Online users

Follower

Friday, May 27, 2011

Satay satay!


Sehari suntuk mengadap benda alah ni. Esok ada Pasar Malam. Nervous! First time nak organise event besar macam ni. Hope semuanya berjalan lancar. Apa ingat duduk sini tak boleh makan sedap sedap ka? Bangga dapat buat satay kat sini. Cuma satu la. Agak remeh juga la sementara nak jadi rupa satay.Hahaha.Paling mencabar time nak cucuk isi kat lidi. Macam mana agaknya orang yang jual satay setiap hari. Kami yang sehari mengadap isi ayam ni pun dah cemuih. Rasa macam bila laaaa nak habis cucuk ni. Bosan..bosan.. =P

Isi ayam yang telah diperap.Kitorang amik bahagian breast & thigh.

Nooooh.Sampai bila nak sudah bakaq niiii..Hahaha.Ada kot dalam 500 cucuk.

Memang nasi 'himpit' betul la. Resepi turun temurun. Lagi banyak buku, lagi baguih. =P
Kitorang bakar guna oven. Itu je yang termampu.Nak bakar atas barbeque set tak ada. Plus, sini bukan boleh berasap sikit, nanti kang ada je orang yang nak komplen.

Nasi impit dan kuah kacang in making.Hebat beboy dalam rumah ni. Masak nasi atas api. Kalau aku, tadak pasai nak pakai dapur. Rice cooker sudeh.

Stok boleh buat bini dah ni. Ketua chef. Resepi ceduk dari dia.

Baguih anak buah aku ni. Tekun buat kerja.

Antara benda yang buat aku rasa seronok duduk oversea ni, skill memasak makin hebat. Knowledge pasal masakan pun bertambah. Kalau duduk Malaysia, tak ada maknanya nak masuk dapur selalu, buat satay sendiri, sebab boleh dapat dengan senangnya kat kedai. Duduk sini, mengada nak makan makanan pelik sikit, kena la buat sendiri.Walaupun rasa tu tak sebijik macam kat Malaysia, tapi jadilah nak lepas kempunan.

Esok kena puasa pagi sebab petang nak simpan perut untuk Pasar Malam.Hahahaha!

13 comments:

AcanCapik said...

patut la cik b sibuk je buat kuih...

[z@ck] said...

Acan Capik..
haaa.dia pun menjuai gak esok =)

Puteri Iqa Izyan said...

wahh.jenuh nk mencucuk isi2 ayam tuh.

tapi suka gila mkn nasik himpit berbanding satay ^^_

[z@ck] said...

Puteri Iqa Izyan..
Nasi impit lagi azab nak buat yang oiii..huhuhu

Mr. Asada said...

semestinya sate itu pilihan ramai. hahaha.. aduyai.. ni yang buat teringin bonar nak makan satey.. uhh..

NIA said...

perghhhhh hebat oh ang zack.xyah pi mkn sate dkt tmpt satay kajang tu dah.aku mai umah ang je nnti :P

eDdY said...

waaa..ni mmg dah tahap terer masak ni..
sampai satay pon leh wat sendiri(^^)

[z@ck] said...

Asada Ryutaro..
kat mesir ada tak pak arab jual satay?

sizuka [izzati]..
correction.aku tolong menolong ja.yg kepala nya orang lain.hahaha

eDdy..
erk..nehi nehi..bukan aku yg terer..org lain

nina asri said...

hebat ah zack.
mmg biasa yg dok oversea skill masak dia power sbb sne kene berdikari kan.
aa nak cari satay jugak lapaq!semua gara gara hang zack. :P

[z@ck] said...

nyna..
hohohoho..pi cari lekaih!

[wani_mn] said...

dah lama x mkn satay even satay 'sejengkal' je dari rmh... :D
kak zack, post malaysia ye!

Anonymous said...

wah
skill dah bertambah leh kawen dah

cik azeya said...

wah telan air liur aku tengok. dah la rini aku puasa. tape, lagi 10 minit waktu berbuka. huhu

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger