Online users

Follower

Showing posts with label jakun. Show all posts
Showing posts with label jakun. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

Malas buka FB

Fine. Aku ada la sikit rasa sedih bila buka FB, tengok album kawan-kawan sambut raya sekali.Besar-besaran pula tu.Wuwuwu.Kalau sebelum ni pun aku memang susah nak join sebab ikut family beraya kat rumah sedara.Tapi ada juga aku pergi rumah kawan-kawan kalau masa mengizinkan.

Tiba-tiba tacing lebih tengok geng Langkawi gather kat rumah Liza.Even tak ramai mana pun, still rasa macam argh..kenapa aku tak ada dalam gambar tu sekali haa? Haa...macam tu la.Lama kot tak jumpa dorang.Harapnya nanti time aku balik summer, ada la kesempatan nak jumpa geng lama balik.Nak tunggu reunion, memang tak dapatlah.Merata ceruk further study.Cuti summer pula bukan sama.

So, kepada yang berkenaan, sila kosongkan jadual anda hujung tahun ni ye.Wah.Macam diva pula.

Thursday, July 22, 2010

Budak zaman sekarang

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang.Dengan bangganya snap gambar angkat jari tengah.Bangga upload kat FB, bangga tulis F*** .Orang kampung baru nak up memang macam ni.Aku pula yang rasa annoying tengok minah ni.Dah la hang tu perempuan.Konon cool la kan buat macam tu.Muda lagi der.Well.Budak baru nak matang.Masih tercari-cari identiti diri.Pergi sekolah bertudung, keluar sekolah....(sila isi tempat kosong)

Entah apa apa.

Tuesday, June 8, 2010

Hujan ais

Patutlah semacam ja aku dengar bunyi hujan hari ini. Rupanya hujan ais. Gedebuk gedebuk menghempap bumbung.Mula-mula dengar macam hujan lebat. Makin lama, bunyi makin jarang and its like seketul-seketul jatuh.

Yeah. Perasaan jakun datang tiba-tiba. Kiciwi habis.Excited dapat tengok hujan ais turun dari langit. Rasa macam tak percaya ja boleh lalui pengalaman macam ni. Gagah juga nak keluar rumah berkaki ayam mencari butiran ais yang jatuh. Mak aiii..sejuk macam duduk dalam fridge habaq hang. Berjaya mencari dua ketul ais. Berasa teruja dan memanggil housemate yang lain.

"Nik! Neda! Hujan ais! Hujan ais! Ais weyh ais!

Ya. Begitu teruja. Esok ramalan snow akan turun di beberapa tempat di NZ but obviously bukan di Wellington. Tapi, apa-apa pun boleh jadi kan. Jadi, apa salahnya mengharap snow akan turun di Welly kan even sekejap.

p/s : Kiciwi = Teruja tahap melampau.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger