Online users

Follower

Sunday, January 22, 2012

What did I do today

Seharian aku tak duduk senang. Kejap duduk atas, kejap turun bawah. Kipas buka 5 pun aku still rasa panas dan berkuap. Rumah kayu memang macam ni. Kalau siang, atas rumah tu bahang bukan main. Buka la kipas sampai 5 pun, angin dia tak rasa sangat pun. So, selalunya siang aku lebih suka lepak kat bawah. Ada lantai marmar. Sejuk sikit. Tapi, satu je lah tak best. TV bawah tak ada astro. Hahaha. Kalau malam, duduk atas memang best. Sejuk. Kalau tidur tak tarik selimut tak sah la.

Petang tadi, tok suruh jolok pokok asam. Tok ni selagi boleh nak jimat. Tak ada maknanya dia nak beli kat kedai. Mahal katanya. Pokok asam tu buah dia boleh buat asam jawa (Perlu ke bagitau? Rasanya semua orang pun tahu.LOL) So, mak su gigih la cantum beberapa batang kayu untuk dibuat galah. Memang panjang betul galah tu pasal pokok asam sangat tinggi. Dah pasang elok, bila diangkat, lembik. Kayu yang support cangkuk tak berapa nak 'tough'. Hasilnya, bila try tegakkan galah, meliuk lentok galah tu. Tak nak straight. Mendukacitakan betul! Tapi, kami try jugak nak jolok. Melekat jugak la kat pokok tapi bila ditarik buah asam tu, yang jatuh berguguran hanyalah segugus. Sadis betul.

Waktu nak jolok pokok asam ni, dengar mak su minta izin kat 'tuan tanah'. "Anak cucu nak minta izin jolok pokok asam" Scary gila. Pasal depan pokok asam ni ada rumah kosong yang dah tak berpenghuni. Rumah tu ala ala rumah tok tapi lagi teruk la condition pasal dah terbiar. Dari luar boleh nampak sofa dan beberapa perabot still ada dalam rumah tu. So far aku tak pernah dengar lagi la benda pelik jadi kat rumah tu. Tapi orang putih ada cakap 'prevention is better than cure'. Minta pi la izin. Kot satgi pakai amik harta benda 'orang lain', dia mengamuk tak pasal dikacaunya kita anak cucu. Eeee! Minta simpang la!

9 comments:

nunun noordin said...

rumah kat mana weh?yang macam cantik yang aku kata aku p amik gmbaq tu ka?

[z@ck] said...

nunun..
bkan yg tu..yg lain.belah kiri(klu ang ngadap umah tok aku)

Rumaysa said...

tetiba dia balaih..."bila aku kawen dgn tok hang?!" hiks.

NIZAM said...

kenapa seram sgt wei? adeyh. huhu

Just.wanie said...

penah dgr ceramah ustaz mne ntah ckp , kita tak boleh ckp 'anak cucu' sbb 'benda' tu kalau kita anggap dia tu 'tok' kita , dia jadi lagi besaq . jadi ckp 'tumpang amik jaa' ...

nunun noordin said...

yang kayu tu?

eDdY said...

ko da pernah nampak aper2 ke kat umah tu z@ck?

lienda said...

cakap jeh,anak cucu nak amek sikit jeh !

[z@ck] said...

Rumaysa..
kalau dia balas, memang lari tak cukup tanah la jawabnya.hahaha

NIZAM..
maybe sbb baca time malam kot. cuba siang. konfirm rileks ja.hahaha

Just.wanie..
ye ke? adeh.dah terlanjur cakap.next time la cakap macam tu

nunun noordin..
yesza.yg tu.

eDdy..
so far tak pernah. dan aku mmg tanak tgok. takut.

lienda..
wah wah. =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger