Online users

Follower

Tuesday, September 20, 2011

Komitmen

Bercakap pasal komitmen.

Memang rasa syok bila tengok kawan dah bertunang.Ada yang dah kahwin. Even ada yang dah mengandung dan dapat anak dah pun. Frankly speaking, aku tumpang bahagia kawan kawan aku.Siapa tak syok weh. Bila bercakap pasal kahwin dengan member, mesti akan ada yang tanya "Hang bila lagi?" Sungguh aku rimas. Bukan apa. Sebab memang aku tak ada jawapan untuk soalan tu.Ye lah.Kita merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kalau boleh, la ni jugak aku nak kahwin. Tapi sebelum nak kahwin tu, macam macam benda kena fikir.One of them is commitment. Terbaca status Farah pasal komitmen ni.

"Commitment is a big word.It's long enough to even spell it"

Haa.Yang bercakap ni tunang orang.So, macam dapat agak la dia bercakap pasal komitmen nak ke arah kahwin ni.Kalau tak betul pun, still aku nak cakap pasal komitment ke arah nak berumah tangga ni.Wah. Macam tak percaya aku nak gebang pasal benda ni.Gila terasa tua.Hohoho.Ikut perasaan, memang nak kahwin cepat tapi bila fikir bab komitmen, terus rasa kahwin lewat pun tak pa.Malas nak ada komitmen lagi/ tak puas berfoya foya lagi.Hahaha.Banyak kot komitmen lepas kahwin.Bab jaga suami tu no hal lah.Memang boleh buat.Tapi komitmen yang lagi besar menanti. Kena balance hal rumah tangga, kerja dan anak (kalau dah ada la). Hubungan dengan family mentua lagi satu nak kena jaga. Ada la terbaca few blogs yang bercerita pasal hubungan dingin dengan family mentua.Tak boleh ngam. Menantu sama menantu bergaduh.Wuih.Macam macam lagi la.Minta simpang la semua tu.

Paling aku takut, duit tak cukup nak sara family sendiri.Aku ni style suka bayang lebih lebih. Nak bayar duit kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil ayaq, barang rumah lagi.Banyak pakai duit woooooh.Tak ada maknanya family hang nak bagi duit lagi once hang dah kahwin.Semua setel sendiri la der. Sebab tu fikir kahwin lewat la senang.Kumpul duit banyak banyak dulu baru kahwin.Sempoi tak? Hahaha. Lantak la orang nak panggil andartu ke apa ke.Bagi aku, kalau rasa tak boleh nak bagi komitmen, better jangan kahwin lagi. Kahwin tu memang la syok. Tapi lepas kahwin tu kalau komitment tak ada, tak guna kahwin at the first place.Apa pun tak boleh.

Tapi, kalau dah ditakdirkan kahwin awal, nak buat macam mana kan?Tuhan dah mudahkan laluan,terima ja lah. Mesti ada hikmahnya. =)

4 comments:

Qaseh Qistina said...

yup.mmg komitmen sgt penting dalam berkahwin ni..dan kena bersedia fizikal dan mental.sama la, kawen lambat pon xpe, asal lepas ni kita leh beri komitmen pd famili..hehe [dlm hati gatai nk kawen cepat.lalala]

Peri PiA said...

komitmen & t'jawab darl ;)

insyAllah doakan yg terbaik ye

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

mmg byk komitmen kalau dah kawen nie.bukan senang nak harunginye dik oiiii. TAPI.....

lagi rugi kalau lambat kawen. cayalah!!!!

hehehehehe...

eDdY said...

betol..ckp pasal komitmen..tu la mende paling susah skali..
kena betol2 yakin mampu nak bagi komitmen..kalo x yakin..tok sah la..huuu

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger