Online users

Follower

Tuesday, August 11, 2009

Selamat Ulang Tahun sayang...

Today is the day..

Selamat Ulang Tahun sayang...

Genap setahun hubungan yang kita bina ni. Genap setahun juga you banyak ajar I tentang erti hidup. I sayang you sangat-sangat.Kepada readers semua..sorry la kalau aku selindung dari korang semua pasal sayang aku ni. Tak ada niat pun nak sembunyi tentang hubungan kitorang ni..Cuma..belum tiba masanya lagi. Sekarang baru rasa nak expose kat korang.

So..let me be frank with you all. Aku nak expose ni siapa sayang aku. Eyh..Bukan Faiz la.

Tapi..

Blogku ni la.Hahahahahaaaaaaa.....Ok..Sila ketuk kepala kat dinding sekarang..kuat-kuat sikit. Intro harus gempak. Baru ramai yang hit. =)

11 Ogos 2008 aku menceburkan diri dalam dunia blogging. Adawiah Zaini la yang banyak bagi inspirasi kat aku untuk tulis blog ni. Dulu cara penulisan aku sangat la what the heck..Huhuu..Masa tu la baru nak belajar buat side link la, header la kejadah semua la. Seingat aku, 4 kali aku tukar layout blog aku. Dulu jakun sikit. Pantang nampak yang cun sikit, tukar..Macam tak ada identiti la. Tak tetap pendirian gitu. Makin lama makin busy. So, this is the latest and the longest layout I ever had. Ingat senang ke nak adjust header, 3 column tu semua...??? Huh..Lagipun, readers semua dah kenal blog aku rupa begini. So, malas nak tukar lagi.

URL pula. Kenapa mesti zacksygfaiz??? Huhu.. Time buat blog ni, aku memang tengah deeply in love dengan Faiz. Sebab tu aku abadikan nama dia kat sini. Bajet boleh kekal sampai akhir hayat la kan. Huhu. Tapi, mungkin jodoh tak panjang, kitorang putus. Time tu fikir juga nak tukar url. Sebab url ni memang ada kalanya buat aku teringat kat dia. Wth~ Tsk (T_T) Tapi..memandangkan time tu follower dah makin menggila naik tiap-tiap hari, tak jadi nak tukar.Biarlah orang kenal aku dengan url ni. Tapi, rasanya ramai yang kenal dengan gelaran INSAN TINGGI lagi kan? kan?

Itulah al-kisahnya blog Insan Tinggi ni. Asal-usul URL dan sebagainya.So,,harap-harap lepas ni,tak ada la yang bertanya lagi kenapa zacksygfaiz ok. Kisah lama jangan diungkit. Kena move on dengan hidup sekarang. =)

Special thanks to all my followers and readers yang tak jemu-jemu baca blog ku ni dan tinggal komen. Ku hargai semua yang jejak blog ni. Ku tak paksa anda follow blog ni. Kepada 268 followers yang sedia ada.. terima kasih daun keladi. Aku sayang kamu semua! Kalau boleh, nak buat kenduri kesyukuran, tapi macam melampau la pulak. Setakat nak belanja keropok twisties BBQ tu mampu la. Huhuhu..

Mana-mana blogger yang duduk area utara ni, looking forward to meet you all. Apa guna kenal kat blog tapi tak jumpa in real life kan. Saya suka berkawan.Hoh.Ayat membunuh tu.Hehehe.

p/s : Saya still single ok.Hoh.Promote kejadahnya la perempuan ni. Tsk (T_T)

p/s/s : Aku tak pelik kalau lepas ni korang muntah-muntah hijau. Gila tayang muka sendiri.Wahahaha. Kasi la chance.

30 comments:

Nazifa said...

hehe..
bgs2..kamo kekalkan identiti kamo..
lgpn dh mmg sweet pn blog nih..
x perlu diubah-ubah...
tuannya pn sweet :)

oranglidi said...

slamat ulangtaun insan tinggi..

utara. perak tu utara kan? jom..

Azuan said...

aku ingat ko dah ada balak baru..hu3
pepepun, tahniah la cik insan tinggi..hak3

Ilham Liyana said...

weyh! dah ulangtahun yeh. hehe.
tahniah2! bila nak mai jumpa aku kat penang nih?
huuuuu~

suezen said...

selamat ari jadi jugak:P

sha sha =) said...

hehehe!! congrats kawn!!!

Pepel BoNda AmaNi said...

sis..ada pesanan tuk sis dekat blog akak nyek...

Boo™ said...

selamat ulang tahun kpd blog :))

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Softtouch [Hanim] said...

dah setahun dah rupenya blog adik ni..hepy anniversary lah yer wahai blog..he he he

Roselynda JMdean said...

oooo... camtu citenyeeeee...
k la.. slamat utk sumenyee..
stay cute!! ;)

Anonymous said...

HEPI anniversary incik..ehehe..oho..

SwEetForEst said...

taniah2...sweet lambat lg..

Imran said...

i m living in jitra gk..
hehe..

lucky said...

heh.. exaggerate lebey tol tjuk tuh..
*moral down*..
pape pon.. happy annvrsary la ugak.. hee.. :)

Anonymous said...

heppi besday kpd blog inihh!

z.a.r.a said...

oo...ini la yg ko tggu2 ek? hehe

happy besday blog Insan Tinggi!! dh setaun ek umo die...:)

oo..bru phm skrg knpe url ade nme faiz....xpe2 aku lg knl blog ni dgn nme zack drpd ex ko ehhe

go2 zack...truskn berblogging~

(aku xmuntah ni sbb lapa xmkn lg~hehe)

myQza said...

tahniah.... moga zack rajin menukis.. menambah kemajuan.. ekekekekke

farha ni said...

eee suka camwhoring.

nasib baik lawa walaupun aku lawa lebih sikit dari hg. hahaha!

wey nak midsem bulan 8 ni turun jitra a!

p bazar sama-sama.

:)

shedah and fakhri said...

whahaha
tajuk sgt suspen laa

Dalila said...

kontrobesi la tajuk,
hepy anny :)

FaRiD_Aziz89 said...

loh..ingatkan ape 2 hari lagi...

x kan nak belanja junk food je kot?

paling kurang burger king!!

Qistina Fahimi said...

selamat ulang tahun gak!!
:)
keep on writing!!

mamai,wana,awiE,faten said...

mau itu kek!!!

devoted lily♥ said...

ceitt ingt pe la..
neway..
hepi enibeseri pirah..
majulah blogging untuk negara!!!

:: ANAH :: said...

thniah=p
truskan berblog..

Anonymous said...

hepi bday sayang hahaha..comment harus hit jugak!

SasHa Lee said...

Selamat ulang taun untuk Insan Tinggi..ehehe...teruskan berblog keh!!aku ku setia menjadi pembaca mu..hehe;)

[z@ck] said...

kepada semua..
terima kasih daun keladi!
aku syg kamu semua!!!!

muah100X!!

Mr Daha said...

Happy Anniversary~ keep on blogging k. :)

p/s: haha..pomot dri sndri nmpk~:P

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger