Online users

Follower

Tuesday, February 8, 2011

Lagi tips untuk junior Cohort 2

Memandangkan junior dah nak fly tak berapa hari lagi, nak bagi tips sikit la.Mungkin boleh membantu adik adikku ini.Last minute punya checking ni.Hehehe.

First thing first, Untuk fly nanti, cari la kasut hitam yang selesa.Flat shoes digalakkan sebab anda perlu banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Moleklah pakai flat shoes.Jangan cari nahas pakai heels macam akak korang ni.Huhuhu.Dah la nak kena angkut luggage besar, beg bukan satu tapi dua.So korang bayangkanlah kesusahannya nanti macam mana kalau pakai heels.Step nak kena jaga takut terpeleot.Pakai flat shoes senang.Gasaklah korang nak jalan macam mana.

Untuk kaum perempuan, bawalah stok pad yang banyak ye sebab pad kat sana tak banyak jenis.Untuk yang pakai Intimate, better bawa dari Malaysia sebab brand tu tak ada kat Welly.Orang sana lebih suka pakai tampon.So, pad tak banyak sangat dijual dan harga mahal.Ada ke yang nak try pakai tampon? Urgh.Nyilu terus.

Alat tulis pun digalakkan beli kat Malaysia siap siap sebab kat Welly mahal teruk.Kadang kadang nak dapat sebatang pen yang murah pun cukup susah.Nak dapat 1 dollar sebatang, jangan haraplah.Ada yang jual murah tapi pakai sebulan, dah habis ink.Huhuhu.Plus, untuk yang mementingkan keselesaan ketika menulis, nak cari yang ball point la apa la, beli kat Malaysia je lah.Lebih berbaloi.Lead pensel beli kat Malaysia juga.Kat Welly sampai berdolar dolar.Heran.Lead pensel je pun.Kat Malaysia boleh dapat 7 kupang satu.

Textbook dari Malaysia macam buku Human Development, Linguistic, ELT tu agak membantu untuk buat assignment.So, tak rugi bawa pergi Welly.At least, dah ada satu source untuk bibliography.Hehehe.

Duit cash pula, bawa dalam 500 dollar pun dah cukup untuk bekalan sebelum cash kan travellers cheque tu.Duvet cover semua beli kat sini je.Tak perlu susah susah nak bawa dari Malaysia.Sini banyak cantik cantik.=)

Agak teruja dapat tengok movie dalam flight.Hahaha.

Haa..itulah sedikit sebanyak tips yang akak Zack boleh bagi.Kalau ada apa apa kemusykilan,bolehlah tanya akak lagi ye.Akak tolong setakat yang termampu.Sorry tak dapat nak sambut korang kat airport sebab balik lewat.23 haribulan baru sampai Welly.Tapi tak pa.Weekend je akak terjah rumah korang.Tunggu la.Hahaha.Jangan lupa register as WMSO member tau!!!

7 comments:

fawezah said...

thank you kak zack!

Fatin Aliyya said...

tq a lot kak firah.len suma fatin dh prepare.pad ja blum lg.aiseh, luggae dh semput mn nk sumbt lagi.huhu.dwet x exchange lg.akak exchange kt na?bank ka money changer?

fawezah said...

nk tny ni..
dulu kak zack wt x grads card???
pas2 luggage agk2 berat mana ek??
blurr la pulak..
sb i x wt pun grads card 2..rmai member2 wt..hoho

[z@ck] said...

faten..
akak exchange kat KLIA..lagi untung.jangan convert kat Kedah sebab depa jual mahal.tukar kat KLIA nanti tau.

fawezah..
akak tak buat pun grads card.rasanya tak ramai pun yang bt grads card.akak punya luggage timbang kat rumah nearly 20 kilo tapi bila timbang kat airport tak sampai 20 pun..=P

Pja Ismail said...

Hang rasa nak gelak tak tengok muka hang dulu-dulu Zack? HAHAHAHA

eDdY said...

akak yg baek ni..bnyak nasihat dier bagi..hehe

[z@ck] said...

Pja Ismail..
tak larat nak gelak weh.sememeh gila.hahaha

eDdy..
ehem ehem ehem

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger