Online users

Follower

Wednesday, December 7, 2011

Tak perlu masak dah.

Tok dah balik rumah. Lega. Tak gaduh fikir nak masak apa untuk lunch dah. Hohoho.Dasar pemalas kan. Aku bukan apa. Kalau bahan mentah ada, tak apa jugak. Ini tok tak tinggal lauk apa melainkan ayam. Duk ulang makan ayam setiap hari. Bosan oh. Hari first buat sambal telur dengan ayam goreng. Second day, buat ayam masak kicap. Third day, buat sambal sardin dengan ayam goreng. Memang kalau aku yang masuk dapur, makanannya simple macam tu je la. Tak masak kicap, sambal. Bukan dapur sendiri. So, malas. Kalau dapur sendiri, bahan mentah cukup, hari hari aku masak sedap. Hahaha. Lagi satu, tok ni tradisional. Orang lama kan. Ada jugak hari tu terfikir nak buat gulai ayam. Tapi memikirkan santan segera tak ada, cancel terus. Nyioq yang dah dikukur tu ada tapi aku tak reti nak guna. Selalu tok blend dengan air kemudian perah untuk dapatkan santan. Air pulak tak boleh pakai main tuang ja. Takut tercair. Aaaahhh..senang cakap, aku memang tak reti perah santan. Modern la katakan. Beli yang siap dalam tin sudeh.


Hari ini tok masak asam pedas ikan pari. Wah. Heaven. Lama mana dah tak makan ikan pari. Sambal belacan tok kali ni sangat pedas. Gua yang tahan pedas pun boleh menjelir lidah. Pedas teruk tapi sedap. Pecah peluh eden haa. Effect drastik lepas makan, terus ke toilet. =.= Syabas tok, syabas!

6 comments:

Irfa said...

sejak dah kawen ni baru 2 kali akak try buat asam pedas.adik2 komplen tak sedap,suami lak tak kata apa..mungkin tak sampai hati.
hehe

[z@ck] said...

Irfa..
hahaha.masakan isteri biarpun tawar, suami tetap kata sedap. jaga hati =)

aReLaN said...

rndu lak kat asam pedas nenek.wuuuuu

Cik Kamoo said...

dah lama tak makan asam pedas .... sedapnye!!!!

[z@ck] said...

aReLaN..
nanti balik kmpung, suh nenek buat.

Cik Kamoo..
=)

eDdY said...

sedap sgt asam pedas tu nampak nyer..hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger