Online users

Follower

Tuesday, May 22, 2012

Problems

Kita ni hidup mana pernah senang sepanjang masa. Kadang kadang Tuhan nak uji kita ni kuat ke tidak dengan turunkan musibah. Musibah ni boleh datang dalam banyak bentuk sama ada dari segi bencana alam, penyakit, kematian dan sebagainya. Aku selalu dengar orang cakap, Tuhan turunkan musibah sebagai penghapus kesalahan kita sebelum ni. Ada jugak yang cakap, Tuhan turunkan ujian sebab dia nak uji tahap keimanan dan kesabaran kita. Tuhan takkan semena mena nak turunkan ujian kalau umatnya tak boleh handle. Gitu la.

Apa yang aku buat bila ditimpa ujian? Of course I would cry first. Lumrah jadi wanita ni, senang menangis. Itu saja cara kami nak luah emosi yang terbuku di dalam hati. Ewah. Tapi menangis takkan selesaikan masalah. Apa yang penting, balik semula kepada Tuhan. Berdoalah pada Dia, minta dipermudahkan segalanya. Kalau hati still tak tenang, capailah Al-Quran dan baca. Al-Quran is the best therapy. Penting juga untuk kita berkongsi masalah dengan rakan terdekat dan minta pendapat. When you hear others' point of view, it helps you to rationalize things better. You look things from different perspectives. Aku ni nampak je macam cool tapi sebenarnya dalam, lembik. Kadang kadang aku suka pendam sensorang sampai dah jadi nanah, baru nak cerita kat orang. Time tu memang no mercy la beb. Cakap apa pun dah tak guna dah sebab its too late to turn back. Makanya, bila ada masalah, jangan dipendam lama lama. Let it out.

Yang paling penting, kena sabar. Tuhan tu Maha Adil. Ada hikmah la tu dia beri ujian kat kita. Selalu fikir macam tu je lah senang. Kadang kadang aku pertikai jugak kenapa la Tuhan tarik mama dan abah awal sangat.  At one point, I kept on blaming God for taking them from us. Tuhan kejam. Tapi bila umur ni makin meningkat, dah boleh fikir secara waras. After all, God is not cruel. He knows that we can cope living without them.Cuma less loved sikit la. Kasih sayang sedara mara sepupu sepapat mana sama dengan kasih sayang mak bapak sendiri. Ye tak? Aku belajar untuk jadi lebih berdikari, tabah dan kuat. Bukan senang nak hadapi semua ni dalam usia yang muda. Tabah luaran je lah tapi dalaman lembik.Tengok mak bapak kawan datang grad, tapi aku tak ada sapa datang. Tacing beb, tacing. Meleleh jugak dua tiga titik.  Hahaha. Aku ni jenis tak tunjuk kat orang aku sedih. Selagi boleh tahan, aku tahan. I don't want people to see me as a weak person. Sebab tu kot I prefer to make jokes and make people laugh. That's my way of comforting myself. Makanya, bila kita ditimpa kesusahan, selalulah beringat ada lagi orang lain yang lebih teruk diuji dari kita. Selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.

7 comments:

Qu azniza ;) said...

sabar zafirah...ada hikmah sebalik semua ni....

Mrs. H said...

Zafirah, sy tahu awak kuat! You've been doing good for all this while. Bertuah adik adik ada kakak yang mcm ni. I am hoping and praying i would be as strong as you. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. :)

http://kittymuiza.blogspot.com/ said...

As salam...ujian membuatkan seseorg itu makin kuat..insyaAllah adik pasti boleh melaluinya...anggaplah ujian itu mcm ujian kenaikan pangkat..lagi tinggi pangkat lagi byk gaji!

Kak R said...

Allah uji yg Dia sayang, and only He knows your strength. This is only the beginning dear, if you can overcome this hurdle, you'll surely be able to face other challenges coming your way. Don't worry I know you can do it. You've come to this stage which not many can say they can achieve. All this on your own. Stand tall dear. You can do it. Take care.

Puteri Iqa Izyan said...

kuatkan semangat! :D

iqa dulu pun mcm tu. menangis. salahkan Tuhan. tapi, bile dh makin besar kalau ada masalah mesti yakinkan diri Tuhan buat sesuatu pastu ada hikmah.

perbanyakkan baca al-Quran mmg sgt bagus.. :)

eDdY said...

aq setuju dgn ko z@ck..

Aisyah Rafaei said...

ending part sgt menyentuh hati akak..really it's not easy living without parents...some more zack sulung...really tough...tp akak sgt2 admire zack tau..without parents zack dan adik2 turn out so well..akak doa zack berjaya dlm hidup dan berbahagia sokmo...insyaAllah mat arep akan berikan kasih sayang yg melimpah ruah pd zack sekeluarga..amiin..amiin..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger