Online users

Follower

Wednesday, May 9, 2012

Puasa

Hai semua. Hari ni aku puasa. This is the first time I puasa ganti after coming back from NZ. Saat kritikal dah sekarang ni. Ramadhan bakal menjengah tak lama lagi. Makanya, kena la start ganti puasa dah. Tiba tiba rindu suasana Ramadhan kat NZ. Tahun lepas puasa tak sampai 12 jam. Tu yang best tu sebab malam lebih panjang dari siang. Perut tak sempat nak rasa lapar. Hehehe. Tapi kat Malaysia, duration puasa memang fix. Jangan nak mengada ngada nak puasa kurang dari 12 jam. Mana nak dapat. Perlu realistik. Malaysia bukan negara 4 musim. Kat NZ, kena masak sendiri. Kalau tak, menjawab la telan susu je buka puasa. Nak beli makanan kat luar setiap hari, boleh rabak wallet. Makanya, kena masak. Lepas la perut sendiri nak makan.

Kenangan ketika berbuka puasa di Gold Coast. Nasi yang digoreng dengan planta. Kasi gaul sama mix vege dan udang yang dibeli di grocery berhampiran. Mujur ada instant sambal from Brahim.Kalau tak, tasteless. Hahaha.

Balik Malaysia, cooking skill makin tumpul. Mana tak nya, dah ada orang yang lebih layak lagi untuk masuk dapur. So, aku malas nak amik port. Sampai kena cop "penyegan" la dengan tok. T_T Tak pa la. Tunggu duduk rumah sewa sendiri nanti, baru tajamkan balik cooking skill. Aku lebih selesa kalau dapur tu milik aku sorang. Senang sebab aku dah tahu aku letak segala benda kat mana. Pernah jugak aku fedup dengan dapur tok. Pasal cari cili kering tak jumpa. Entah kat mana la dia sorok. Sebab tu jadi malas nak masuk dapur. Kang dah semangat nak masak, barang tak jumpa, habuk pun tarak. Rela di cop "penyegan" oleh tok. Hahaha.

Dugaan jugak berpuasa dalam keadaan panas dan terik ni. Tekak rasa kering. Sentiasa minta dibasahkan. Saat mencabar macam ni, aku lebih suka sibukkan diri aku dengan benda lain. Jangan amik peduli. Psycho je semua tu. Puasa ganti ni lagi mencabar pasal hang sorang ja yang puasa tapi orang sekeliling hang tak. Tendency untuk bau makanan sedap dari cafe, terserempak dengan orang yang bawa air ais ikat tepi adalah sangat tinggi. Dugaan beb. Tapi yang paling susah nak halang, kepala asyik fikir ja nak makan apa untuk berbuka nanti. Nafsu jadi macam dinosaur. Nak koew teow sup, nak burger, nak macam macam la! Ishk! Padahal Asar pun belum masuk lagi. Parah parah.




8 comments:

cha said...

haish akak tak ganti lg puasa ni. kt NZ mesti sonok je kn bukak puasa ramai2 pastu sejuk plak. malaysia ni panas. mmg dugaan la

[z@ck] said...

cha..
tapi malaysia best sebab ada bazaar ramadhan.NZ tadak.Hahaha

Nazri Nasir said...

ganti jgn ganti..puasa pun lagi 3 bulan..sempat cover sume kot..:)

eDdY said...

bila da terpaksa masak..baru la rase nak masak kan..kalo ader org yg lagi terer..serah kan jer tugas tu kepada diorg..hehe

aReLaN said...

hohoh...memang lain rasanya pose kat oversea kan.teringat balik masa kat jepun dulu.memang kejap jelah puasa.

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam dear.. selamat berpuasa dan selamat berbuka.. sedapnya makan ramai2 tak pe dah balik M'sia blogs kengkawan masakkan ramai.. tinggal pilih yang mana berkenan kan kan..muahzzzzz

Fabulous Me said...

sebut pasal dapur tuh sgt stuju dgn u sbb nye lain2 dapur ni bole jdi fed up sbb sume brg nk kene tnya kt mane.. hehehehhee.. dapur sndri sedap.

btw slmt berpuasa.. alhamdulillah smlm hri terakhir sy ganti puasa hampir sbulan krn mslh kandungan thn lepas..

Qasey Honey said...

salam kenal Zack...sibuk ganti posa yer skrg...sama la ngn kita ni haa...dah nk hujung2 baru la tringat posa xganti lg...hehehe...tiap thn mcmtu...jom singgah sna pulak..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger