Online users

Follower

Thursday, May 10, 2012

Berubah

Tadi pergi McD. Tengah syok makan, mata ni terpandang pada seorang wanita. Umur dalam lingkungan 30-an tapi badan macam anak dara. Mantop! Dalam hati cakap "Hot gila mak cik ni". Baju body fit, jeans hitam menjadi pilihan.Jiwa remaja mungkin.Tudung pulak, elok elok tutup buah dada. Bonjol tinggi atas kepala jangan dilupa. Aku tak berhenti henti memuji mak cik tu. "Cantik gila body mak cik tu. Rugged." Indah kan ciptaan Tuhan? Tapi sayangnya kita salah guna kecantikan tu untuk menarik perhatian orang ramai. Aku mengaku kadang kadang aku pun 'terlanjur' dalam berpakaian. Pakai baju singkat atas bontot. Yes. Malu dengan diri sendiri, dengan Tuhan apatah lagi.Dalam kes mak cik tu, kalau aku pun boleh 'ralit' tengok body dia, lelaki apatah lagi kan? Silap haribulan lalat masuk mulut pun tak sedar.Huhu.

Kita ni manusia. Selalu sangat alpa. Hari ni cakap nak berubah, esok sama ja. Macam tu jugaklah dengan aku. Aku try cover apa yang patut. From head to toe. Kalau dulu, pakai tudung tak cover dada. Langsung tak rasa segan dan malu dengan orang ramai. Sekarang, alhamdulillah, tudung tu dah cover aset penting tu. Dah timbul rasa malu kalau tak cover. Rasa terjojol lain macam. Serius. Ini apa yang aku rasa. Mungkin peningkatan usia mematangkan fikiran aku. Masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Kaki belum cover, bontot tu pun kadang kadang ter expose jugak kat orang ramai. Alahai Zack. T_T Siapa yang tak nak berubah ke arah kebaikan kan? Semua nak cium bau syurga. Lantaklah orang nak cakap pakai tudung macam mak cik ke apa. Janji cover aurat.

Bagi aku, berubah tu biarlah ikhlas.Bukan atas paksaan orang ramai. Slow tak pa, yang penting cuba untuk berubah. Sekian,tazkirah daripada saya yang tak seberapa ni =P


9 comments:

shera haifa said...

sma2 lh berubah ke arah kebaikan.. buang g keruh amik yg jernih

[z@ck] said...

shera haifa..
betul tu..am trying =)

FazMas said...

Alhamdulillah... amin, mudah2an dipermudahkan. Sama2lah kita bermuhasabah..

eDdY said...

bagus z@ck..berubah slow2..niat tu da betol da.. :)

Delaila said...

aku pun skrg dah rasa awkward kalau pakai baju tak tutup bontot.

[wani_mn] said...

saya pun dlm proses. dlm social network lebih2 lagi, skrg cuba utk cover. gambar2 yg agak tak sesuai, saya cuba utk tak upload. senang ceghite, skrg pun dah takda mood nak upload gmbr dalm fb tu semua haha

...miSS fAi... said...

yeahhh!! saya pun sekarang dalam proses untuk menutup semua aurat saya sebelum kain kafan yang menutupnya tanpa saya sedari. mudah mudahan kita semua akan terus berusaha menuju Allah.

sweetie said...

Terima kasih uztazah, kerana mengingatkan. Ya, saya pun kadang-kadang terover juga bila berpakaian.

Irfa said...

bagus ;)
niat dah ada..tinggal nak aplikasi kan je ..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger