Online users

Follower

Tuesday, September 3, 2013

Bilik vs makanan

Hallu! Berazam untuk kerap update lepas ni. Yosh! Tak sangka pulak ada yang menunggu entry terbaru dariku.Huhuhu. So, kali ni nak cakap pasal bilik la. Nak show off sikit. Ewah kau.

Inilah bilikku. Perasan tak tebal semacam tilam aku tu? Tu sebab aku double kan tilam. Kalau tak double, bunyi kriok kriok sangat kuat. Sebab rangka katil besi ni dah tak kuat. Ada besi yang dah patah. Poster kat dinding tu bukan aku yang tampal tapi penyewa sebelum ni. Aku malas nak buka. Bior je kat situ. Hari hari ngadap budak separuh bogel kat dinding tu. Hang ada? Hahaha.

 
Meja study yang digunakan untuk letak semua benda.Aku tak guna pun meja ni untuk buat kerja. Aku lebih suka meniarap atas katil. That's why tilam cepat leper. Duk latu almost 24 hours a day. Hohohoho. Nanti nak upgrade dinding tu. Nak letak gambar banyak banyak.Gitu.

Jadi la noh 2 keping gambar bilik. Ni nak cerita bab food pulak. Dulu aku cukup tak boleh terima makan cuq pisang or cuq ubi dengan sambal kicap. Rasa macam what the? Tapi bila datang sini, everything's changed. Bila beli cucuq, depa bagi sekali sambal kicap. Pada suatu hari, tergerak hati nak try. First dip, erm..not bad. Second dip, eh sedap la pulak. Lepas tu tak boleh stop mencicah. Hahaha. Start from then on la aku dah ketagih dah mencicah sambal kicap. Asal boleh ja nak cicah. 

Lagi satu, aku perasan budak sekolah aku kalau makan nasi ke bihun ke mee ke apa ke mesti nak kena ada sambal merah kosong. Even kat meja cikgu pun disediakan sambal merah kosong. Yang kagumnya tu, budak darjah satu pun dah pandai makan pedas. Dituangnya kuah sampai tak nampak nasi! Aku tanya, "tak pedas ke?". Dengan selamba dek nya dia cakap tak pedas pun. So, conclusion yang aku dapat buat kat sini, orang Johor memang suka makan sambal.

Ini pulak cerita pagi tadi. Kerani sekolah amik tempahan durian crepe. Disebabkan dah lama tak makan, aku pun order. Pergh. Sedap tak terkata. Aku pernah makan sebelum ni. Tapi tak sesedap yang ini. Lembut, cair dimulut. Isi durian dan whipped cream balance. 6 ketul aku sorang, tak ada hal! Sekarang ni kan tengah musim durian, makanya banyaklah orang buat bisnes durian crepe ni. So, siapa yang teringin nak makan tu, order la sekarang sementara durian tengah ada. Hehe.

Nampaknya niat nak lose weight tu semakin jauh dari pandangan. Banyak pulak benda sedap kat Segamat ni. Haish.

5 comments:

Nur Hafiza Rahsid said...

Makan tempe dengan sambal kicap pun sodapp! Hehe.

Dulu masa baru sampai Sarawak tercari cari sambal kicap tapi diaorang tak makan pisang oreng dengan sambal kicap. Balik rumah tumbuk sambal sendiri. Baru feel complete gitu mealnya..

Kenkadang makan bihun putih/bihun singapore tu pun boh sambal kicap. Memang takleh lari =p

Irfa said...

goreng pisang cicah kicap tu pu agak pelik bg akak yg dtg dr pantai timur ni.tp sekarang,kat rumah mmg ada stok.buat sdiri,makan cucur pun cicah sambal kicap.hehe
tgk bilik kamu teringat bilik zaman bujang dulu

suezen said...

haha babe! aku mcm confuse kenape ade abc kt wall ko..hehehehe..biasalah tu bilik budak bujang

eDdY said...

crepe..lama da x mkn ni..aku mkn dulu time dok viral kat dlm fb..yg time suma org dok citer pasal crepe tu..haha

tifa anvar said...

Bilik tu mcm baru d kms utk amik photo je. Hehehe jngn mareee

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger