Online users

Follower

Showing posts with label Bahtera Budaya. Show all posts
Showing posts with label Bahtera Budaya. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Makan dan lepak


Terasa macam lama pulak tak menulis kat sini padahal baru tinggal dua hari. Oh. Saya sayang blog saya. Motip? Hahaha. Ok la. Semalam pergi rumah Auntie Sal. Dia buat tahlil dan solat hajat sempena nak exam ni. Kebetulan dia pulak baru masuk rumah baru. So ala ala housewarming gitu. Naik train dari Welly pukul 4.32 petang (precise nya aku). Excited weh naik train sebab selalunya weekend, train replaced dengan bas. Nasib baik semalam. Dapat naik train jugak. Setengah jam macam tu, sampai la ke Johnsonville. Tunggu farid datang amik. Uncle Khir dengan Piqah pun datang nak angkut kitorang. 16 orang sumbat dalam tiga kereta. Haa. Fikir sendiri la macam mana kekdahnya. Dah macam tin sardin pun ada. Mujur dekat ja train station dengan rumah Auntie.

Solat asar jemaah dulu kemudian terus buat bacaan yasin dan tahlil. Syahdu sangat rasa bila baca yassin ramai ramai. Feel dia lain macam sikit. Tak sama macam baca sorang sorang. Dah sudah baca yassin, makan time.

Letak botol biar terbuka time baca yassin. Sangatlah high school. Selalu buat macam ni time nak PMR SPM dulu. =)

Oh. Lauk sangat heaven ok. Ada kari kepala ikan, sayur campur dan ayam percik. Dan air sirap!!! Air sirap weeehhh. Syurgaaa. Dah la sejuk, pergh. Terbaik la. Habis makan, lepak lepak rehatkan perut. Lepas tu karaoke ramai ramai. Tak sangka betul Uncle kaki karok. Jiwa remaja beb.

Malam pulak, after maghrib dan solat hajat, tengok rugby ramai ramai. Semi between France vs Wales. Abang Is paling excited.Elok ja lipat sejadah, terus capai remote. Nak buka channel sport. Memang fanatik betul. Sensorang dia sokong Wales, yang lain sokong France. Memang kena boo la semalam kan.Heh.

Gambar adalah shaking. Kitorang ni pulak, macam tak berapa minat rugby. Apatah lagi yang lawan bukan All Blacks, maka kitorang main board game "Men are from Mars and Women are from Venus". Boleh bergaduh laki bini main game ni weh. Tak puas hati masing masing apasal hang fikir tak sama macam aku fikir. Kitorang siap gitau kat Auntie, jangan main game ni dengan Uncle. Takut ada yang baling periuk belanga nanti. Bahaya.Hehehe.

Pukul 11 malam macam tu baru sampai rumah. Thanks Auntie Sal!

Monday, October 10, 2011

Makan makan Bahtera Budaya

Cerita dah basi tapi sebab baru dapat gambar dan kering idea apa yang nak diblog kan, there you go. Cerita makan makan Bahtera Budaya. Actually ini idea Juwe. Nak buat jamuan sempena meraikan kejayaan perform kat Town Hall last September. Nak belanja makan kat luar, memang tak mampu la kan. Better masak sendiri kat rumah. Lagi jimat.Dengan bantuan tukang masak terhandal Welly, Arin Rahman dan assistant, maka terhidanglah ayam percik. Oh.Ada menu lain jugak. Kari ayam, sambal belacan, kuih bakar dan yang paling dinanti nantikan, air sirap Bubu. Nampak macam nothing kan air sirap? Tapi percayalah. Kat sini susah nak dapat kordial sirap. Siap seludup dari Malaysia lagi. Satu nikmat besar dapat minum sirap der.

Antara yang datang. Tengah tunggu nak ngap makanan ja semua ni.

Dengan tuan rumah, Juwe. Ni lah choreographer Bahtera Budaya.

Arin tengah deco kek. Amik hang. Penuh oren.

Sambal belacan Arin terbaik. Meleleh leleh air mata hingus semua. Dalam duk meleleh segala mukus, boleh lagi pi cedok tambah. Inilah rahsia maintain kurus aku.Kuat makan pedas dan kuat membuang.Hohoho.

Kebetulan, birthday Azu dan Liss baru je lepas. So, decide nak celebrate sekali la. Ada tiga biji kek malam tu. Dua ja yang berlilin. Lagi satu ice cream cake. Jenuh sumbat.

Pilih nak mana satu. Passt..dua yang 'comot' tu hasil tangan Apih & Juwe. Hebat jugak baking skill dorang.Sedap.Nyum nyum.

Dah makan kek, Juwe bawa keluar lasagna pula.Ya Allah.Murahnya rezeki.Banyak betul makanan.Siap tapau bawa balik. Tak mampu nak sumbat semuanya dalam satu malam. Thanks Juwe, Arin dan housemate!

Sunday, September 25, 2011

Last one.

Puas hati aku dapat cover balik tidur tadi.Al-kisahnya hari ini kena perform lagi kat open house NZMS. Nak dijadikan cerita, handphone aku tak automatik update waktu. Wan cakap handphone akan auto update so aku malas la nak tukar. Berharap waktu tu akan auto update selepas pukul 2.Non ado weh.Kunci jam 6.30 pagi. Lepas daylight saving, waktu sebenar akan jadi 7.30 pagi. Hentam tidoq tak sedaq apa dah weh. Sedaq sedaq dah pukul 7.30 pagi. Berjanji pukul 8 kat rumah Juwe. Jadi lipas kudung la sekejap.

Sampai je kat rumah Juwe, yang lain pun tengah sibuk mekap, iron baju semua. Cis.Penat ja jadi lipas kudung.Ingatkan dah lewat. Cuaca kurang baik hari ini. Hujan.Nasib baik perform dalam dewan so tak ada la berlaku masalah props basah. Props kitorang banyak. Dengan bunga telur, hantaran buat sendiri, dulang etc. Memang penuh tangan la. Performance kali ni kurang bersemangat sikit. Maybe sebab target untuk RWC hari tu ja. So, bila kena perform after tu, semua macam dah malas dah. Siap buat silap banyak kot. Lepas sorang sorang.Habis terkeluar perkataan tak sepatutnya time menari. XD

This is our last performance before kitorang balik Malaysia.Lepas ni, semua pencen.Hahaha.

p/s : Time menari, buat bunyi, jerit bukan main kuat. Sekali penonton statik ja. Ehem. Geng2 VIP memang macam tu kot. Postur kena jaga. Adab pun kena ada. Macam tak ada respons sangat. Boleh kata macam syok sendiri.Muahahaha. Gasak la. Janji kitorang dah buat yang terbaik.

Friday, September 23, 2011

Teaser

Oh.Ini sepatutnya keluar sebelum the real performance.Ala ala teaser gitu.Kat FB dah lama keluar.Baru hari ini perasan video ni dah masuk youtube.So bolehlah nak share.Sweet moment ever =)

Thursday, September 22, 2011

Bahtera Budaya: The Grand Multicultural Concert RWC 2011

Yes! As promised, berjaya jugak aku mengupload video ni kat youtube. Brought to you by Welington Malaysian Students Organization (WMSO). Malaysia, this is for you =)

Entry banyak gambar : Bahtera Budaya

I've been trying to upload Bahtera Budaya's video here but selalu fail.Aaaaa.Tension. Agaknya kena upload kat youtube then share kat blog kot baru boleh since the video is about 12 minutes. Blog pun ada limit minit jugak ka eh? Excited nak share dengan korang. Tak pa.Lepas ni aku try upload kat youtube pulak naa. Sekarang sila layan dulu gambar sepanjang performance.Oh.Untuk yang tak tahu, kitorang (pelajar Malaysia) dijemput untuk menari di Grand Multicultural Concert sempena dengan Rugby World Cup 2011. Selain kitorang, ada banyak lagi performance dari negara lain: India, Thailand, Poland, China, Jepun etc. Rasa berbangga diberi peluang perform depan VIP.Sayangnya John Key tak ada pun. Cait. Punya la berharap John Key ada.

Amaran! Entry ni penuh dengan gambar. Hanya akan menulis caption pada gambar gambar yang dirasakan boleh dikomen.Credits to Mes, Nana and Nico for the beautiful pics.Titew sukew.

Malaysia Boleh!

Nampak cantik la pulak baju bila atas stage. Hehehe.

Menari dengan dulang. Kalau korang nak tahu, dulang tu kitorang buat pakai aluminium tray yang orang buat baking tu.Hahaha.Lepas tu lilit dengan kain gold. Siap! Kalau close up, konfirm nampak macam macam jenis lilitan.Sebab masing masing bertanggungjawab atas prop sendiri. So, ada 11 tangan, 11 rupa dulang yang berbeza. Hohoho.

Lelaki gagah perkasa. Nah Wawan! Nak sangat muka hang kat blog ni.

Dancing with tamborin. Ka-ching, ka-ching!

See. Blusher kena nala punya merah.Baru nampak atas stage. Hohoho.

Cucuk atas angin.

Cucuk langit pulak. =P

Time ni aku silap step.Terkial kial nak betulkan.Nasib dapat cover balik.Hahaha.

Muka dah anggun dah.Sekali jari tu nampak macam cacat la pulop. T_T

Dancing mate saya berbakat.Tok imam pun dia, kaki joget pun dia =P

Cucuk lantai oih.

Final pose

With our supporter.Thanks for coming!

Kenangan paling indah untuk dibawa pulang ke Malaysia.Terima kasih semua =)

Tuesday, September 20, 2011

Behind the scene of Bahtera Budaya


Moh kita tengok behind the scene Bahtera Budaya. Seawal 8 pagi kami semua dah berkumpul dekat rumah Juwe untuk mekap. Sangatlah meriah. Make up artis tiga orang; Atiq, Fateh dan Ina. Tabik spring la dekat dorang ni sebab maintain je conteng muka kitorang. Eye shadow sorang sorang meletup der. Memang berbakat la depa ni. Suka mekap kali ni sebab tak terlalu tebal.Just nice gitu.Tapi pipi tetap merah setompok.Hahaha.

Tak tau pasai pa muka lagu ni.Duk fikir masalah negara barang kali? Style senang berair mata kalau pakai eyeliner.Jenuh la Fateh nak alter.

Masing masing busy. Dah habis mekap, kisah pasal baju pulak. Nak pulas sampin, nak pakai veil, cucuk sanggul,bunga, rantai. Banyak benda. Bab sampin memang serah kat laki ja untuk buatkan sebab dorang lagi handal gubah bunga sampin ni. Costume sangat disaster sebenarnya. Pakai mix & match je baju yang ada sebab tak cukup set.That's why lah kalau korang perasan girls ada 3 set baju. Caca merba. What to do...minta sponsor dari satu club kat Malaysia tu, dorang bolayan.Padahal buat ni untuk Malaysia jugak.Sedih betul la.

Kain brocade dijadikan sampin.Kreatif tak kreatif la kitorang ni.Terpaksa.

Part paling susah untuk perempuan ialah time nak cucuk sanggul atas tudung.Seksa la hai sebab veil tu tebal. Kena tekan betul betul baru masuk.

Done! Yeay! Comel tak kiteeewww?

Dah habis mekap, dalam pukul 10.30 pagi kitorang berangkat ke Town Hall ramai ramai.Meriah I tell you. Jalan kat tengah tengah town dengan berpakaian warna warni. Memang menjadi perhatian umum. Macam nak pi menikah pun ado. Dengan bawa hantaran, bunga manggar, kuda kepang, wau semua.Er...Menikah tak ada la bawa kuda kepang. =P

Tadaaaa!Dah sampai kat Town Hall.Meriah tak?

To be continued..

Sunday, September 18, 2011

Grand Multicultural Concert 2011

Will update the story later once I receive the video =)

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia!


Usaha selama 3 bulan bakal diuji esok. Jujurnya, rasa berdebar. Tipu la kalau aku cakap tak berdebar nak perform depan John Key. Kitorang bermula from nothing. Dari yang keras menari sekarang dah jadi lembut. Special thanks to Juwe dan Atiq yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk ajar kitorang menari. Yup.Bukan senang nak choreograph 12 minutes dance. Apatah lagi kami bukan profesional dancers.Belajar dari youtube semata. Memang sangat susah. Boleh nampak keletihan dari muka Juwe dan Atiq. Kena sound tu normal. Kadang kadang bila dah penat, emosi tu mengatasi segalanya. Tapi deep inside, aku faham Juwe marah bukan sebab dia nak marah. Tapi sebab penat dan yang lain pulak asyik pot pet pot pet, tak dengar kata. Haa.Memang kena basuh la. It's a normal thing. Kami buat semua ni atas nama Malaysia. Siapa tak bangga jadi anak Malaysia? Kami try untuk naikkan nama Malaysia kat sini melalui budaya kita yang pelbagai. We want people to know Malaysia. To promote our diverse culture. Apa barang dorang tahu Singapore tapi tak tahu Malaysia?

Let's make more with the less guys! Tak dapat sponsor baju pun tak pa. Hehehe

Thanks jugak kepada Kak Ayuni, Auntie Sal, WMSO High Committee yang banyak bagi support kat team Bahtera Budaya. Tak lupa juga member yang selalu datang tengok kitorang praktis dan bagi komen membina macam mana nak jadikan tarian kitorang lagi cantik. Tak terbalas jasa korang semua. Hopefully, it will go well tomorrow. Kitorang akan buat yang terbaik demi WMSO dan jugak Malaysia. Malaysia, this is for you. =) Oh. Selamat Hari Malaysia!

Wednesday, April 27, 2011

Video menari

Hi guys! Baru dapat video menari dari depan. Kalau nak tengok, sila la ke link ni ye. Pandai pandai la cari aku. Hehehe. Kalau yang add aku, dapat la tengok video tu.Yang tak add, sorry la naa.


Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang...lalalalalalala

Tuesday, April 19, 2011

Balik tabir

Al-kisah di sebalik tabir persiapan persembahan sempena SEA Night Market. Disebabkan tahun ni kami buat ala ala muzikal, maka banyak juga la prop yang digunakan.Kena pula buat tema perkahwinan melayu, memang macam nak kahwin sungguh la.Dengan hantaran, bunga manggar, gubahan bunga dan sebagainya semua kena buat sendiri.

Sepetang orang orang kuat ni berkampung di rumah saya demi menyiapkan semua benda. Mujurlah masing masing kreatif dan pandai bab menggubah ni.

Ini tengah buat accessories untuk geng dikir barat. Semangat memotong kain bling bling.

Dalam senyap, si jejaka ini punya bakat terpendam menggubah hantaran.Kelas gitu noks.

Bunga manggar ada jual kat sini tapi rupanya pelik sikit.Kat hujung daun tu ada bintang. Agak cacat jugalah sebenarnya.Tapi ok la dari tak ada langsung.Hehehe.

Gubahan bunga. Buat sendiri tau.Hahahaha.Percayalah cakap aku.

Terus feeling macam nak kahwin.Boleh?

Sunday, April 17, 2011

Bahtera Budaya rocks!


Hey hey hey. I'm back.Hohoho. Rasa lega gila dah lepas SEA Night Market. Oh. By the way, bagi yang tak tahu ape kobondonya SEA Night Market tu, it's an annual event that brings all ASEAN countries in one stage. Basically, untuk tunjuk kita punya culture kepada orang NZ. Tahun lepas aku join juga. Tapi rasanya tahun ni lagi meriah sebab kitorang buat konsep macam muzikal theater.Temanya perkahwinan. 20 minutes dance non stop! Meriah you'olls. Walaupun hujan turun membasahi bumi Wellington, kitorang tetap kental menari. Positif sepanjang masa walaupun ada dua tiga benda yang jadi sebelum performance. Remain silent.

Ini antara gambar yang aku dapat dari page WMSO Lense Moment. Kudos to all photographers.Splendid job guys! You know what, I'm proud to be Malaysian!

Time ni Lily kacau aku. Tu pasal yang tiba tiba renyih tak sangga tu. Hahaha.

Dayang-ness bawa hantaran/kepochi.

Final dance. Joget lambak.

Video will be uploaded soon. To all dancers, terima kasih banyak banyak sebab sanggup korbankan masa dan tenaga demi Bahtera Budaya. Jasamu dikenang.To Juwe and Atiq, special thanks for the great step. Kepada semua yang terlibat, thanks thanks thanks! To Kak Ayuni, thanks for the food and your time. We really appreciate it.Benda ni akan sentiasa menjadi memori indah untuk aku. Special project under Cultural Committee WMSO. Hohoho.Bangga bangga. Will be missing all those training days dan mulut laser Juwe.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger