Al-kisah di sebalik tabir persiapan persembahan sempena SEA Night Market. Disebabkan tahun ni kami buat ala ala muzikal, maka banyak juga la prop yang digunakan.Kena pula buat tema perkahwinan melayu, memang macam nak kahwin sungguh la.Dengan hantaran, bunga manggar, gubahan bunga dan sebagainya semua kena buat sendiri.
Sepetang orang orang kuat ni berkampung di rumah saya demi menyiapkan semua benda. Mujurlah masing masing kreatif dan pandai bab menggubah ni.
Ini tengah buat accessories untuk geng dikir barat. Semangat memotong kain bling bling.
Dalam senyap, si jejaka ini punya bakat terpendam menggubah hantaran.Kelas gitu noks.
Bunga manggar ada jual kat sini tapi rupanya pelik sikit.Kat hujung daun tu ada bintang. Agak cacat jugalah sebenarnya.Tapi ok la dari tak ada langsung.Hehehe.
Terus feeling macam nak kahwin.Boleh?
3 comments:
x cayee..haha
nampak kotak nona je kat blakang tu..hee
wah..best......
cantik..hehe
Post a Comment