Terasa macam lama pulak tak menulis kat sini padahal baru tinggal dua hari. Oh. Saya sayang blog saya. Motip? Hahaha. Ok la. Semalam pergi rumah Auntie Sal. Dia buat tahlil dan solat hajat sempena nak exam ni. Kebetulan dia pulak baru masuk rumah baru. So ala ala housewarming gitu. Naik train dari Welly pukul 4.32 petang (precise nya aku). Excited weh naik train sebab selalunya weekend, train replaced dengan bas. Nasib baik semalam. Dapat naik train jugak. Setengah jam macam tu, sampai la ke Johnsonville. Tunggu farid datang amik. Uncle Khir dengan Piqah pun datang nak angkut kitorang. 16 orang sumbat dalam tiga kereta. Haa. Fikir sendiri la macam mana kekdahnya. Dah macam tin sardin pun ada. Mujur dekat ja train station dengan rumah Auntie.
Solat asar jemaah dulu kemudian terus buat bacaan yasin dan tahlil. Syahdu sangat rasa bila baca yassin ramai ramai. Feel dia lain macam sikit. Tak sama macam baca sorang sorang. Dah sudah baca yassin, makan time.
Letak botol biar terbuka time baca yassin. Sangatlah high school. Selalu buat macam ni time nak PMR SPM dulu. =)
Oh. Lauk sangat heaven ok. Ada kari kepala ikan, sayur campur dan ayam percik. Dan air sirap!!! Air sirap weeehhh. Syurgaaa. Dah la sejuk, pergh. Terbaik la. Habis makan, lepak lepak rehatkan perut. Lepas tu karaoke ramai ramai. Tak sangka betul Uncle kaki karok. Jiwa remaja beb.
Malam pulak, after maghrib dan solat hajat, tengok rugby ramai ramai. Semi between France vs Wales. Abang Is paling excited.Elok ja lipat sejadah, terus capai remote. Nak buka channel sport. Memang fanatik betul. Sensorang dia sokong Wales, yang lain sokong France. Memang kena boo la semalam kan.Heh.
Gambar adalah shaking. Kitorang ni pulak, macam tak berapa minat rugby. Apatah lagi yang lawan bukan All Blacks, maka kitorang main board game "Men are from Mars and Women are from Venus". Boleh bergaduh laki bini main game ni weh. Tak puas hati masing masing apasal hang fikir tak sama macam aku fikir. Kitorang siap gitau kat Auntie, jangan main game ni dengan Uncle. Takut ada yang baling periuk belanga nanti. Bahaya.Hehehe.
Pukul 11 malam macam tu baru sampai rumah. Thanks Auntie Sal!
3 comments:
semalam aq pon wat bacaan yassin dan doa selamat gak..hehe
sedapnya tgk lauk tu z@ck oi..nyam nyam!
eDdy..
chemistry kita kuat nih.ahaha
Syafawani..
kan? ayam percik the best!
Post a Comment