Online users

Follower

Sunday, November 14, 2010

Tak perlu berfesyen sangat.

Nasihat aku bila travel kat Australia.

Jangan pakai anything yang ada unsur besi seperti gelang, rantai dan tali pinggang.Penat acik nak kena buka pakai belt tu.Al-kisahnya waktu kat Welly, aku lepas kastam walaupun aku pakai benda-benda tu.Dia tak minta buka pun.Tak boleh blah buzzer berbunyi bila dia scan bontot aku.Baru teringat aku ada simpan kunci luggage kat poket belakang.Malu oh.

Time scanning kat Sydney, tiga kali aku lalu pagar tu tak lepas.Beep beep tak berhenti.Pak cik kastam pula muka ketat macam nak telan orang.Cuak aku. First time dia minta buka belt.Fine la.Memang aku yang salah lupa nak buka.Second time dia suruh tanggal gelang.Ini aku boleh terima lagi.Tapi 3rd time dia suruh aku tanggal rantai.Rantai tu aku pakai bawah tudung.So, kalau nak buka kena buka tudung dulu baru boleh tanggal. Terkulat-kulat aku nak buka.Sampai guna gigi la nak buka.Damn.Rasa macam nak cucuk mata pak cik kastam tu pun ada.Bukan dia nak tolong aku buka.Dia ushar tajam siap.Hoh.

Lepas kastam, aku malas nak pakai dah.Sampai balik Kedah aku tak balik.Malas.Moral of the story, kalau nak travel, tak perlu berfesyen bagai pakai segala macam accessories.Nanti menyusahkan diri sendiri balik.

10 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

jenuh la kalo pakai semua accessory nk bukak kat situ jugak.. kalau subang pulak?? ishhh~

[z@ck] said...

aisumi chan..
subang aku emas.tak pula dia detect.

molmolla said...

hikhikhik!! noted! :D

[z@ck] said...

molmolla..
good girl =)

Irrina Sanusi said...

zack,last summer akak blk mlysia pki dress labuh,masa nk checkin lugage,byk lg quota kg blh masuk,akk kuarkan purse n passport,trus masukkan handbag dan lptop dlm beg besar+hand luggage yg nk dicheck-in.
maka masa lalu je metal detector,pakcik tu blh ckp "you look very comfortable girl"
sgt deronok bila berjalan senang lenang tanpa bahan2 kacau bilau hehe

Judiene said...

LOL!!!!
Lain kali hang pakai dress dgn jeans jela, tak payah nak pagai gelang, rantai or whatsoever.
Kalo aku sumpah cuak, yela tak pernah naik flight jalan jauh2 neh.
Hehehe.

:P

PinQib said...

orang fesen macam akak.. mcam x sah pulak kan.. kui3kui3/
learn from lesson

Danial Ikhwan Jaafar said...

hahahha teringat mak aku punye cerita. kat atas kapal terbang tu, die sorang je pakai kasut tumit tinggi. sampai2 airport melbourne, dia perasan semua pompuan pakai flats je. LOL

asal nampak presentable pon ok dah. hehe, kita kat malaysia naik bas pon smart gile. tak salah pon haha pemerhatian gue aja dong =P

@juera said...

oo pengalaman bt ak jgk nie..
mna la thu nnti ak nk naik flight..
huhu..

eDdY said...

pakai baju kertas la senang...
seb baek butang besi ngan zip suar dier x detect..haha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger