Online users

Follower

Monday, October 10, 2011

Makan makan Bahtera Budaya

Cerita dah basi tapi sebab baru dapat gambar dan kering idea apa yang nak diblog kan, there you go. Cerita makan makan Bahtera Budaya. Actually ini idea Juwe. Nak buat jamuan sempena meraikan kejayaan perform kat Town Hall last September. Nak belanja makan kat luar, memang tak mampu la kan. Better masak sendiri kat rumah. Lagi jimat.Dengan bantuan tukang masak terhandal Welly, Arin Rahman dan assistant, maka terhidanglah ayam percik. Oh.Ada menu lain jugak. Kari ayam, sambal belacan, kuih bakar dan yang paling dinanti nantikan, air sirap Bubu. Nampak macam nothing kan air sirap? Tapi percayalah. Kat sini susah nak dapat kordial sirap. Siap seludup dari Malaysia lagi. Satu nikmat besar dapat minum sirap der.

Antara yang datang. Tengah tunggu nak ngap makanan ja semua ni.

Dengan tuan rumah, Juwe. Ni lah choreographer Bahtera Budaya.

Arin tengah deco kek. Amik hang. Penuh oren.

Sambal belacan Arin terbaik. Meleleh leleh air mata hingus semua. Dalam duk meleleh segala mukus, boleh lagi pi cedok tambah. Inilah rahsia maintain kurus aku.Kuat makan pedas dan kuat membuang.Hohoho.

Kebetulan, birthday Azu dan Liss baru je lepas. So, decide nak celebrate sekali la. Ada tiga biji kek malam tu. Dua ja yang berlilin. Lagi satu ice cream cake. Jenuh sumbat.

Pilih nak mana satu. Passt..dua yang 'comot' tu hasil tangan Apih & Juwe. Hebat jugak baking skill dorang.Sedap.Nyum nyum.

Dah makan kek, Juwe bawa keluar lasagna pula.Ya Allah.Murahnya rezeki.Banyak betul makanan.Siap tapau bawa balik. Tak mampu nak sumbat semuanya dalam satu malam. Thanks Juwe, Arin dan housemate!

7 comments:

MusfirahAhmad said...

Terliur tengok kek tuh *q*

[z@ck] said...

Haruuta Chan..
exactly! me too =/

adey manis said...

mingkin kena spesifik kan lagi tajuk tu. " makan2 bahtera budaya opening ceremony RWC." baru betul :)

[z@ck] said...

adey manis..
hahahahaha.sentap mak noks

eLLy said...

tuuuu diaaaa banyak nye kek !!

[z@ck] said...

eLLy..
jenuh mentekedarah akak oi =P

eDdY said...

sedap nyer..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger