Online users

Follower

Saturday, August 31, 2013

Alah membeli, menang memakai

Hari ni misi mencari tilam dan kipas. Actually, tilam yang aku pakai sekarang ni housemate aku punya. So, duk hentam pakai sampai leper kat tengah. Jadi segan pulak nak pakai sampai lunyai. Dah target nak beli kat kedai mana sebab aku dah lama survey. Mujuq survey sebab makin banyak masuk kedai, makin murah pulak harganya compared to the first kedai.

Kipas pun dah lama target nak beli sebab dah tak tahan dengan kipas siling. Tak rasa pun! Kadang kadang tidur terjaga tengah malam mengipas badan dengan kertas. Wuwuwu. So, decide nak beli table fan. Pun dah survey dan jumpa yang within budget.

Balik tadi, kereta macam orang baru pindah rumah. Seat belakang apek tu sumbat tilam. Seat tepi pulak, letak kipas. Aku minta dia pasang terus. So, tak la susah aku nak kena pasang kat rumah nanti. Lepas tu ke Kipmart pulak. Cari meja kecik nak letak kipas. Ala, meja budak budak tu. Yang ada corak alpabhet or numbers too.

Total tiga barang tu, RM 206. Terlebih bajet sikit. Bajet ngam ngam 200 ja. Hehehe. Malam ni tidoq nyenyak la sebab ada kipas baru. Ehem.

Peti ais, next month pulak. Uncle kedai tu ingat muka aku. Pasal aku pernah survey peti ais kat kedai dia last month. Tadi beli kipas pun kat kedai dia. So, dengan happynya dia greet aku depan pintu. Sebab dia ingat aku nak angkut peti ais padahal nak beli table fan ja. Hohoho. Peti ais idaman yang aku cakap murah tu dah ada orang angkat 2 hari lepas. Tapi uncle tu cakap boleh order lagi maa. So, definitely will buy it from his store next month. Insya-Allah.

7 comments:

shera haifa said...

terbaik. kipas pun jaga keselamatan.. hehe

suezen said...

haha...aku nmpk gmbr ni kt fb aku gelak babe!

Irfa said...

bagus beli barang umah,dah kawen nanti semua barang dah ada ;)

tifa anvar said...

Baru ingat nk komen suruh ltk gambr tuan blog. Tup tup ade plak

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kale sesape yg naik kete xpakai seat belt... malu le kat kipas tuan belog nih..... huhuhuhu..

selamat berkipas lipas...

amy (^_^) said...

Kipas tu.. xtahan.. so hilarious.. (^_^)

eDdY said...

haha..aku pon mende first yg aku beli bile masuk rumah sewa ialah kipas..biar pon rumah tu da ade kipas siling..hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger