Online users

Follower

Thursday, October 8, 2009

Mooncake festival

Mari nak cerita sikit tentang Mooncake festival yang baru je lepas beberapa jam tadi. Kelas aku terlibat dalam persembahan drama cina sempena program tu. Basically drama ni is about Chang Er yang merajuk dengan suaminya dan telah membawa diri ke bulan.Kat bulan dia jumpa banyak jenis manusia dan rasa menyesal kemudian kembali kepada suaminya. Orang cina percaya tentang legenda ni. Itulah sebabnya ada perayaan Mooncake festival ni.Some sort of mengingati balik peristiwa tu.

Ingat senang ke nak cakap bahasa cina dalam drama? Susah woo..even kau dapat satu line je pun, nak menyebutnya memang siksa. Depa ada qalqalah depa sendiri. Silap stress, jadi maksud lain. For the first time, aku jadi sida. Sida ni seorang yang taat pada tuanku dan dia punya tuuutt dah dipotong untuk make sure dia setia pada raja. So, dia ni half man half woman. Memang aku ada masalah nak pronounce words dorang dengan betul. Bila aku sebut je satu word, geng-geng cina bantal gelak sakan.Dah bunyi macam tamil pun ada. Tsk.

Last-last, aku minta Wawan pegang watak sida. Sebab aku rasa aku tak pandai sangat nak bawa watak ni. Lebih sesuai kalau lelaki yang pegang coz dia boleh act out macam sissy sikit. Kalau bagi kat aku, memang tak sissy la.Aku terus jadi Chinese beauty. Ceh. Rupa langsung tak ada macam chinese, tiba-tiba pegang watak tu. Hahaha. Tak banyak line kena ingat. Just satu line saja iaitu Pi Xia ( ni bukan ejaan betul tau. Aku alter nak bagi senang sebut) Maksudnya, tuanku.

Overall, it was a good experience. Dapat mengenali budaya orang dan sekali gus merapatkan ukhwah antara pelajar muslim dengan non-muslim coz rata-rata yang join dalam drama ni merangkumi semua kaum. 1 Malaysia !

Time praktis memang macam haram, tapi bila mai time perform, rasa happy dan enjoy habis.

Psstt..nanti aku upload gambar tanglung dalam ni ye.

8 comments:

oranglidi said...

uiihh. bestnye! ni rase nak makan kuih bulan sambil buat tanglung ni!

Fatt Chin Choy said...

Pi Xia tu apa maknanya?

dialog dua patah perkataan memang pelakon tambahan jer tu... hahaha

♥ana_bp86♥ said...

suke men tanglung join dak cna gak...ekekekeek

Softtouch [Hanim] said...

bahsa cina mmg sssh nk sebut..mmg betul kalu tersalh sebut diorang jd xfaham n lain maksudnya...:)

Fina said...

i know that sebab ada kazen chinese! heheh

balqissy said...

lama dah x berlakon. rindu plak ^.^

[z@ck] said...

orang lidi..
ak x brapa suka kuih bulan..lebih prefer makan kuih bakul lagi..hehehe

fatt chin choy..
hahaha..tau x pa.. =P

ana_bp86
kat cni dorg jual tglung satu seringgit..nak main kena la beli..

[z@ck] said...

soft touch hanim..
yup..true..lidah sy x lembut nak cakap bahasa dorg..

fina..
sbb tu dorang klu cakap, ada tone berbeza..it makes different kan..

balqissy..
berlakon nk..tp tanak prktis..bleh x macam tu..hheheeh

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger