Online users

Follower

Wednesday, October 19, 2011

Latest update.

Lega kepala otak aku bila dah setel hantar barang menari. Rasa lapang sikit rumah. Lepas hantar barang, pergi Pak n Save. Beli groceries. Masuk je dalam PnS, tengok ramai gila orang. Sampai 'traffic jam' kejap dalam mall. Rupanya ada sale sempena RWC. Bayangkan la, air coke 2.25L 98 sen ja. Bapak murah. Sabun pun 98 sen. Ayam sekor 5 dollars ja. Apa lagi yang murah? Banyak benda la murah. Tak tersebut satu satu. Tak menang tangan nak ambil semua nya. Kalau ikutkan hati, mau ja angkut ayam banyak banyak. Tapi memandangkan dah tak lama dah nak balik Malaysia, amik pun ala kadar je lah. Lagipun peti ais rumah kecik. Tak muat nak sumbat banyak banyak. Seronok datang PnS. Sebab barang semuanya murah compared to New World etc. Cuma satu je la, jauh sikit dari rumah aku. Ini pun sebab ada kereta. Kalau tak, tak sampai la aku ke Kilbirnie tu. Huhuhu.

Kali ni beli barang, tak amik kotak dah. Bubuh dalam plastik je semua. Dah hujung hujung tahun ni, orang sibuk nak kosongkan rumah. Bukan menambah lagi. 23 hari lagi oi nak balik Malaysia!

2 comments:

eDdY said...

kalo duk lama lagi...konfem sakan kan..hehe

[z@ck] said...

eDdy..
i wanna go home. =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger