Online users

Follower

Saturday, July 9, 2011

Kuman diseberang lautan nampak...

Seriuosly, rasa sedih sangat bila mengenangkan tahun ni merupakan tahun terakhir aku kat Wellington. Sedih sebab tahun depan dah tak dapat nak bersorak untuk WMSO time BERSATU Games. Last year aku tak join so aura sorak tu tak berapa sampai.Tahun ni turun padang as atlet dan supporter. Aku setuju sangat nama games ni BERSATU sebab time ni la semua turun as one team. Tak kira laki ke perempuan, kitorang bersorak bagi sokongan kat player. Tak kisah la dorang kalah or menang, kitorang tetap sorak. For sure, kalau tengah leading, kitorang lagi bersemangat nak bersorak.Thanks to Sharil yang banyak sangat berjasa untuk team WMSO. Dialah ketua sorak. Tak ada dia, kitorang macam lemah.Tak berfungsi. Jerit pun suam suam kuku. Bila dia ada, tiba tiba jadi kuat.

Lebih manis tahun ni bila WMSO naik ke tangga pertama dari segi pungutan pingat. Agak terkilan juga sebenarnya dengan pihak penganjur bila dorang cakap tahun ni sistem pemarkahan ikut point, tak ikut pungutan pingat emas. Mana tak mengamuk team WMSO bila dengar benda ni. Kitorang dah bantah, still kebenaran tak dapat ditegakkan. Tak faham kenapa tiba tiba nak ubah sedangkan sebelum ni tak pernah dibuat pun ikut point.Tup tup tahun ni ikut point. Sedih sedih dan sedih. Lebih sedih bilamana kami tak tahu pun sistem pemarkahan ikut point. At least, inform awal awal so that kitorang lebih bersedia dan tak ada la frust menonggeng sangat. Dalam paper bukan main lagi claim game ni macam Olympic game. Tup tup ikut point. Apa kejadahnya.Erm.Bukan Olympic games ikut gold medal ke? Haish.

Memang la orang cakap menang atau kalah tu tak penting, yang penting main for fun, yang penting unity.Tak ada orang kisah pun siapa yang menang atau kalah. Kalau main for fun, tak perlulah buat gold, silver and bronze medal. Dan tak perlulah buat award best team. Kitorang aim best team kot. Mana tak terkilan bila jadi macam ni. Tup tup team lain yang dapat sikit gold tapi banyak silver yang dijulang jadi best team. Semua angkara ikut point.'Unity is our aim' tu mungkin tercapai dikalangan member satu team, tapi antara team lain, rasanya tarik muka lagi ada la.Berdendam sampai ke sudah.Heh.

Aku menulis ni dari point of view aku sendiri.Korang yang baca, ada nak sentap ke apa ke, sentap lah.Aku tak peduli. Masing masing ada pendapat sendiri. Harapan aku satu je lah. Untuk next year BERSATU, please clarify every single thing so that benda tarik muka, kecik hati semua ni tak jadi. Jangan ambil remeh benda yang sekecik kuman ni. Jangan bagi alasan terlupa nak clarify semua tu. Ini satu pengajaran buat penganjur tahun ni. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

p/s : 3 bungkus biskut untuk most gold medal award? You gotta be kidding me.

5 comments:

Kapten Atok said...

aku x sentap sebab tade kaitan. hehe

[z@ck] said...

luffy..
hahaha.bagus!

Anonymous said...

ilek sudeh la kak. sukan utk negara! tak bwk kubur pon title the best team 2.. haha

eDdY said...

sabar jer la beb...
biaser la jadi camtu..huu

[z@ck] said...

anon...
ni mesti bdak otago yg komen ni.hahaha.memang tak bawa kubur dik ooii..sekadar meluahkan rasa kecewa dgn sistem pemarkahan tahun ni.itu je.bab accom memang terbaik. =)

eDdy..
itu la.nak tarik balik pn dah tak guna.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger