Online users

Follower

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Hong Kong Trip : Macau (Part 3)

Layan ja lah noh gambaq kami kat St Paul's Ruin ni. A bunch of people gather here just to take picture of this ruin. That's all. Some of them lepak on the stairs sampai orang nak lalu pun kena hati hati takut ada yang terpijak tangan nanti. Macam tak faham bahasa pun ada.


If you can see far away, that's one of the casino hotel available in Macau. The building has become the trademark of Macau. Many keychains and fridge magnets are printed with the image of the building. Nama, cheq dah tak ingat. Sila google. Hahaha.

One more thing, if you visit Macau, don't forget to try its egg tart. Super delicious and fresh from the oven. The smell of it was so alluring. Elina bought the egg tart in this shop. 


Look at its size. Makan satu pun dah kenyang. Bob bought a pack of it and he ate them all. Lepas tu kentut merata. Obviously, bau telur la kan. Zzzzzz.. Sabaq ja la.




 Me so likey this pitcha. Traveller much aye?


Actually banyak lagi attraction kat Macau but since we went there for just a day and we had to catch up our ferry, this was the only building that we managed to visit besides the casino that we went earlier.

Anyway, we had so much fun in Macau and again gaining attention because of Bob's monopod stick =D

Friday, February 27, 2015

Hong Kong Trip : Macau (Part 2)

Sambung cerita Macau hari tu. Lucky us we met this group of ladies who were very kind to show us the way to halal restaurant. It happened to be that the owner of the restaurant was her friend. Lapaq terketaq-ketaq sebab pagi tu makan fish fillet McD ja. Before we went to the restaurant, they helped us to find cheap souvenirs. Kebetulan jugak, depa ni memang fasih Mandarin. I was not sure whether Macau has their own language or dialect but these ladies were fantastic. They can speak several languages very well. We were surprised to know that they are actually working there for quite long time. Kalau bukan sebab depa, mungkin kami takkan dapat beli souvenir dengan harga yang murah. Bila local deal dengan local, depa kasi murah sikit. Pandai tawar, dapat murah lagi. 


 Sekali tengok pun dah tau kan dorang dari Indonesia? The way they dress really portray Indonesia at its best. Kan?


 Antara deretan kedai yang menjual souvenirs such as keychain and fridge magnet.

Ini dia kedai jawo yang kusebut-sebut tadi. Kedai ni tersorok celah celah jalan kecik. Kalau guna peta pun tak tentu boleh jumpa. Muka manyak happy ooo bila nampak ini kedai sebab perut sudah lapar. We went our separate ways after they led us to this place. Sempat bertukar FB dengan one of the ladies. 

This space is small and can only accomodate around 20 people at one time.Jangan terpengaruh dengan hiasan dalaman. Kena faham kita kat Macau sekarang ni. Memang akan banyak deco cino inside the building even though they are muslim.

Makanan dia, terbaiiiiik! Macam biasa la, menu ayam penyet dan seangkatan dengannya. Aku tamak. Ayam amik, ikan pun amik. Sambal dia yang da boom sangat. Puas hati. Dua hari tak jumpa nasi. Perut masuk angin. Kerja kentut di tempat awam saja. Pfftttt..

This is Macau street. Full of people. Most of the store jual daging ba alif ba ya. Smoked, honey, fried semua ada.Surprisingly bau dia sangat wangi dan kuat. Alih-alih ba alif ba ya. Cancel teruih.

Sampai pun kat St. Paul's Ruin ni. One of the attractions in Macau. Tinggalan bangunan yang dahulunya adalah gereja. Uniknya, hanya bahagian depan sahaja yang tinggal. Belakang tu tak dak apa. Sebab tu kot jadi tumpuan ramai. Nak sampai atas tu, macam panjat tangga Batu Caves.

Sambung nanti noh...

Saturday, February 14, 2015

Hong Kong Trip : Accomodation

Shortly after firework show, kitorang pun keluar dari Disneyland. Puas hati. Dari pagi sampai ke malam dalam tu. Itu pun tak cukup masa nak pusing semua tempat. It is recommended that you stay inside Disneyland and get unlimited access to Disneyland park. Tapi poket kena tebal la der. Budget trip macam kitorang ni memang idok dapat ler nak stay dalam tu. Dari Disneyland, kami naik train untuk ke Tsim Sha Tsui. Hotel kat area situ. Haa..time ni la nak guna Octopus Card. 

 Cute kan train dia.

Kami dan luggage berpisah tiada. Belengaih toksah duk kata la. Bayangkan dari KL sampai ke Disneyland tak mandi. Kepam berjemaah. Buddy..kami takkan terpisah sangat. Huahuahua.

Kami menginap di Canada Hotel. Dalam bayanganku, hotel tu gah la. I mean, hotel ada bangunan sendiri. Sekali bila sampai...jangkaan meleset. Canada Hotel tu dalam bangunan ni. Chungking Mansions. Dalam bangunan ni, rupa rupanya ada banyak hotel. Setiap floor hotel lain lain. Bayangkan la weh. Nama ja hotel tapi bilik dia...ya ampun. Kecik sangat-sangat. Memang budget betoi la habaq hang. Elok la dengan bayaq RM 150 untuk 3 nights. Ada banyak wing. Kena tengok betul betul alamat hotel tu. Nak tunggu lif pun satu hal.Kena beratur. Ada dua lif setiap wing. Satu untuk tingkat even numbers dan satu lagi untuk odd numbers.Mungkin sebab terlalu banyak penghuni dalam bangunan ni they have to come up with that system. Siap ada guard jaga lif you'olls.

Mujur ada Bob, our abang sado. Sebab sangat banyak warga asing kulit gelap kat kawasan ni dan dorang ni tengok kami atas bawah atas bawah. Serious scary. Wuwuwu. Clinging to Bob every time we passed through the shops in the building. Malam tu tak buat apa dah. Masing masing dah penat. Landing atas katil ja sampai esok pagi.

Gambar bilik hotel tak amik la pulak. Tapi serius kecik gila. Nak solat pun terpaksa solat atas katil. Tak dak ruang langsung. Nak jalan antara katil pun lepas sorang ja. T_T Toilet dia pulak, Hurm. Nak pusing badan, kena hati-hati takut terlanggaq mangkuk jamban. Tanya Bob bilik dia macam mana.Sama jugak la. Masuk-masuk teruih nampak pintu toilet.Katil betul-betul tepi toilet.No wonder la boleh kongsi building dengan hotel lain.Lawak pulak bila ingat balik. Mangkuk jamban tu kalau nak guna terpaksa duduk mengiring ke tepi sebab takdak ruang kat depan. Hahahahaha. Kenangan mengusik jiwa betul. Nasib badan la. Tapi kami okay ja. Padan dengan bayaq murah.

Next day, we planned to go to Macau. Macau ni negeri lain. Macam Kedah dengan Penang. Nak kena naik feri untuk sampai sana. Macau is well known of its gambling. Selalunya kalau orang pergi Hong Kong, combo pergi Macau sekali. So, kami tiru ja la apa yang traveller sebelum ni buat. Hehehe. Tapi kami tak gambling tau. Pi cuci mata ja. Our hotel receptionist said this was the first time he heard people coming to Hong Kong for sightseeing. Normally people come here for shopping. Tengok sajalah butik butik barang berjenama, Bersepah sepah tepi jalan. Yang sebenarnya datang Hong Kong sebab tiket flight murah. Hahaha.


You can reach the terminal by walking je. Ikut signboard ke Victoria Harbour. Confirm sampai ke terminal. Terminal dia ni lain macam sikit. Dalam building 1st floor. Ask the people who can speak English or any front desk. Depa ni bangsa yang memang kebanyakkannya reject English. They are so proud of their language. Kalau nak jumpa tengah jalan yang baik hati dan tahu cakap English tu, a few ja la. Tak tau la kami ja ka yang rasa macam tu or its just not our luck. Feri dia macam feri nak pi Langkawi. Harga tiket tak ingat. Lost memory dah. Huhu. Sorry.

Okay. Stop sini dulu. Sambung nanti pulak.

Wednesday, February 11, 2015

Hong Kong Trip : Disneyland (Part 3)

Nak cari makanan halal dalam Disneyland tak susah. Ada disediakan satu restoran halal iaitu Tahitian Terrace Restaurant kat Adventureland. The price is quite pricey. From 100-200HKD. Dia offer Indian Cuisine. Kitorang tak makan pun kat situ sebab lepas dah kenyang melantak fish n chips baru jumpa restoran ni. Time dah lapaq sangat tu, buka la roti gardenia yang kami seludup masuk tu. Ya Allah. Dah penyek dek kena hempap dengan baju Bob. Sobs. Happen to be time tu terjumpa kedai jual fish n chips. Terus je beli. Kena percaya dengan apa yang kita makan. Kalau ragu-ragu, jatuh hukum berdosa makan. Ada satu lagi restoran Halal iaitu Explorer's Club Restaurant kat Mystic Point. Price range from 100-200HKD.

 Antara makanan yang dijual dalam Tahitian Terrace. Kagum kejap dengan cara dorang awet makanan tu. 

We had difficulties to find the prayer room. When we asked the staff, they did not understand what is prayer room. Sampai kena buat action takbir Allahuakbar. Itu pun dorang tak faham. At last, dorang dapat tangkap bila buat action cina pegang colok semayang kat tokong tu. Zzzz. Dorang point ke arah Tahitian Terrace Restaurant. Muka banyak happy la jumpa tempat solat. We went there and it was not a prayer room. It was a toilet. Haish. Kitorang kejar masa time tu sebab dah nak dekat Maghrib. Nak patah balik ke Guest Relation, it took some time to reach there. Buang masa.Tetiba ternampak satu ruang yang terlindung sedikit belakang restoran tu. We took turn to pray there. Hanya berlapikkan ponco sebagai alas. Itu pun staff yang lalu berapa kali warning tak boleh duduk situ as the place is for staff only. Angguk faham tapi ketegaq tak bergerak jugak. 



Rides ni pun boleh tahan gerun jugak. Sayangnya trek tu pendek sangat. Would be much more scarier if the track was longer. Turun dari rides ni semua gelak. Sebab geli perut bila dia naik sampai hujung tu.


Dah menginjak ke senja tu, moh le kita bergerak ke depan Sleeping Beauty Castle. Tuhan je tahu perasaan time tu. Excited baq hang! Nak tengok firework show yang sebelum ni hanya mampu tengok dalam tv ja. 

Subhanallah. Cantik sangat fireworks show ni. Enjoy sangat malam tu. Diiringi lagu Disney daripada semua characters, soundtrack yang sangat best..boleh buat kita rasa macam dalam fairytale sangat.














Malam baru sempat nak amik gambar gate ni. Sebab siang tadi berperang dengan hujan.Huhuhu. 

Tuesday, February 10, 2015

Hong Kong trip : Disneyland ( Part 2)

Waktu kitorang masuk Disneyland tu, tak berapa ramai orang sangat. Mungkin sebab baru lepas hujan. Tengahari sikit baru berpusu pusu orang. Cuaca terik yang amat secara tiba tiba. Told ya Hong Kong's weather is so unexpected. Dengan perut lapar. Standard la kalau cowboy style macam kitorang ni, berlapar itu satu kebiasaan. Disneyland ni besar sangat. Kitorang tak sempat nak pusing dan try semua games. Sebab penat satu hal. Long queue satu hal. Kalau bawa budak kecik, siap duit la. Toys, costume, balloons are everywhere! Mujur la puak puak kami ni dah tak ada perasaan bab yang ini. Tapi serious comel la benda-benda yang dijual tu. Disney kan.

Here's some pictures of us in Disneyland.



 Sleeping Beauty Castle yang menjadi kegilaan ramai. One of the reason why I was so eager to come to this place.


Bob selfie! To our surprise, the locals were so amazed by Bob's monopod stick. This magical stick tak sampai ke Hong Kong lagi rupanya at that time.Hahaha. So, jadi attraction sekejap la bila Bob buka kayu sakti ni untuk bergambar. Hehehe. =P

Cinderella Carousel.


 Naik jugak benda alah ni. Back to childhood days.

 3D show at Philhar Magic. 



There are 7 lands altogether. Adventureland, Grizzly Gulch, Mystic Point, Toy Story Land, Fantasyland, Tomorrowland and Main Street, U.S.A. Kitorang tak sempat nak explore Tomorrowland. Time tu dah lewat nak kejar Firework show. So sad. 


At Liki Tikis. Group photo semua guna hp Bob sebab dia je yang ada monopod. 



Jungle River Cruise


Mystic Manor. Hangpa kena masuk hat ni kalau mai Disneyland. Best gila weh. Dia punya rides buat hangpa rasa macam dalam tv. Macam masuk dalam dunia magical. Kami tak berhenti henti woooo waaaahh macam budak kecik. Hahaha. 

Ni antara shot yang sempat aku snap dalam Mystic Manor ni. Tak dan nak amik gambar banyak-banyak sebab ghalit tengok benda-benda dalam ni.You have to see it with your own eyes. Baru puas. 

Gumuks betol hang Japirah T_T

Tarzan's Tree House.

Group photo.


Grizzly Gulch. Puak puak ni pun jakun tengok monopod Bob oii.Hehehe.

Toy Story Land.

Sambung part 3 pulak noh. Rasa macam dah overload gambar dah entry ni. Hehehe. Okay you'olls. Jumpa next entry! 
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger