Online users

Follower

Tuesday, November 9, 2010

Resepi laksa style oversea.


You'olls, semalam akak buat laksa.Menjamu si Kema yang datang overnight kat rumah.Akak guna ikan tuna instead of ikan mackerel sebab tak jumpa kat New World.Rasa dia lain sikit tapi tetap malatop noks.Sini susah la nak jumpa ikan kembung jual sekilo 5 ringgit macam kat Malaysia tu.Pakai beli ikan kat dalam tin ja.Senang kerja.

Meh akak nak bagi resepi laksa style oversea.Ini untuk 4 orang makan naa.

Kuah laksa:
1) 2 tin besar ikan mackerel.
2) 1 ulas bawang besar.
3) Belacan.(kalau nak umph, letak banyak sikit)
4) 10 tangkai cili kering direbus terlebih dahulu.
5) 3 biji cili padi (kalau nak pedas lagi, letak lebih)
6) 1 batang serai dititik.
7) 1 keping asam keping.
8) Garam secukup rasa.
9) Air

Dressing:
1) Telur direbus.
2) Salad.
3) Bawang besar dimayam kasar.

Cara menyediakannya :

1) Blend ikan mackerel bersama cili kering, bawang besar, cili padi dan belacan.Air ikan mackerel dalam tin tu jangan buang.Tuang sekali dalam benda yang dikisar tu.Tambah sedikit air.
2) Panaskan belanga. Tuang minyak sedikit.Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan mendidih buat sementara waktu.
3) Masukkan asam keping dan serai.
4) Bila dah naik bau, masukkan air.Korang adjust kuah tu.Kalau nak pekat, letak air sikit.Kalau nak kuah cair, letak air banyak.
5) Masukkan garam secukup rasa.
6) Biarkan mendidih dan kuah laksa siap!

Nak beli timun, mahal. So instead of gunakan timun, kami guna salad.Laksa pula kami gantikan dengan fettucini.Wah.So oversea.Hahaha.Selamat mencuba you'olls!

Langkah kanan betul dorang.Akak buat lebih.Sempat jugalah dorang ni merasa.Seronok betul akak tengok dorang ni makan.Sungguh berselera!Lagi masyuk tuang kicap dalam kuah laksa tu weyh!

Bon appetite.

10 comments:

intanurulfateha said...

dem
lapar yg teramattttttt
sedapnyeeeeeeeeeeee laksaaaaaaaa

Dee said...

sedapnya..kak dee kalo buat laksa kt sini pun lebih suka pakai sardin hidup tu dari kembung..lagi manis..

Peri PiA said...

kelasss z@ck ;),perghhh akak belaja mkn laksa letak tokyu dari adk sepupu hubby akak

mabeless

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

ok la tuu~ janji menjadi.. sedap utk dimakan...

cik yayah said...

lapar laksa la puleks. hehe

sya mansor said...

oh mesti try

Drunbella Khoo said...

weih heavennya laksa obersi.
hahahaha.
:D
tapi hg guna serai, aku macam pelik pulak.
biasa aku buat tak taruk serai pun.

eT said...

wahh...leh tahan laksa versi obersea akak...janji sodap...nyum3...

CLICK LA KALO RAJIN :) TQ

N said...

alamaak hai. sedapnye lah :)

eDdY said...

mmg meleleh air liur tgk...
dah la x makan lagi nih...hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger