Online users

Follower

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Hong Kong Trip : Madame Tussauds

So, after Ocean Park, we took a bus and a peak tram to go to The Peak. For your information, The Peak is the famous vantage point for the tourist to enjoy the scenic Hong Kong. From this point, you can see the whole Hong Kong. Such a beautiful scenery. 

Terleka sekejap dalam bas and ended up getting off at the wrong place. We had to walk and redah all the heavy traffic to get to this tram picking up point. Selamber dek je lintas jalan without using zebra crossing. Huhu. 

We visited Madame Tussauds. It is recommended for you to purchase the ticket online as it is way much cheaper than walk in price. However, there was a time slot that you have to choose when purchasing it. Means that you can only enter the place at that time and can stay as long as you wish for (Last admission is at 9.45 p.m) Jakun kejap tengok patung selebriti kat sini. They looked freakin' real! Depa letak patung Jackie Chan kat depan entrance and charge people who want to take photos of him. Yang lain tak pulak. Maybe because Jackie Chan is a sensation there. Sebab kena bayaq, so tak dak la gambaq dengan Jackie Chan. 

 Nicole Kidman

 Angelina Jolie. If only she was real, Bob would be the happiest person in the world. Hahaha.

 Ni tak nampak real sangat. But I had fun with him. =p

 Andy Lau. Selalu mix up dengan Aaron Kwok para para sakura tu.

 The hottest couple.

 Late Princess Diana.


 Hitler.

 Albert Einstein.

 Marilyn Monroe.

 Audrey Hepburn.

 The tallest basketball player. Tegha Bob yang tinggi sado tu pun kalah dengan mamat ni.

 Maria Sharapova.

 Muhammad Ali.

 Madonna.

 Okay. Gaga tak tinggi mana pun. Aku lagi tinggi. Huahuahua.

 Hugh Jackman a.k.a Wolverine.

 Iron Man.

Good job Bob. Boleh pi casting movie lepas ni. =P





Sun Wukong pun ada!
This is only a few..Ada banyak lagi. Tak terupload semua kat sini. Nak tengok, kena datang sendiri.
Happened to be it was my birthay. So abadikan la kenangan kat sini. Cewah. 2014. Dah lama baru up entry. Hahaha.

Lepas tu kan, masing masing lapaq. Makan kat Bubba Gump Shrimp. Seumur hidup tak penah makan. Even kat Malaysia pun tak penah jejak kaki kat kedai ni. Tup tup kat Hong Kong pulak merasa benda alah ni. Sedap rupanya. 



 I love deep fried food. =P

Saturday, March 1, 2014

Sabah trip: Final part.

Okay. Ini last part untuk entry Sabah trip. Hukhukhuk. Sedih pula rasa. Padahal buat entry je pun. Nak cerita pasal shopping kat Jamilah Jewellery. Mula mula tekad nak window shopping je. If beli pun, nak beli sikit sikit ja. Beda buat family ja. Jamilah Jewellery ni ada banyak kedai. Ada kedai textile dan barang kemas (Yang aku tahu dan nampak la. Tak tahu la kot kot dia ada buka kedai lain jugak). So, we went for the first store. Hurm. Macam tak menarik perhatian sangat sebab harga dia tak ada la murah sangat seperti yang diwarwarkan. Selected item saja. Berjaya kawal nafsu. Yes!

Biasa je barang dia kat kedai ni. 

In front of the store, ada satu lagi kedai Jamilah Jewellery ni. Orang ramai gila. Kedai tu sangat ekslusif. Nak masuk pun takut. Tapi, masuk jugak la sebab nak riki riki harga. Disebabkan kedai tu besar, so I went to the right side first. Various kind of pearls. Harga up to thousand ringgit. Cantik toksah cakap la. Memang menarik hati betul. Lepas tu aku pergi ke sebelah kiri pulak. Goooosh!!! Semua barang kat situ 50% discount.Subang, cincin,brooch, cufflinks,butang baju melayu,bracelet,rantai and all pearl stuff ada kat situ. And all 50% discount. Harga pulak ya ampun..Bayangkan la, cincin pearl dari semurah RM 7. Tu tak tolak 50% lagi. Kalau sekali tengok tu, sama ja rupanya dengan yang ori. Bracelet dari RM 10 jadi RM 5. Terus menggila dalam kedai. Melilau mata nak beli semuanya sebab murah sangat sangat. Hajat nak window shopping tinggal angan angan. Siap swipe debit card lagi oiiiiii. Gila! Ada kot dekat 2 jam duduk dalam tu.Hehehe.
Cantik kan? Ada sekeping je gambar kat kedai ni sebab I busy pilih pearl sampai tak ingat nak snap gambar banyak banyak =)

Puas hati dapat beli macam macam dengan harga just RM 1++. Dapat bagi kat kawan-kawan, family dan diri sendiri. Memang sangat berbaloi I tell you. 

Malam nya pulak, kami melantak seafood serupa apa lagi. Itu target utama kat KK ni. Nak makan seafood sebab ramai yang cakap murah. Niat dihati nak try lobster tapi kan, mahal gila. Lobster besar tapak tangan je dah RM1++. Berat kulit je lebih. Kecewa jugak la. Tapi tak pa. Tak boleh makan lobster, kita makan benda lain. 



Ikan, udang,sotong, ketam semua kami balon. Tips untuk korang yang nak makan seafood in large quantity, jangan makan nasi. Ratah seafood je. Sebab kalau makan dengan nasi, cepat kenyang. So, tak nikmat sangat makan seafood tu. Aku menyesal melantak nasi banyak. At the end, tak ada ruang dah untuk masuk seafood. Thanks to Syam, lepas dia nego dengan tokey, kitorang punya total cost tak sampai RM 200 pun. Mind you, we ordered 8 plates of seafood with different styles of cooking (5 for us and 3 for Syam & Fina). Memang sangat berbaloi. Thanks again to Syam and Fina. 

Ikan siakap masak 3 rasa.

 Sotong celup tepung.

 Buttered prawn

 Satak butter basah (Udang lipan)

 Ketam masak cili.

Tak semenggah dah muka sorang sorang. Aku dah surrender time ni. Tak mampu nak masuk dah.

Terliur pulak aku tengok gambar seafood ni.

Ni ada video aku compile kan detik detik indah waktu kami di Sabah. Kalau free, tengok lah =)

Wednesday, January 22, 2014

Ayam Mc Dota

My housemate and I always have the same thought but we never tell each other till we need to. Usually, I am the one who 'spill it out' and she would go,

"Eh, akak pun ada fikir macam tu jugak tadi!"

So, tadi masing masing kebulur time LDP Frog VLE. Boleh pulak tengah tengah berLDP I said,

"Macam teringin nak makan Mc Dota lagi la akak" 
" Eh, akak pun ada fikir tadi nak makan Mc Dota. Macam macam tau ja awak ni Fira" (she calls me Fira cause she said Fira suits me best. Hohoho.)
"Well, we always have the same thought. Memang otak fikir makan je kan"
"Jom, lepas LDP."
"Jom!"

Senang je kitorang ni. When one of us ajak makan, we never think long, terus jom je. We can never compromise when we are hungry. Bela perut orang kata. So off we went to Mc Dota. Actually this is my second time eating there. First time tu last week. I ate chicken chop but the portion was too small for me. Tak kenyang! Housemate makan ayam goreng. Teringin pulak nak merasa ayam goreng because I tasted a little of hers and it was too good I wanted to order as well. Tapi sebab berlaku sedikit masalah peribadi time tu, terpaksa balik awal. So, nak lunaskan hajat yang tak tercapai tu, we went for second time. Kali ni tak cakap banyak dah. Terus pergi kaunter order set "Happiness". Kena sangat dengan mood I time tu. Happiness is all over me when I see the crispy fried chicken. Kihkihkih.


3 pieces of chicken with coleslaw, a bun and whipped potato. Dah jatuh cinta dengan ayam Mc Dota. Tapi tu la, if I go back to Kedah I have to go to Sungai Petani to eat this. Jarang nak jumpa Mc Dota ni. Glad I found this in Segamat. Lepas ni jarang pergi KFC dah la. Hehehe. Patut la orang cakap Mc Dota lagi sedap sebab tak banyak tepung. Memang tak letak tepung langsung! Truly fried chicken! Harga pulak sangatlah berpatutan. Bought this set for only RM 8.90.

p/s: Pergh! Lama gila tak update pasal makanan! 

Wednesday, October 23, 2013

Makanan

Nah. Mood tengah lapaq la ni. Aku letak semua gambar masakan aku kat sini. Masak simple simple ja. Orang bujang la katakan. Tekak sendiri ja nak telan. Muehehe. Update through tab ni. Tak reti nak adjust caption for every pic. Tengok gambaq pun boleh agak kot benda apa yang aku masak kan? Layankan jaaaa

Monday, September 9, 2013

Nom nom nom

Cerita pasal makanan pulak la. Kata kuat makan.


Khamis malam Jumaat, ada solat hajat kat sekolah sempena UPSR. Dorang jamu makan nasi ambang. First time aku jamah nasi ni. Not bad. Cumanya, aku tak usik mee. Sebab perut tak boleh terima gu nasi dengan mee. Yang lain, clear masuk perut. Aku tertanya tanya jugak asal usul nasi ambang ni. Kenapa combo dengan mee? Lepas tu ada macam serunding nyioq. Ada ikan kering. Bila gu sekali, eh sedap pulak. Tapi not with mee definitely. Tak boleh terima oi. Kalau aku boleh improvise nasi ambang ni, aku takkan letak mee. Hahahaha. Sesuka hati ja nak improvise makanan jawa.



Petang Jumaat pulak tetiba terasa teringin sangat nak makan spageti. Malas nak makan kat kedai sebab sensorang. So, pergi Nirwana beli bahan. Ketung ketang kat dapur, siap. Aku buat banyak. Sampai ke hari Ahad tak habis lagi makannya. Tapi takpa, aku suka. Ulang makan banyak kali pun aku tak jemu. Nyam nyam. Sedap oooo.. Choiii..Puji masakan sendiri. Hahaha.

Ala..senang je nak buat spageti. Tak susah pun. Aku belajar buat ni dari Khai. Sampai sekarang la kalau masak spageti ni, mesti teringat kat dia. Sifu masakan.

Sunday, September 8, 2013

Nasi berlauk

Tadi kan, aku pergi makan kat Restoran Nasir. Punya la happy dapat makan nasi berlauk. Jangan tak tahu aku dah lama tak makan nasi berlauk. Balik balik bihun goreng, nasi goreng. Kantin sekolah jarang nak buat nasi berlauk ni. Kempunan teruk la aku nak makan nasi dengan ikan goreng sama sayur. Bila dah jumpa kat Nasir ni, terus kau amik asam pedas ikan pari. Balas dendam. Nasi pun taruk menimbun.

Nak masak sendiri kat rumah, kadang kadang tak sempat. So, makan kedai sudeh. Hehehe

Tuesday, September 3, 2013

Bilik vs makanan

Hallu! Berazam untuk kerap update lepas ni. Yosh! Tak sangka pulak ada yang menunggu entry terbaru dariku.Huhuhu. So, kali ni nak cakap pasal bilik la. Nak show off sikit. Ewah kau.

Inilah bilikku. Perasan tak tebal semacam tilam aku tu? Tu sebab aku double kan tilam. Kalau tak double, bunyi kriok kriok sangat kuat. Sebab rangka katil besi ni dah tak kuat. Ada besi yang dah patah. Poster kat dinding tu bukan aku yang tampal tapi penyewa sebelum ni. Aku malas nak buka. Bior je kat situ. Hari hari ngadap budak separuh bogel kat dinding tu. Hang ada? Hahaha.

 
Meja study yang digunakan untuk letak semua benda.Aku tak guna pun meja ni untuk buat kerja. Aku lebih suka meniarap atas katil. That's why tilam cepat leper. Duk latu almost 24 hours a day. Hohohoho. Nanti nak upgrade dinding tu. Nak letak gambar banyak banyak.Gitu.

Jadi la noh 2 keping gambar bilik. Ni nak cerita bab food pulak. Dulu aku cukup tak boleh terima makan cuq pisang or cuq ubi dengan sambal kicap. Rasa macam what the? Tapi bila datang sini, everything's changed. Bila beli cucuq, depa bagi sekali sambal kicap. Pada suatu hari, tergerak hati nak try. First dip, erm..not bad. Second dip, eh sedap la pulak. Lepas tu tak boleh stop mencicah. Hahaha. Start from then on la aku dah ketagih dah mencicah sambal kicap. Asal boleh ja nak cicah. 

Lagi satu, aku perasan budak sekolah aku kalau makan nasi ke bihun ke mee ke apa ke mesti nak kena ada sambal merah kosong. Even kat meja cikgu pun disediakan sambal merah kosong. Yang kagumnya tu, budak darjah satu pun dah pandai makan pedas. Dituangnya kuah sampai tak nampak nasi! Aku tanya, "tak pedas ke?". Dengan selamba dek nya dia cakap tak pedas pun. So, conclusion yang aku dapat buat kat sini, orang Johor memang suka makan sambal.

Ini pulak cerita pagi tadi. Kerani sekolah amik tempahan durian crepe. Disebabkan dah lama tak makan, aku pun order. Pergh. Sedap tak terkata. Aku pernah makan sebelum ni. Tapi tak sesedap yang ini. Lembut, cair dimulut. Isi durian dan whipped cream balance. 6 ketul aku sorang, tak ada hal! Sekarang ni kan tengah musim durian, makanya banyaklah orang buat bisnes durian crepe ni. So, siapa yang teringin nak makan tu, order la sekarang sementara durian tengah ada. Hehe.

Nampaknya niat nak lose weight tu semakin jauh dari pandangan. Banyak pulak benda sedap kat Segamat ni. Haish.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger