Online users

Follower

Friday, October 14, 2011

Sydney: Part 4

Assalamualaikum semua. Morning!

Nak sambung cerita Sydney. Hohoho.Hari ketiga kat Sydney, kitorang makan kat Nasi Goreng Restaurant. Kedai ni kawan aku yang suggest sebab ada menu ikan keli. Aku dah lama kempunan nak makan ikan keli bersambal. Biasa la.Duduk oversea lagu ni la. Mengidam lebih daripada orang mengandung. Nak itu nak ini. Alang alang dah sampai Sydney, ada pulak ikan keli, memang serbu yang tu dulu la. Kedai ni terletak kat 508 Anzac Parade. Tokeh kedai ni orang Indon. Laki bini yang handle.

Order pecel lele. Pergh.Sumpah terbaik! Rasa macam nak take away lagi satu. Ikan tak terasa hanyir, garing dan sambal yang bisa bikin korang terangkat. Aku rasa rahsia pecel lele ni sedap sebab sambal dia. Tak macam sambal biasa. Lain dan yang pasti sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. Harga, 11 dollars if tak silap. Sorry la. Pergi dua bulan lepas. Ingat ingat lupa.Hahaha.

Wan ambil ayam apa entah. Sambal sama. Ayam rangup sampai boleh gigit tulang. Ini pun sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Ingat nak bagi two thumbs up tapi agak kurang senonoh ye nak angkat lagi sebelah sebab tengah khusyuk makan. Tak pandang kiri kanan dah.

Aku suggest korang yang pergi Sydney, kena makan kat kedai ni dan try pecel lele or ayam sambal. Ada jugak nasi berlauk. Ikut nafsu tengah puasa time tu, mau je order banyak banyak. Huhuhu. Kaum kerabat dia banyak jugak yang datang makan kat sini. Dah rasa macam dekat Indon. Waktu nak bayar,

Pak cik : Pedasnya ok?
Aku : Aaa. Ok la. Tak pedas sangat.
**Pak cik tu terkejut**
Pak cik : Wah. Suka pedas yang extreme ya?
Aku : Iyaaa.

Silap la pak cik tu cakap dekat aku. Memang kaki makan pedas.Pedas yang extreme!

6 comments:

NeenaAnuar said...

Aussie memang senang nak carik Halal food.. akak tak berpeluang nak terjah Sydney.. sbb Air Asia tak de route ke sana lagi.. hehehe...

atty's said...

nampak pun memang menyelerakan..terliur sudah..

Senorita Nadira said...

sedapnya ikan keli!!! huhuhu

Cik Aien said...

i likee ur belog zack!
Always makan makan makan!
Hahahahaha

eDdY said...

terliur plak aq tgk..hehe

[z@ck] said...

NeenaAnuar...
tunggu sikit masa ja lagi tu, ada la route Air Asia ke Sydney =)

atty's..
kan? sedap gilaaa~~

Senorita Nadira..
yup yup.mmg sedap =)

Cik Aien..
hang memang.hahaha

eDdy..
pi cari ikan keli pi! =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger