Online users

Follower

Thursday, August 29, 2013

Banyak benda.

Assalamualaikum, it's been a while since I last posted an entry here. Sejak ada instagram ni, terus lupa kat blog.Huhuhu.Betul la orang kata, tuntutan kerja tu kadang kadang membuatkan aku rasa 24 jam sehari tak cukup. Sungguh. Apatah lagi berada dalam environment yang sentiasa aktif. Bila orang sekeliling kita aktif, kita pun jadi aktif jugak. Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan dah aku kat Segamat ni. Bila orang tanya okay tak kat sini. Aku okay kan saja. Walaupun kadang kadang rasa macam tak okay. Tekanan bekerja, sunyi, tak ada geng nak menggila. In a good way, gaji tu guna untuk keperluan sahaja. Benda lagha' ni dah makin kurang dilakukan. Kalau tak, dulu pantang ada cerita baru keluar kat wayang, laju ajer pergi tengok.

Masuk cerita lain pulak, aku stress dengan budak tahun 6 tak sudah lagi. Minggu ni asyik nak naik darah je dalam kelas. Kelas aku tu banyak lelaki yang suka menyampuk. Kita cakap dia pun sibuk buat warung kopi kat belakang. No mercy la kali ni. Aku rotan juga sekali dua. Itu pun tak makan saman. UPSR tak berapa hari lagi dah. Tapi aku tengok dorang macam tak ada kesedaran langsung. Still mood suka suki. Cikgu yang kecut perut lebih. Haish. Sekarang ni kitorang banyak buat exam dalaman. Attempt past years questions. Makin jatuh pulak result dorang. Menjawab la aku dengan GB nanti. Huhuhu. Bila aku tanya cikgu kelas lain, result dorang pun drop. Mungkin di tahap sekarang ni dorang dah tak boleh nak terima dah apa yang diajar. Dah tepu. Dah muak tengok kertas soalan. Ada la sorang dua yang meningkat. Tapi ada yang duk macam tu jugak. Macam sia sia ja cikgu duk pung pang pung pang kat depan mengajar. Haish. Boleh naik bp aku kalau pegang kelas tahun 6 lagi next year. T______________T

Cerita lain pulak. Ni lah jadinya kalau lama tak blogging. Banyak benor benda nak cerita.Aku dalam perancangan nak beli peti ais untuk rumah aku ni. Tapi aku tak tahu which one is good. Tak nak la yang besaq besaq. Amik hat kecik single door pun jadi la.Beda nak simpan bahan mentah ja. Lagipun, kami berdua ja sekarang ni. So, any suggestion which brand should I buy? Hari tu survey SHARP the cheapest is RM 535. Apa kekurangan single door? Air kat bawah tu kena buang sendiri ke? Kat freezer senang jadi ais salji ke? Tolong, tolong. Tanya tokey kedai, dia kata zaman la ni single door, freezer tu tak jadi ais salji dah. Air pun tak perlu nak kena buang selalu. Dia auto. Aku macam suspicious sikit. Hohohoh. Yo lah. Tokey kedai mesti la nak barang dia laku kan. Positif ajer sepanjang masa. Nak tanya la pendapat korang semua yang dah pernah pakai single door fridge.

Okay,dah tak tahu nak cakap apa. Tolong ye, siapa yang terbaca entry ni bagi pendapat tentang peti ais tu.

5 comments:

shaty said...

ERmm .. memang KAMI terbiarrr .. org dahulukan INSTAGRAM. :( macam tnggu buah tak gugur je .. bila masuk tak ada new entry. Ishkk .. janganlah pinggirkan BLOG !

Tentang peti ais .. satu pintu biasanya kurang penggunaan elektrik. Bab sejuk jadi ais tu rasanya tiada lagi dah .. apa pun make sure it's FROST free le. Kalau tujuan beli nak frozen kan bahan basah .. ikan, ayam etc .. elok le beli yang dua pintu. Bukan mahal sangat pun. Esok-esok nak pindah n malas nak bawa balik or usung P/ais tu .. boleh let go je atau sedekah kat umah anak yatim ke .. sek tahfiz ke .. dapat pahala berpanjangan.

Brand paling kukuh ... biasanya PANASONIC. Tapi sy guna pakai brand He Star .. dah lebih 10 tahun; langsung tak de masalah pun. Tak sangka pula. Sharp .. Toshiba .. semua OK. Elakkan jenama buatan KOREA. Ari tu ada one blogger complaint .. peti ais SAMSUNG nya .. yang canggih amat tu .. tetiba buat hal. Kos baiki sedap juga lahhhh ...

Pasal budak2 thn 6 tu .. memang fenomena biasa ( form 3, form 5 ..sama je ) lepas TRIAL biasanya dia orang macam dah berada di tahap BEKU ... tak minat nak pulun lagi dah .. as though dah abis exam walhal baru TRIAL !! So cikgu2 janganlah dok pulun sangat takut nanti depa jadi BIOL .. :) elok buat dalam bentuk game.. kerja kumpulan ke .. bual-bual santai sambil menyelit segala fakta penting .. yg penting jangan OVER STRESSED them ...

ok tu je ... wassalam

Anonymous said...

akak pakai peti ais satu pintu, jenama LG, okay je. takde masalah.
dah dekat 5 taun, berangkut pindah sana sini, tak penah buat hal. ^_^

macam tokei tu cakap. peti ais lani dah tak macam dulu dah. tak gaduh nak buang ayaq kat belakang tu.

kalau nak cuci petiais (kan kita tekan defrost?, baru la air kat belakang tu bertakung banyak, kena buang). kalau dak, buat tak tau je.

yang best pasal LG, storage untuk freezer dia besarrrrrrr. hehe.

Duduk berdua je, nak peti ais besar-besar nak buat ape, ye dok?

pakai peti ais satu pintu, jimat sikit elektrik.

Unknown said...

Agree... Zack baru start keje kan baik beli hat kcl je. X ade masaalah jenama ape pn. Just mntak pendapat kat org2 sana nak beli kat kdai mane ok tu

Unknown said...

Rajin2lh berblog ye. Asyik buka blog zack entri lame je. Bosanlh. Hehehe

eDdY said...

peti ais..hmm..aku x pernah beli lgi..tpi member aku da beli..die beli skali ngan washing machine..500..hahatp washing machine yg semi auto la..xder masalah..hehe..selamat mencari k.. :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger