Online users

Follower

Friday, December 31, 2010

Wrap up 2010.

Nak wrap up apa yang jadi sepanjang tahun 2010.

Januari 2010 : Mengenali hati budi si dia dengan lebih mendalam.Start tukar phone number.Persiapan untuk ke Welly.

Februari 2010 : Selamat terbang ke Welly. Decide untuk ambil one step further in relationship with him.Mula tangkap cintan walaupun tahu risiko long distance relationship.Pertaruhkan emosi diri sendiri namanya ni.Hohoho.

March 2010 : Settle down kat Welly.Mula menyesuaikan diri kat tempat orang.First time join dance show untuk Asian Night Festival.Dari sini skill menari zapin diasah.Kagum dengan diri sendiri sebab mampu menari zapin! Hahaha.Anjurkan printscreen contest kat blog.Mendapat sambutan hangat dari readers.

April 2010 : Trip ke Rotorua.First time ever in my life buat bungy jump.Mencabar keupayaan diri sendiri.Mula sukakan aktiviti lasak and I'm looking forward to do more challenging activities.Dah mula merangka bajet untuk try the highest bungy jump in Queenstown.Hohoho.

Mei 2010 : Mengalami konflik identiti.Risau dengan perubahan bentuk badan.Semakin berani menceritakan perihal pengutip durian di dalam blog.Terlalu banyak yang berlaku dalam bulan ini.Ada yang gembira dan ada yang sedih.Mendapat berita tentang kematian salah seorang saudara terdekat.

Jun 2010: The sweetest month for me.Usia menginjak ke angka 21.Lebih sweet bilamana si teruna menyanyikan lagu birthday live di corong telefon bimbit.Terharu gila.Tak lupa juga kepada darlings dan teman seperjuangan yang tak putus putus mendoakan kesejahteraan hidupku.Dapat tiga biji kek on my birthday.What more can I say.Sayang korang semua.

Julai 2010 : Winter break.Melancong ke Auckland bersama Att.Macam survivor ok.Makan sardin tiap tiap hari.BERSATU Games take place in here.Sempat berjumpa blogger hot, Lumut.First time merasa salji di bumi Wellington.Main salji memang tak ingat dunia la.Once in a lifetime beb.

Ogos 2010: Ramadhan in Welly.Pengalaman yang sukar dicari dimanfaatkan sebaik-baiknya.Keadaan yang sejuk membuatkan perut cepat lapar.Mujur waktu berbuka seawal 5 petang.Kena masak juadah berbuka sendiri dan time ni la aku belajar menghargai makanan.Rajin bangun sahur weh.Hehehe.Diterima bekerja sebagai cleaner di rumah Mrs. X.Muka keluar kat slot Salam Perantauan Mingguan Malaysia dan Berita Harian.Gila glamour ko sampai dua paper nak interframe.

September 2010: Menyambut hari raya yang pertama jauh dari keluarga.Tacing sorang sorana.Belajar buat kuih sendiri.Terhasillah master piece semperit yang tak berapa jadi,kuih rab gebu dan kuih cornflake madu gam.Buat open house, attend open house dan menggemukkan badan dengan makanan yang sedap.Siapa kata duk oversea tak boleh makan rendang?

Oktober : Launch Raya Sakan Contest.Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan dari blogger.Birthday si teruna.Bekerja kuat untuk mendapat duit lebih untuk dibawa pulang ke Malaysia.Had good time working at Mrs. X's house. Secara rasminya dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Setiausaha Wellington Malaysian Students Organization (WMSO).

November : Habis sem.Huu haa huu haa dengan member.Kutip mussel, shopping, Rose dilahirkan dari Noel Leeming.Get myself a secondhand 32 gig i-Pod touch.Menunggu masa untuk chow dari Welly dan pulang ke Malaysia.Home sweet home.Kedah banjir teruk dan rumah tok antara yang menjadi korban.Pertemuan pertama selepas 9 bulan dengan si teruna.Hati berbunga bunga.Pertemuan demi pertemuan diatur selepas yang pertama.Lepas rindu der.

Disember : Sesi menghabiskan duit.Bercuti ke Langkawi. Mendapat perkhabaran gembira dari si teruna.Dia diterima masuk ke UITM.Sangat bersyukur ke hadrat Ilahi.Thank you Allah.

Sedikit sebanyak coretan blog untuk 2010.Terlalu banyak memori.Ada yang manis dan ada juga duka.Yang pasti, aku semakin matang dalam membuat keputusan.Anda pula bagaimana?

5 comments:

princeduyong said...

waaa...suka duka 2010 ye..ermm menarik...

CekLa said...

banyak sungguh pengalaman awak di usia 21.

apa pun, selamat tahun baru zack!

Faizal n Fashitah said...

2010 dah nak berlalu... apapa pun, bukak kalendar baru 2011... and semoga tahun baru ni menjanjikan sesuatu yang lagi best. Happy new year! XD

Sweetie said...

Moga di tahun 2011 nanti hidup z@ck lebih ceria dan sihat adanya. Sweetie syg z@ck sebab z@ck adalah kawan maya (follower) sweetie yang pertama. Harapan sweetie hubungan z@ck dengan si dia berkekalan dan bersatu suatu hari nanti. Jangan lupa jemput sweetie tau! Selamat menyambut tahun baru dear z@ck!

eDdY said...

waaaa...lengkap giler kot..
saper2 x pernah baca blog ko..just bca post ni..bole tau sumer..haha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger