Online users

Follower

Friday, December 9, 2011

Emas oh emas

Petang semalam pergi kedai emas dengan tok dan mak su.Hajat nak tukar gelang tangan aku. Dah tak muat pakai pasal gelang tu buat time aku kecik. So, tok ajak pi tukar ambil design baru. You know what, tok beli gelang tu zaman dulu RM 1200 tapi sekarang nilainya dah mencanak jadi RM3900. Banyak kan? Harga emas sekarang tengah tinggi. Dulu aku macam tak faham sangat pasal apa la orang suka sangat emas ni. Bagi aku silver lagi cantik. Emas nampak sangat tua. LOL.Tapi bila dapat tahu nilainya, terus suka emas. Hahaha. Lagipun emas ni pelaburan jangka masa panjang. Tak rugi pun beli. Korang yang ada duit lebih tu, simpan la sikit untuk beli emas.

Rambang mata nak pilih mana satu. Tak mau yang nampak tua sangat. Nampaknya taste tok dan aku sangat berbeza. Tok selagi boleh nak amik yang paling besaq bagi kat aku. Tapi, aku masih muda remaja. Tak suka la besaq besaq sangat.Nampak macam mami jarum sangat aih.Hahaha.

Hang tengok, emas 999 segram RM 208. Emas 916 pulak segram RM 197.Aku tanya tokeh apa beza 999 dengan 916, dia kata 999 kuning macam kunyit dan lembik sikit. 916 pulak, keras sikit. Apa yang lembik pun aku tak faham. Emas tu kot. Malas nak tanya banyak banyak.Hahaha.

Tok kenal lama dah dengan tokey emas ni. Dulu beli gelang pun kat dia. Sekarang tukar pun kat dia. 30 tahun dah buka bisnes emas.Kedai dia pernah kena pecah masuk. Sekarang ni dia display barang kemas sepinggan dua ja. Yang lain dia simpan dalam. Takut kena pecah masuk lagi. Bila ada 'bond' dengan tokey kedai, dia boleh kaw tim harga patut bagi kat tok. Tu yang syok tu. Banyak juga dia kasi diskaun.Orang kata harga adik beradik.1 Malaysia meh! =D Tokey dengan bini fasih betul cakap melayu. Langsung tak ada bunyi pelat cino.

Sekarang ni Maybank ada buat Maybank Gold Investment Account. Kiranya ampa buka akaun untuk beli emas through online dan ampa boleh jual balik emas tu bila ampa nak. Untung jual time harga emas tengah tinggi la. Contoh , waktu ampa beli emas 1 gram= RM 197, sekali harga emas naik lagi kepada RM 208, so ampa jual la time tu. Dapat la untung RM 11 segram. Faham tak? Assume ampa faham la noh. Aku tak buka pun lagi pasal duit tengah ilek dalam akaun. Tunggu duit berkepuk nanti, aku buka la. Aku tahu ni pun dari Wan.

p/s: Botak la kepala bakal suami kalau nak kahwin time ni. Harga emas mahal oi. Hehehe. Kesimpulannya, start saving now!

9 comments:

Suria said...

emas 999 tu rasanya 100% emas, 916 tu ada tambahan bahan lain tu yg buat dia keras skit...huhu *rasanya dlu ada org bagitau..

tu pn bru turun ja, kalo x 2bln lps kot hrga dia naik rm200++ /gram pastu hrga dia jatuh tu yg jd bwh 200 tu, pasni dgq kata nk naik lagi...huhu~~

lina said...

mmg bagus gold investment ni. Tapi kne pastikan bebetul dulu mana yg patut syariah, mana yg tak.

sy tengah tunggu berduit gak, nak melabur emas. La ni mahai sgt.

Aisumi Chan Kawa'i said...

hohh~ kalau tgk barang kemas mesti rambang mata.. kdg2 lepak sampai berjam-jam.. me n my mami la slalu nya :P

Fabulous Me said...

Salam kenal..

Mmg mas ni berbaloi2.. Sis pon bru je suke mas ni. Dlu lagi suke white gold, sbb nmpk muda. Lol. Tpi mak berbuih laa mulot advice mas putih xdak rege. Tp bli gak kan? La ni bru dpt feeel emas kuning. Sbb dah kwin kot :p dah tua. Ahaks. And buat investment emas ni mmg berbaloi2. GERAM je fkir $$$$ isk isk isk.. :)

gula merah said...

akak dulu x suka pakai mas sampai la nih ( lega laki aku )..dr bli gelang mas baik bli jongkong mas, p melabur..hehhehe..

oshinz said...

taun depan harga emas naik lagi woi.. suruh mat arip jual durian banyak-banyak. hahaha. beli time CNY nanti murah skit.

Cik Puan Hafiza said...

betul cakap suria tu, emas 916, kandungan emas dia 91.6%, selebihnya dia campur dengan bahan lain nak bagi keras.

emas 999 ni biasa orang beli untuk melabur, yang jual dalam bentuk keping/syiling tu. Kalau melabur dalam bank (a/c emas tu) dia pakai emas 999 lah.

beli emas tak rugi. Nabi kita dah cakap dah, emas pelaburan yang terbaik. Kalau ada duit lebih, dari beli kete, baik beli emas. Lagi untung! Kete tambah hutang, emas tambah duit. Hahaha =)

eh, terpanjang sudah..

eDdY said...

aq mmg xtau apa2 pasal emas ni..wakaka..
nyway..thanx 4 da info :)

Tina said...

kedai kat pantai johoq ni kan zack?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger