Online users

Follower

Wednesday, June 15, 2011

Sayang itu universal.

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang walaupun hidup aku tak ada la senang sangat.Lagi bersyukur bila dikelilingi kawan dan family yang memahami dan supportive. Aku ni jenis yang ego agak tinggi. Aku rasa la. Jenis jarang nak tunjuk perasaan depan orang.Nak mengalir air mata depan orang, jangan harap la. Aku tak mahu tunjuk yang aku lemah depan orang.Selagi boleh akan tunjuk kental.Hahaha. Nak tunjuk yang aku sayang kawan-kawan yang dekat dengan aku lagi la aku tak reti especially depan Darlings. Nak bersayang sayang dekat Facebook, memang tak la. Tak reti weh. Rasa geli macam mana entah. Nak take care, take care lagi la aku tak reti. Tapi kalau dengan kawan jauh, boleh pula nak bersayang sayang. Heqan sungguh.

Contoh terdekat dengan Wan Z la. Dari kat maktab lagi aku sebilik dengan dia.Sampai sekarang pun still serumah dengan dia. Tak pernah aku nak cakap 'Wan Z, aku sayang hang'. Bunyi agak lesbo kat situ. Hahaha. Konfirm kalau cakap macam tu, kena cop pelik. I guess kitorang faham sendiri kot yang kitorang memang ambil berat antara satu sama lain. Tak perlu nak cakap sayang sayang kat facebook. Sendiri mahu tahu la. Sayang tu tak semestinya kena peluk cium selalu. Tapi sayang boleh diluahkan dengan cara lain: jaga hati masing masing, tadah telinga bila dia bercerita pasal joy kesayangan dia tu, bagi pendapat, tolong beli barang kat New World, tolong back up waktu aku ponteng lecture, bagi pinjam duit.Hohoho. Bukannya tikam belakang!

Ini apa yang aku observe la. Dalam Facebook, bukan main sayang sayang tapi sebenarnya 'mata ke atas, tangan ke dada'. Haa.Faham sendiri la. Nak tunjuk kat satu dunia yang engkau orang sayang satu sama lain tapi sebenarnya main tikam belakang. Depan punya belai sakan, belakang buka cerita tak elok pasal kawan tu.Not good you know. Bersihkan hati, sayanglah kawan korang secara ikhlas. Bukan sebab nak ambil kesempatan dan menjadahkan kawan sendiri.

Nak melawak tu lain cerita la. Aku pun selalu je bahan Wan Z depan kawan kawan lain. Tapi tak ada la sampai nak fitnah dia. Melawak sekali sekala tak salah. Eratkan hubungan gitu. Hehehe.Ok lah. nak sambung study.

To juniors, all the best for your coming exam on 17th! To my cohormate, selamat ber 'teaching experience' esok! =)

3 comments:

oshinz said...

kalau sayang, slumber je la cakap kat kawan kite. tapi tak yah ah nak publish kat FB. henfon kan ade.

[z@ck] said...

Oshinz d senorita..
thats so truuue =P

eDdY said...

setuju ngan ko z@ck(^^)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger