Online users

Follower

Wednesday, November 16, 2011

McD pertama

Lepas kempunan makan ayam McD kat City Plaza. Teringin makan ayam sebab kat rumah tok jarang nak jamu ayam goreng.Kalau jamu pun, si Zul tu haa yang dapat prioriti sebab dia tak makan ikan. Balik balik ayam dan telur ja. Hahaha.Alasan baik punya kan. Baru tak sampai setahun tak jejak kaki kat City Plaza, McD pun dah berubah wajah. Makin cantik. Heaven la dapat makan fries McD dengan SOS CILI YANG SANGAT BANYAK.Compared to Wellington, mana nak dapat limpahan sos cili secara percuma. Kena beli. Dah tu, bukan sos cili tapi tomato. Lembu ja makan fries kosong. So kali ni balas dendam pam sos cili tak ingat orang belakang. Hohoho.

Makan pun laju laju pasal nak cari rak buku pulak lepas tu. Nak kena cepat sebab hari makin gelap.Kang bising pulak tok kat rumah tu. Biasalah, anak dara. Mana elok keluar sampai lewat malam ni. Kat rumah aku memang jadi cucu yang baik. Masuk maktab, jadi jahat sikit la.Lepas isyak baru balik. Hehehe. Tapi keluar dengan member perempuan la.

p/s: Teringin pulak ais krim mekdi.

6 comments:

aReLaN said...

tiap kali balik malaysia dari oversea time blaja dlu pn slalu jd gni.kempunan nak makan sme bnda.hahaha

HappyIrfa said...

mmg la kat oversea nak dapat sos cili kena bayar :-( kita tekak suka pedas x lalu makan la kalau xde sos cili.

lepas gian yer..hehe

Cik Aien said...

Agak ketinggalan bila hang kate dh ada kat kedah :pp

so agak lama xusha beloq hang!

izyantyPersonalTaste said...

gambar tu buat sy nak mkn mcd, padahal tak suka mcd hehe...

Mysara Newrie said...

tetiba rasa nak makan MCD pulak dah nie -.-

eDdY said...

aq rela mkn fries xder sos dari letak sos tomato..
mcd kat sini pon xder sos cili..
aq pelik diorg ni..xreti mkn cili..haha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger