Online users

Follower

Wednesday, November 30, 2011

Khuf

Gambar diambil semasa winter trip. Kami tak jumpa 'R n R'. Maka, dekat parking lot pun jadi la. Dengan hanya berlapikkan puffer Khai, kami solat. Dekat sana, selalu tahan diri dari kentut sebab nak ambil wudhu' sangat sejuk. Tambah tambah time winter.Lagi la sejuk.Kalau boleh, zohor, asar, maghrib sekali berwudhu saja. Tambahan kalau pergi trip macam ni, jarak antara satu public toilet dengan yang lain agak jauh dan route yang kami guna selalunya melibatkan jalan kampung. Nak tak nak, kena tahan diri dari terbatal wudhu'. Perempuan ni remeh sikit kalau nak berwudhu'. Ye tak?

Terima kasih kepada akak Jenny sebab ajar pasal khuf. Khuf ni merupakan satu keringanan daripada Allah untuk kita berwudhu. Sangat sesuai diaplikasikan oleh orang yang bermusafir selama atau lebih dari 3 hari 3 malam. Khuf ni membolehkan kita tak perlu buka kasut time wudhu'. Kita boleh sapukan air terus ke atas kasut atau stoking kita. Waktu di Wellington, toilet mat saleh ni sentiasa kering. Dorang tak suka basah basah ni. Pernah kami kena sound pasal basahkan sink dan lantai toilet i-site. Time tu tak tahu lagi pasal khuf ni. Ni bila dah tahu, kurang la sikit basah lantai tu pasal dah tak perlu susah susah nak sua kaki dalam sink untuk berwudhu'. Just sapukan air je atas kasut atau stoking. Memadai dengan satu sapuan.

Solat tu tak susah.Allah dah permudahkan segalanya bagi kita. Jangan bagi alasan macam macam noh. Even hang duk ceruk hutan mana pun, solat tetap solat =) Ini peringatan untuk diri aku jugak.

9 comments:

Liasari said...

salam...
lama x masuk sini. alhamdulillah dpt pelajaran baru. tp cuma boleh diapklikasi di tempat2 sejuk & perjalanan panjang ye? bleh explain sikit...

tq ~ Liasari

[z@ck] said...

Liasari..
erm.rasanya boleh je kalau nak apply kat malaysia. tapi kita dah ada kemudahan tempat solat kat sepanjang R n R. dah ada tempat amik air solat yang sangat proper. Khuf tak perlu buat la kot. saya pun tak pernah buat khuf kat malaysia pasal kelengkapan berwudhu' dah cukup. =)

Zuwairi said...

perjalanan 3 hari 3 malam ke mana ni Pirah?

[z@ck] said...

Zuewairy..
ke destinasi yg dituju la.hehehe =)

aReLaN said...

teringt zaman kt jpon dlu.smayang pn kt tangga,dlm blik test baju.mcm2 tmpt la.tu sme pengalaman kn.syukur diberi peluang cmtu..alhamdulillah

Unknown said...

solat tu x susah..
alhamdulillah..
sempurna idup kamu semua:)

eDdY said...

waaa..baru ku tau..hehe
tq z@ck.. :)

Unknown said...

rasa insaf lak aku emmm

Unknown said...

Assalamualaikum

Sis, you beli khuf kt mana ye? Saya tgh cari tp tak jupe la

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger