Online users

Follower

Thursday, July 8, 2010

Al-kisah BERSATU Games 2010

Selama 6 hari berkampung kat Auckland, sempat jugalah aku menjengukkan muka kat BERSATU games. Time aku pi tengok, ada match handball, takraw dan futsal.Memang dorang habiskan game dalam satu hari.Kesian juga tengok atlit yang terlibat.Baru habis satu game, duk tak lama lepas tu dah kena panggil masuk court balik untuk next match.Penat oh.Salute habis la dekat dorang sebab stamina sangat kuat.Tambahan sekarang tengah winter dan dalam stadium sejuknya mengalahkan dari duduk luar stadium habaq hang.

Tuan rumah ada kelebihan sebab boleh bawa satu kampung mai bersorak.Siap dengan baldi, periuk belanga semua.Bersorak sakan.Kami pun bersorak juga.Ketuk palang guna botol air.Bunyi tak kuat mana pun.Saja eksyen lebih.Memang tak boleh lawan team Auckland la.

Credits to Izzati for the pics.Aku curi dari FB ko weyh.

Tentera penyokong UMNO Auckland.Mana boleh lawan beb.Ramai kot.Memang depa menang sorak.Semangat betul.

Handball.Team kelabu dari UMNO Auckland.Hebat team ni.

Team netball WMSO berbaju oren.Go WMSO go! Aku dah konfius mana satu net sebenar? Huhu.

Futsal.Sengit juga.WMSO vs UMNO Auckland.

Perjumpaan blogger yang tidak disengajakan.Hehe.

Dan mata pun mula la mencari lumut.Akhirnya ketemu juga dengan lumut.Mata bertentang mata.Agak berdebar juga nak approach dia for the first time.Lagipun dia baru habis game.Dengan penatnya.Tapi sebab takut tak sempat jumpa dah after ni, gagah juga tebai muka pi teguq dia kat team Auckland.Cuak der.Takut kena hambat dengan budak Auckland tiba-tiba mai menempek kat situ.

Lumut, apasal hang malu-malu kucing?Hehehe.By the way, nice meeting you.Ada rezeki kita jumpa lagi.Boleh merasa lontong hang.

Tahniah buat team WMSO atas kejayaan meraih pingat dalam BERSATU games.Next year boleh balas dendam lagi.Jangan risau.Hehehe.

5 comments:

noor afzan said...

meriah pengyokong nya kan..
haha~

cambest kan dapat tgk games in real.

Whoopz said...

Hang x maen pape ke zack? Netball? Sesuai sgt ngan hang.. Hang insan tinggi..

sI tEDI said...

cantik gambar paling bawah :)

shinawawa eyenie said...

bestnya dia jln2...:-)

Softtouch [Hanim] said...

jumpe jgk lumutkan..mula2 jumpe mesti malu zack..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger