Online users

Follower

Saturday, January 21, 2012

Kotak Welly dah sampai


Kotak dari Welly dah sampai. Gembira tak terkata. Macam dapat hadiah pulak kan. Padahal kotak barang sendiri. Hahaha. Pergi amik semalam dekat rumah Dya. Operasi menggeledah dijalankan pagi tadi. Aku sendiri tak ingat apa yang ada dalam dua kotak ni. Yang paling aku ingat, kasut sukan la. Duduk tak senang tak ada kasut sukan kat maktab. Kononnya nak turun jogging petang petang. I need to lose some weight. Dah macam bambino dah ni.

So, bila buka first kotak, benda first yang aku nampak patung biri biri. Wah. Mummy rindu sama kamu wahai biri biri. Waktu kat Welly, sheep ni la pelengkap tidur aku. Walaupun kecik, tetap best peluk pasal bulu dia lembut. Beli kat Queenstown dengan harga hanya 10 dollars. Konfirm bawa balik maktab!

Antara koleksi FM sepanjang 2 tahun pengajian di Wellington, NZ. Setiap kali pergi road trip, mesti tak lupa beli FM. Setiap tempat, satu. Orang minta memang cek tak bagi punya la. Current addiction.

Boomerang. Elok dalam plastik lagi. Memang niat nak beli untuk letak kat rumah sendiri nanti as perhiasan. Nak main tak reti. Kang tak return return boomerang tu kang susah. Hohoho. Beli kat Sydney. Super cheap. 2 dollars only.

Hadiah dari AJK WMSO yang baru. Kompilasi gambar sepanjang setahun bergelar S/U WMSO. Dalam banyak banyak gambar, hat hidung kembang ni jugak la depa pilih jadi muka depan =,= Gasak la. Asal ikhlas, ye tak?

Baju I <3 NZ. Kawan tempah. Minta guna air liur saja memang tak dapek la kan. Bukan berkira, tapi kalau sepuluh yang minta guna air liur macam mana? Aku student, bukan ahli diplomat yang kaya raya. Harap faham.

7 comments:

Asyraf Kamarul said...

baling je boomerang tu mesti return punya..

[z@ck] said...

Asyraf Kamarul..
ada teknik dia. if tak, kena kepala orang, naya eden!

Princess Feyqa said...

bestnyeee brg2 tu hee

[z@ck] said...

Princess Feyqa...
=)

eDdY said...

seronok benor aya nyer dpt barang..hehe
mesti eksited dier cam dapat adiah..pastu x tahu aper ader dlam kan..haha

[z@ck] said...

eDdy..
yes..exactly.bila buka teruja.padahal barang sendiri.HAHAHA

Irfa said...

seronok macam dapat hadiah ye.
hehe..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger