Online users

Follower

Thursday, July 28, 2011

Masak untuk mat saleh


Tiba tiba rindu pada budak Nikau. Walaupun dah dekat sebulan TE berlalu, memori tu masih segar di ingatan. Teringat shared lunch session. Aku kena masak Malaysian food untuk dorang.Mel nak benda paling simple. Nasi goreng la jawabnya.Ingatkan tu je la menu nya.Sekali dia minta masak laksa jugak.Nooooh.Nasib baik guna paste. Mau kalau guna ikan mentah tu, jenuh bau satu dapur.

Agak mencabar juga nak handle budak budak ni time nak masak. Off task memanjang. Aku memang fail nak marah apatah lagi dalam BI. Kang tersasul buat malu ja. Hahaha. Aku jenis tak boleh ramai ramai kat dapur ni. Aku nervous.

Student A : Zack,I'm finished with the onions. What's next?
Aku : Aaaa..Wait for a sec.
Student B : Zack, is this how you cut the cucumber?
Student C : Zack, can I do that?
Student D : Zack, zack, zack...

Omaigod! Tak tahu nak jawab mana satu weh. Banyak sangat duk mai tanya.Letih. Normal la budak budak kan.Kuat bertanya tapi kalau dah banyak sangat, sampai ke esok tak siap nasi goreng aku.Hahaha.Tapi best la tengok dorang excited nak tolong. Aku suruh potong cucumber macam lain, dia potong 'ikut dan' dia.Lantak la labu. Asalkan berpotong juga cucumber tu.Ada yang kupas bawang separuh jalan dah menangis.Hahaha.

Ada yang bila suruh kacau nasi goreng tu, dia kacau sungguh sungguh sampai terpelanting nasi. Sampai kena warning la dengan aku "Stir it slowly and gently my dear".

Cikgu tengah bahagikan makanan. Shared lunch kali ini gabung dengan budak junior sekali.So, around 50 kids yang akan makan masakan aku.Nervous oh.Takut terpedas, takut terkurang rasa.Takut semuanya la!

Laksa letak dalam cawan.Hahaha.Disebabkan mee laksa tu terhad, ada la sorang dapat dua tiga urat laksa dengan sedikit kuah.Lawak gila.Celah gigi aku pun tak lepas weh. Tapi tak pa la. Budak budak ja yang nak makan.Plus, dorang ada bawa bekal masing masing.Setakat nak merasa lepas la.

Sila jamu selera, dengan bermacam hidangan.Pilih yang mana suka, sila janganlah segan.

Feedback dari budak dan cikgu : "It was delicious Zack!" "Very yummy!" "Where did you learn to cook?" "I like the laksa.It tastes soooo good!"

Yo lah yo lah. Guna paste je pun.Memang la sedap.Hahahahaha.Rasa puas hati dapat masak makanan melayu kat dorang.Ada yang sanggup minta mak dia buatkan satay untuk shared lunch ni.Dah macam macam rupa dah sataynya pun.

Roti canai. Associate teacher Afiq yang bawa.Aku ingat dia buat sendiri.Mula nak kagum dah.Sekali hang, beli siap rupanya.Ok.Tak kagum dah. =/

Some of the girls from Nikau class. Kaki gossip semuanya ni.Hahaha.

With the juniors. Kecik dan buat aku geram.Rasa nak dukung bawa balik.

Sweetest memory ever =)

4 comments:

Judiene said...

Wahhh Zack, da macam kenduri kawen da aku tengok.
Meriah!
Hahahaha!

eDdY said...

experience ni xkan dpt kat tempat laen...

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

pengalaman indah tu, dapat memasak untuk orang NZ.hehehe aku rasa masak untuk budak2 susah sikit kot daripada masak untuk housemates kan?

Anonymous said...

ko x nak jd cikgu sana? mcm best je

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger