Online users

Follower

Monday, November 22, 2010

Cerita kenduri


Cerita kenduri hari tu.Ingat tak aku cakap tok berkeras nak buat style hidang? Akhirnya tok kalah juga apabila kami anak cucu insist nak buat buffet.Dia tak boleh nak kata apa sebab Pak Ndak dah bawa balik segala pinggan mangkuk untuk buffet style.Dia dengar sikit cakap Pak Ndak tu.Hahaha.Yes! First time ever dalam sejarah kenduri tok buat buffet.Rasa puas hati macam mana entah bila tok terpaksa akur pada anak cucu.Lauk still kami yang masak cuma serving ja buat buffet.

Ayam masak merah in making.Pak Ndak serupa nak turun bendang dah aih dengan boot dia.

Ma'am besar.Jadi supervisor sajork.

Pak Ndak dan Pak Su tengah kerjakan daging korban.


Nasi jagung pak sedara cek sedap sungguh la!

9 comments:

Fitrihadi said...

woahh meriah gak raya ni... ada kenduri lagi...

[z@ck] said...

Fitrihadi..
time macam ni la kami nak berkumpul pun.kalau tadak kenduri mcm i, tak da maknanya nak jumpa semua balik =)

Softtouch [Hanim] said...

meriah zack...rindu tgk saprah mcm tu...dulu2 kalu buat kendri sure mcm tu..skrg dah xde dah...sume duk atas meja kat luar khemah...

eyk@_zuL said...

nasi jagung tu cmne?xpernah dgr plak.huhu~

[z@ck] said...

Softouch Hanim..
haa..tu mmg tradisi rumah tok.mesti nak buat hidang juga walaupun secara tak menyeluruh.hehehe

eyka zul..
nasi yang ada jagung sayang

eLLy said...

belah utara suka masak nasi jagung kan .. akak klu balik penang kendiri kendara nasi jagung mesti ada ;)

[z@ck] said...

eLLy..
ek? baru tau.hehehe..macam2 nasi skang ni.nasi hujan panas la, nasi minyak la..nasi beriani la..macam2 la

eDdY said...

nasi jagung camne ek???
aq x penah try lagi ni...huhu

[z@ck] said...

eddy..
nasi yg ada jagung la der.hehehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger