Online users

Follower

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia!


Usaha selama 3 bulan bakal diuji esok. Jujurnya, rasa berdebar. Tipu la kalau aku cakap tak berdebar nak perform depan John Key. Kitorang bermula from nothing. Dari yang keras menari sekarang dah jadi lembut. Special thanks to Juwe dan Atiq yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk ajar kitorang menari. Yup.Bukan senang nak choreograph 12 minutes dance. Apatah lagi kami bukan profesional dancers.Belajar dari youtube semata. Memang sangat susah. Boleh nampak keletihan dari muka Juwe dan Atiq. Kena sound tu normal. Kadang kadang bila dah penat, emosi tu mengatasi segalanya. Tapi deep inside, aku faham Juwe marah bukan sebab dia nak marah. Tapi sebab penat dan yang lain pulak asyik pot pet pot pet, tak dengar kata. Haa.Memang kena basuh la. It's a normal thing. Kami buat semua ni atas nama Malaysia. Siapa tak bangga jadi anak Malaysia? Kami try untuk naikkan nama Malaysia kat sini melalui budaya kita yang pelbagai. We want people to know Malaysia. To promote our diverse culture. Apa barang dorang tahu Singapore tapi tak tahu Malaysia?

Let's make more with the less guys! Tak dapat sponsor baju pun tak pa. Hehehe

Thanks jugak kepada Kak Ayuni, Auntie Sal, WMSO High Committee yang banyak bagi support kat team Bahtera Budaya. Tak lupa juga member yang selalu datang tengok kitorang praktis dan bagi komen membina macam mana nak jadikan tarian kitorang lagi cantik. Tak terbalas jasa korang semua. Hopefully, it will go well tomorrow. Kitorang akan buat yang terbaik demi WMSO dan jugak Malaysia. Malaysia, this is for you. =) Oh. Selamat Hari Malaysia!

2 comments:

kindergartenlibrary said...

semangat kemerdekaan !
:)

eDdY said...

bagus2...semgt tu yg penting(^^)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger