Online users

Follower

Sunday, July 28, 2013

Gaji dan zakat fitrah

Gaji dah masuk. Alhamdulillah. I never thought it will be as early as this. Rasa nak menangis ja tengok balance akaun mencanak naik.Huhuhu.Macam tahu tahu ja orang nak pakai duit. Lepas congak congak kos nak balik Kedah,patah balik Segamat, ada la dekat RM 400.Wuuwuu.Mujurlah raya setahun sekali ja.Kalau berkali kali? Mau botak pala. Gaji bulan ni habis kot bayar kereta, sewa rumah, duit minyak, tol, upah baju raya, broadband, dan macam macam lagi la. Haish. Baru duk angan angan nak masuk 500 kat ASB. Macam tak kesampaian ja hajat tu. Aku tak pasti la aku ni layak ke tak terima bonus RM500 sempena raya tu. If dapat, alhamdulillah. Boleh terus masuk ASB.

Korang dah bayar zakat fitrah ke? Aku belum lagi. Balik Kedah nanti baru nak kisah bayar zakat fitrah ni. Tok lebih suka aku beli beras fitrah.Lepas tu bagi kat orang susah.Tak pernah lagi la aku bayar duit kat kaunter zakat fitrah. Aku agak confuse jugak sebenarnya awal awal dulu. Perlu bayar zakat dan beli beras fitrah or boleh pilih salah satu. Google punya google, rupanya ada dua cara.Tapi mostly zaman sekarang ni orang bayar duit ja.Zaman koi moden. Boleh online, sms dan sebagainya. Mungkin tok ni pemikirannya masih conservative. Aku ingat lagi, last year aku buat sambil lewa. Tunggu last minit baru nak bayar zakat fitrah. Tok suruh jugak cari beras fitrah kat supermarket.Merata kedai aku masuk. Kebanyakkannya dah habis.Yo lah.Esok lusa nak raya, mana la tak habis kan. Last last jumpa jugak. Disebabkan aku keluarkan untuk adik adik aku jugak, maknanya 4 kampit beras la kena beli. Makanya, tahun ni, belajar dari kesilapan tahun lepas. Beli beras fitrah awal awal. Hohohoho.

Weh.....5 hari lagi nak cuti raya! Tak sabarnya! =D

3 comments:

eDdY said...

beras fitrah tu beras biase ke atau mmg ade beras khas? aku selama ni bayar kat kaunter je..xpernah lgi beli beras..hehe

JaJa'Z said...

Akak dah abg zack dah beverapa tahun ni mmg zakat guna beras.. N tambahan beli la jugak barang2 lain sbg tambahan.. Itu lagi afdhal sebenarnya.. Tapi kena bagi kat btl2 fakir miskin.. Tang tu yg susah sebenarnya.. Akak rasa utk 4 orang adik beradik tak perlu sampai 4 kampit beras.. Husband akak cakap anggaran seorang dalam 2 kg lebih sket je.. Kalau ikutkan sekampit beras 10kg tu dah cukup utk pirah dan adik2.. If nak bg lebih pun bleh dgn niat sedekah.. Mcm akak suami isteri just bg sekampit beras 10kg tu je.. Tp tahun ni kami pilih utk bagi kat umah anak yatim.. Beras utk zakat seelok2nya beli beras yang kita biasa makan.. Jgn pi beli bras murah plak.. Hehehe.. Selamat puasa n selamat hari raya pirah.. N selamat drive balik kedah

Yin Areesa said...

aah lah teringat akak, dulu2 masa kat kg memang bayaq guna beras fitrah ja. Lani dok kat putrajaya mana nak cekau beras. hat ada tu dalam bekas, buat tanak nasi adalah. nampak gaya si pembayaq kena guna duit ajalah. ngee... sure dia pelik kalau akak cerita bab bayaq guna beras nih. ngee... malam nanti nak buka 'nostalgia aidilfitri isterimu' dekat dialah.
kasi jeles sebab dia tak dak kampungkan.
anyway, selamat bercuti raya. selalu akak masuk blog adik ni. bila baca boleh baca loghat kedah. tu yg best tu. hehe.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger