapi perangai zero.Contohnya, a friend of mine punya mak cik pakai tudung labuh segala.Tetapi mulut asyik mengata dan memperkecilkan orang lain.Bagus ke macam tu?

Ouh.Sebelum aku cakap banyak lagi, aku ingin ingatkan yang ini adalah pendapat personalku, aku tak berniat untuk menjatuhkan aib dan maruah mana-mana pihak.Hanyalah sekadar renungan kita bersama.

Ok.Back to the story.Tuntutan memakai tudung adalah diwajibkan dalam Islam untuk kaum wanita. Harus di ingat agama Islam bukanlah agama paksaan. Jadi bagi aku, kalau sesetengah individu yang tak memakai tudung itu, mungkin mereka belum bersedia.Aku sebagai perempuan memahami naluri wanita yang sememangya selalu ingin kelihatan cantik dan anggun. Mungkin kau rasa lebih confident bila kau tak pakai tudung.Kau senang membawa diri kau sebegitu rupa.Janganlah kau buat spekulasi if kau nampak perempuan tak pakai tudung, terus kau cop yang bukan-bukan.Kesian dorang.Dorang juga solat dan berpuasa.Tiada bezanya dengan orang lain.Lambat laun seseorang itu akan berubah dan sedar.Aku tak boleh paksa kau pakai tudung kan.Itu adalah kehendak diri sendiri.

Ok.Gambar ini hanyalah selingan.Jangan renung lama-lama.

Bagi yang sudah cantik dan sopan memakai tudung, jangan pula kau tiba-tiba jakun nak buka tudung ya.Ini lagi berdosa besar dari golongan yang di atas.Dari duk elok-elok tutup tiba-tiba buka.Apa kes? Mungkin culture shock dan terpengaruh dengan kawan-kawan disekeliling. Sanggup habiskan duit pergi rebonding segala.Bila orang tegur, kau buat derk je.Aduyai.Kau pandai fikir sendiri la akibatnya nanti.Aku tegur untuk kebaikan kau juga.Tapi if kau yang tak nak ikut, itu urusan kau dengan Tuhan la. Part aku untuk menegur kau sudah habis.

Ada juga yang fleksibel.Kejap buka, kejap tutup.Ya ampun.Orang macam ni pun ramai.If kau rasa nak pakai,kau pakai. If rasa panas, tengah-tengah orang ramai kau buka tudung tu.Tak manis la. Kau kena tetap pendirian. Malas sebenarnya nak menegur-negur ni.Kau pun dah besar.Dah pandai fikir baik buruk.

Bagi aku pula, darjah 5 sudah mula pakai tudung.Time tu jangan cakaplah.Tudung terpeleot sana sini.Itu pun atas kehendak diri aku sendiri.Tak ada siapa yang paksa aku pakai tudung.Sekarang dah ada macam-macam fesyen bertudung. Belit sana sini. Terpulang kepada kau untuk pilih yang mana satu.

Kesimpulannya, setiap individu berhak untuk menentukan apa yang kau nak dalam hidup. Whether to wear scarf or not. Tapi lagi manis kalau bertudung.Believe me.

p/s : Pernah pakai tudung terbalik pergi kuliah.Tapi tak ada siapa yang perasan. Hehehehe.

p/s/s : Lebih baik tak bertudung dari bertudung tetapi asyik buka tutup je kan.Siapa setuju?

*Aku juga menasihati diri aku yang kadang-kadang goyah pendirian.Masya-Allah*

25 comments:

AkuAyie said...

waaa...entri sensitip..
haha..
tp aku stuju la. daripada bukak tutup bukak tutup.. lebih bek xyah pakai. Bukan apa, nanti orang mengata belakang, dosa plak tu.
Yang tak pakai tudung lak, maybe x dpt hidayah Allah lg. Kita doakan je mereka berubah...
Aku kenal ramai gak yang x pakai tudung, tp hati baik sungguh. Doa jela yang aku mampu lakukan bagi mereka.

FaRiD_Aziz89 said...

-------ASSALAMUALAIKUM---------------

Erm... betul cakap ko tu Zack, kalu bertudung setakat nak ALIM-ALIM KUCING je baik x PAYAH!!! Kadang2 aku berasa pelik, pakai tudung bukan main lagi, tapi mulut tu duk POT-PET sana-sini...Hehehehe, aku ni pun suka gak buat KETUPAT, tapi KETUPAT aku ada asasnya, bukan setakat KETUPAT yang sarung dia jek...


Yang Prihatin,

(Farid @ Bubu )

Anonymous said...

farah mesti rase offended every post psl pkai tudung..

ntahla zack..

mugkin patut xyah pakai tudung supaya farah xyah terasa lagi..nauzubillah

13may said...

best plak ushar lama lama gambar hiasan tuh :D

Mr Daha said...

AKU X RENUNG GAMBAR KO K! ha3.. xbleh blah tul letak gamba capub disitu. :P

Em.. bagi aku, aku xkisah korang nak pakai tudung ke x. Aku xda la jakun kalo tgk org yg aku kenal xpakai tudung. Biasa2 je. Xda beza mana pun. Xbertudung xsmestinya jahat. Maybe dorang dah biasa camtu.

Nak pakai, xpakai, jap pakai jap xpakai ke, skati korang ler. Xda beza pn. Biasa la. Muda2 la kita enjoyyy~~ (",)

Amirah Raihana said...

owh3
sokong yg nih

"p/s/s : Lebih baik tak bertudung dari bertudung tetapi asyik buka tutup je kan.Siapa setuju?"

sgt2 stuju.. sokong 0/ !!!

Anonymous said...

zack...doakan smoga cpt tetap pendirian azu..amiin...

Qistina Fahimi said...

aku sokong mr. daha!!
suka ati korang ar nak pakai ke x,
janji x ganggu idop org lain,

p/s: time muda2 nie ar nak enjoy n menggedik..haha..

ada van de kamp said...

comey r kalau pakai tudung. lgpun, abg ***** mesti suka tgk hg. hahhaha =P

akudinda said...

saya sokong...
gambar yg tengah tu lawa la..
tudung biru..
gadis tudung biru..

Izyan Helmi said...

pkai tudung biar dgn rela hati..bkn kerana org len. i mle tergerak hati nk pkai tudung waktu menyambut birthday yg ke-20. maybe time tu rs diri ini da puas berfesyen yg pelik-pelik n usia sudah meningkt

devoted lily♥ said...

huaa..
aku ske ngn Mr. daha..
really open minded..
btol2 mude ar nk njoyy...

KiKiHanakO said...

betol..!

Cx Bob said...

pahala aku adalah utk aku..
dosa ko adalah utk ko..
pikir sendri..
hahahaa..
cube da best..
x salah cube..
hehehe

[z@ck] said...

AkuAyie : betol..buat pe nak paksa org pakai tudung kan..

Farid: aku teringat cerita ang pasal mak cik ang 2..huu

farah haris : kenapa farah ? hurm..

13may: haipp! puk kang..hehehe

[z@ck] said...

Mr Daha : erm..betul gak.darah muda kan.belum puas nak enjoy.

da real me: vote 4 tak pakai tudung.hahaha

madame azu : amiin..btw..thanks 4 the perfume.. =)

tina : ye..ye..janji org 2 tak cari pasal..enjoy!

[z@ck] said...

adalicious: tak bis2 ngn abg tuut..hahahaha

akudinda: auww..tima kasih. *mode gatai*

orkedanza: really? baguslah

devotedlily: yeah..makin ramai sokong ko adha.

[z@ck] said...

ladykiki: betol gak! =)

cxbob : tersiratnya komen ang.x phm aku.hahaha

ada van de kamp said...

nota: muda sekali je, tua sekali je, mati pn skali je

imahgiro said...

untuk aku - tutup aurat itu wajib. dan kita sebagai umat islam aku kira wajib juga bagitau teman2 untuk sama2 menutup aurat. kalau dorang tak mau then untuk kita dah lepas kan tanggungjawap. and kita tak boleh cakap , 'tak kisah kau nak tutup aurat ke tak sebab tu diri kau sendiri'. kalau kita cakap camtu maknanya kita tak tunaikan kewajipan sebagai saudara islam kan.. k lah. bab agama ni sensitip takut nanti ada kekhilafan. jadi yang penting kalau kita tau benda itu haram then jangan buat..

salam singgah..

Hafiz Abdul Malek @ HM said...
This comment has been removed by the author.
Hafiz Abdul Malek @ HM said...

muda2 enjoy .... ajal tak tau lagi... anytime nak kena cabut pun no sign... sekian... hehe

Anonymous said...

dosa nampak sehelai rambut pon da byk..inikan pulak xpkai langsung..bukan pasal xnak amek kisah org lain,org Islam bersaudara,Islamkah kita ble berbangga xpakai tudung,tayang kat org n wat org lain dpt dosa tgk aurat kita??..wallahualam

Anonymous said...

moga kite smue ttp pendirian..
mls nk ckp psl nk enjoy je..
bertudung pun boleh enjoy
boleh gi karaoke..
jgn kite pn jadi narrow minded, kate bertudung xle nk have fun..

salah silap harap diampunkn..
sy Hamba Allah yg lemah

Anonymous said...

rasa mcm kenal la..dulu skolah mane ek???

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger