Online users

Follower

Tuesday, February 8, 2011

Melasak sana sini.

Aku selalu online kat ruang tamu.Laptop memang tinggal atas meja after dah habis online.Kalau datang je budak kecil ni (Hakim), kira nak melasak ja.Semua barang dia nak capai.Pegang kejap lepas tu lempaq merata.Dari benda sekecil pendrive sampai ke laptop dia nak tarik.Meja pula rendah style meja jepun tu.Lagi la dia seronok sebab senang nak capai.

Mula mula buat muka innocent.Datang dekat dengan laptop, ramas benda alah yang tutup laptop tu.

"Oyeh.Dapat buka! Tak sabarnya nak online.Nak check FB,twitter,blog,flickr..bla bla bla"

"Argh.Tak nak online la.Nak baring atas laptop la."Gigih tonggek tonggek bontot nak panjat meja.Adeh.

"Huwa!!! Kak Long rampas laptop! Nak laptop balik!" Budak ni kalau bab menjerit, nombor satu.Jiran selang dua rumah pun boleh dengar pekikan dia.

Moral of the story, kalau ada budak ni kat rumah, jangan haraplah nak boleh online dengan senang hati.Dia cukup berkenan dengan lampu laptop, lampu mouse dan broadband.Kerja nak gagau ja.Biasalah, budak baru nak merasa solid pegang solid things.Suka nak ronaih ronaih, tarik tarik.Sabar jelah.Nasib hang comel Hakim.

4 comments:

eDdY said...

haha..sgt2 kiut(^^)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

cabut gigi kang... ehehe.

nurul izzah sazali said...

ada budak kecik ni kena sabar je la

hAwA said...

wah! muka menangis pun comel, la~

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger