Online users

Follower

Monday, July 18, 2011

Sambal paru versi kami

Lama kan aku tak buat episod masak masak kat blog ni? Mood blogging tengah ada.So, kali ini nak bagi resepi buat sambal paru pula la.Hehehe.Kempunan der. Actually kempunan nak makan keli goreng berlada tapi celah mana pula la aku nak cari keli kat Welly ni kan? So, aku tukar kempunan ke sambal paru pula.Hahaha. Kebetulan hari ini pergi shopping barang rumah.Kebetulan lagi, tempat kerja Wan dekat sangat dengan halal butcher. Maka aku pesan belikan paru. Noooh. Dua plastik dia bagi aku. Sekali pandang macam otak lembu.Dua kali pandang, macam paru.Heh.

Senang ja nak buat sambal paru ini.Yang rumitnya part nak potong paru.Punya la wobby wobby.Memang menguji kesabaran betul lah. So, nak kongsi sikitlah macam mana kami buat sambal paru ni. Nak jamu perut sendiri, maka resepi pun ikut suka hati la kan.Hahaha.

Bahan-bahan:
Paru lembu
Serai
Cili kering
Bawang besar
Belacan
Bawang putih
Asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya :
1.Potong paru nipis nipis. Jangan terlalu kecik dan jangan terlalu besar. Sedang sedang je okey.Kemudian rebus hirisan paru ni. Jangan terkejut kalau paru hang kembung dan membesar dengan jayanya.Memang akan jadi macam ni. Once warna paru tu dah coklat sikit, dah boleh angkat dah.Ini guna commonsense jugak.Pakai main agak je.

2.Goreng paru bersama hirisan serai.Serai tu function dia untuk hilangkan bau paru. Rasanya la.Hehehe.Agak agak dah hitam sikit tu, angkat. Jangan sampai terhangit pulak naa.

Paru goreng akan jadi macam ni.

3.Setel paru, buat sambal dia pulak. Sambal yang kami buat sama macam sambal yang lain.Blend cili kering yang telah direbus bersama bawang merah,bawang putih dan belacan. Agak dah masak sambal tu, masukkan asam jawa pulak.Then, garam dan gula secukup rasa.Tunggu sampai dia kering sikit, then siap.

4.Campur paru dalam tu dan gaul sampai rata. Siap!

Pergh. Meleleh wa cakap lu.Sendiri masak, sendiri terliur. Haha. Selamat mencuba you'olls!

4 comments:

eDdY said...

one of my fav food..siyes..hehe
kalo dpt mkn ni..satu periuk sorg pon xper..hihi(^^)

Att Ashburn said...

mmg sedap dah rase hehe

Ina Hashim said...

salam ziarah dan kenal :)

tips from MIL kalo nak masak paru,better rebus dulu,senang nak potiong n later goreng...:)

HoneyDear said...
This comment has been removed by the author.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger