Habis dengan mat arep sekali terjebak dengan passion aku ni. Saja ja aku cerita pasal novel Lincoln Lawyer yang aku beli hari tu. Tetiba dia nak pinjam.Katanya bosan duduk rumah tak ada benda nak buat. Dengan mak dia sekali naik heran tiba tiba anak teruna dia jadi kaki buku.Hahaha.After dia baca tu, mula lah dia google pasal novel Micheal Connelly ni. Leads to movie Lincoln Lawyer.Yang jadi lead character dalam movie tu Matthew McConaughey.He loves Matthew's acting. Sempoi katanya. Mat arep ni style kalau dia minat someone tu, dia akan dig habis pasal orang tu. Google punya google terjumpa pulak movie A Time To Kill. Also adaptasi dari novel karya John Grisham.Lakonan Matthew jugak. Movie ni tahun 1996.Lepas tu aku pulak yang terjebak dengan passion mat arep layan movie lama. Haa..Saling terjebak gitu. Syok jugak la pasai kami ada passion yang sama. Bercinta 3 tahun, sekarang baru discover minat yang sama.Hahaha.
Plat kereta smart gila. Credits to google image.
Barisan pelakon bukan calang calang. Sandra Bullock pun ado!
Credits to google image.
Makanya, aku nak suggest la kat korang untuk layan movie Lincoln Lawyer dan A Time To Kill. Konfirm puas hati.Sila pastikan anda spare tisu waktu penghujung movie A Time To Kill tu. Siapa yang layan thriller and law novel, I would suggest you to find masterpiece from Micheal Connelly and John Grisham. Addictive!
Tak semestinya kita kena ada basic law untuk faham novel yang berkisarkan justice ni. Macam aku, zero knowledge pasal law.At first, terkedek kedek jugak nak faham. Tapi lama lama, dah faham. Nak kata faham keseluruhan judiciary system tak jugak, tapi at least I got a hunch about it.
p/s: Nak tengok lakonan mantap aku? Sila klik "Watch again" di iklan Acer di bawah entry ni. Boleh ganti Lisa Surihani tak? Kahkahkah =P















