Online users

Follower

Sunday, June 6, 2010

Tengok play.


Semalam pergi tengok play Tea For Toot kat Bats Theater. Budak batch aku 5 orang ja yang sign up untuk play ni. Yang lain semua senior. Mula-mula plan nak naik bas sebab tak ketahuan lagi tempat ni kat mana. Ini first time lalu kat Kent Terrace ni. Last-last pergi jalan kaki since tempat ni dekat dengan Courtenay Place. Masing-masing depends kat aku since aku yang google map tempat ni dan aku yang macam confident gila tahu direction. Nasib baik jumpa. Hahaha.

Play start pukul 6.30 petang. Ramai juga mat saleh yang mai tengok play ni. Ramai anak muda. Selalunya benda macam ni orang tua ja yang minat kan. Orang muda ni selalu layan movie ja. Bats Theater ni agak kecil dan kami terpaksa berhimpit juga la sementara nak menunggu hall tu buka. Teringat ASWARA punya hall. Tapi ini a bit smaller dan compact.

Actually, tak boleh snap gambar dalam hall. Tapi, demi blog, aku gagah juga snap. Sekali flash. Kantoi. Floor Manager datang kasi warning you cannot take picture in here. Ok. Understood. Terus simpan kamera. Hihi.

Play ni best sebab pelakon dia best. Terbaik la wa cakap lu. Hang bayangkan la pelakon utama dua orang ja. Depa boleh ingat skrip panjang berjela selama 2 jam. Ini live tau. Kalau drama kat tv boleh juga nak cut cut. Ini kalau silap, jenuh cover. At the beginning macam blur sikit sebab tak dapat tangkap apa yang dorang cakap. Later, baru faham storyline. Memang kerja gelak ja aku tengok depa ni berlakon. Kejap psycho, kejap menggatal, kejap macam budak-budak.

Overall, play ni best. Rating 10/10. A must see play!

5 comments:

Whoopz said...

M0rning zack..
Ada bdk malaysia ke dlm 'play' tu

[z@ck] said...

morning..tak ada..semua budak NZ =)

sI tEDI said...

2 jam? huh!

aku bab hafal menghafal ni mmg gagal! byk makan semut agaknya

[z@ck] said...

si tedi..
aku pun sama tedi oi!

Peri PiA said...

Bestnya baru sekali pg tgk Mak Yong kat IB

Cuci The Musical bulan ni tak dapat layan ;(

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger