Online users

Follower

Sunday, April 21, 2013

Theodore Boone pulek

Addict dah dengan novel. Dulu sumpah aku cukup tak suka baca novel.English lagi la.Entah setan apakah yang merasuk diriku ini, tiba tiba jadi ketagih kat novel English pulak. Lepas satu, satu. Dulu cukup kedekut nak beli novel. Membazir la apa la. Tapi, sekarang, setiap bulan ada peruntukan khas untuk novel. Tak rasa rugi melabur untuk benda ni sebab at the same time, boleh luaskan vocab. Yo lah. Kata English teacher. Kena la master English language. Ye dak?


Ni baru beli semalam. Berkisar pasal undang undang jugak. Tak tau la macam mana boleh suka baca cerita pasal 'naik turun mahkamah' ni. Agaknya dah bosan dengan cerita cinta kot. Asyik asyik ulang plot yang sama. Best weh novel ni. Bahasa yang dia guna simple sangat.Baca pun smooth ja. Tak dak sangkut sangkut macam The Lincoln Lawyer.Hehehe.

Ada sapa sapa tahu kedai buku bundle area Jitra/ Alor Setar? Boleh beli novel banyak banyak dengan harga murah sikit =P

9 comments:

eDdY said...

nnt wat synopsis tuk aku k..hehe

Innanie | Ariffin said...

alaa zack, kalau kat KL ni kita tahu lah. book xcess. the price is murah gila babi. sama macam big bad wolf tu!!!! :) dekat Amcorp Mall. dekat dengan UM je

[z@ck] said...

eDdy..
orait! =)

Innanie Ariffin..
alaaa...why not in kedah? Huhuhuhu =(

aReLaN said...

sungguh tak minat diri ini membaca.hehehe

[z@ck] said...

aReLaN..
jgn kata mcm tu.aku dulu pun mcm tu tapi la ni tiba2 jadi suka.people change.hahaha

tifa anvar said...

Salam zafira,
msti best jln crita nie kn. Cuba google tngk ade x tmpt book bundle area jitra

shaty said...

book bundle or rental book service di area alor setar atau utara .. tak banyak tawarkan buku Bhs Inggeris apatah lagi daripenulis-penulis 'best sellers'. Kat KL dan penang berlambak. Kat library awam pun tak banyak. Yang ada stok lama .. dah basi. Tapi beli baru memang tak berbaloi lah melainkan kita nak buat koleksi. Apa pun kalau sekadar nak hilang ketagihan bhn Bhs Inggeris dan nak widen vocab skills .. gi jer library. Saya pernah pinjam satu buku .. citer ala-ala mahkamah .. tebal dan besarnya nauzubillahh .. kena baca berlapik bantal sebab saiz dan berat. Tapi citernya best giler. Bila watak peguam tu berdebat di mahkamah .. terasa macam diri saya yang dok berdebat. huhhh .. sampai terbawa-bawa bila saya bertutur Bhs Inggeris dengan kengkawan. Kuat betul penangannya. Susah betul nak letak buku tu tapi tak mampu nak habiskan sehari dua..

aReLaN said...

hahaha...baca komik sukalah.

NIZAM said...

la, kenapa tak BBW kat penang aritu? dekat je kan dengan umah? bulan lepas. sangatlah heaven BBW ni. :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger