Online users

Follower

Sunday, September 25, 2011

Last one.

Puas hati aku dapat cover balik tidur tadi.Al-kisahnya hari ini kena perform lagi kat open house NZMS. Nak dijadikan cerita, handphone aku tak automatik update waktu. Wan cakap handphone akan auto update so aku malas la nak tukar. Berharap waktu tu akan auto update selepas pukul 2.Non ado weh.Kunci jam 6.30 pagi. Lepas daylight saving, waktu sebenar akan jadi 7.30 pagi. Hentam tidoq tak sedaq apa dah weh. Sedaq sedaq dah pukul 7.30 pagi. Berjanji pukul 8 kat rumah Juwe. Jadi lipas kudung la sekejap.

Sampai je kat rumah Juwe, yang lain pun tengah sibuk mekap, iron baju semua. Cis.Penat ja jadi lipas kudung.Ingatkan dah lewat. Cuaca kurang baik hari ini. Hujan.Nasib baik perform dalam dewan so tak ada la berlaku masalah props basah. Props kitorang banyak. Dengan bunga telur, hantaran buat sendiri, dulang etc. Memang penuh tangan la. Performance kali ni kurang bersemangat sikit. Maybe sebab target untuk RWC hari tu ja. So, bila kena perform after tu, semua macam dah malas dah. Siap buat silap banyak kot. Lepas sorang sorang.Habis terkeluar perkataan tak sepatutnya time menari. XD

This is our last performance before kitorang balik Malaysia.Lepas ni, semua pencen.Hahaha.

p/s : Time menari, buat bunyi, jerit bukan main kuat. Sekali penonton statik ja. Ehem. Geng2 VIP memang macam tu kot. Postur kena jaga. Adab pun kena ada. Macam tak ada respons sangat. Boleh kata macam syok sendiri.Muahahaha. Gasak la. Janji kitorang dah buat yang terbaik.

2 comments:

unieMARKS :) said...

waah dah lama tak menari!

eDdY said...

jnji enjoy kan..hehe(^^)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger