Online users

Follower

Monday, March 19, 2012

Marriage

Apabila hidup dikelilingi orang yang dah bertunang, sedikit sebanyak aku pun ter 'effect' jugak in terms of penjagaan diri dan sebagainya. Tak ada la ramai pun kawan aku yang bertunang. Yang betul betul rapat cuma sorang. Tapi boleh nampak la perbezaan orang yang nak menuju ke arah perkahwinan dengan aku yang masih lagi tak ada apa apa ni. Contohnya, dorang akan sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan. Banyak membaca buku ber 'genre' kan agama seperti "Tips menjadi wanita solehah". Aku sempat baca dua tiga helai dalam lecture tadi. Menarik. Kandungan yang sangat ringkas dan padat pengisiannya. Banyak berkisar tanggungjawab dan doa yang boleh diamalkan. Kadang kadang tergelak jugak baca tambah tambah part tanggungjawab isteri terhadap suami (Mode gatai). Bila dah kahwin, suami mintak, kena bagi. Tak boleh bantah. Faham faham je lah maksudnya ye =P Lepas tu mula la membayangkan diri sendiri bila dah kahwin nanti. HAHAHA.

Bukan tu ja, orang yang bakal berkahwin ni dia jaga betul bab kecantikan diri. Of course la kan. Lotion tak tinggal, sapu setiap malam. Nak buat pedicure, manicure, massage etc. See, semua untuk bakal suami. Dah tu, bila dah masuk bab ni, mulalah melalut sampai bab anak. Kejap ja masa berlalu. Macam tak percaya kawan sendiri dah nak kahwin. Bila sampai stage ni, dah lali dah bila orang asyik tanya bila nak kahwin. Kadang kadang sampai rasa meluat pun ada. Memang la niat depa nak melawak ja tapi kadang kadang aku yang emo lebih. Kalau boleh, sekarang jugak aku nak kahwin. Tapi kahwin bukan benda kecik oi. Macam macam benda nak fikir. No money, no kahwin. Teringat tok cakap...

"Hang berjimat jimat sikit la Pirah oi. Nanti nak nikah semua pakai banyak duit. Tok mana ada duit. La ni dengan pelamin lagi, bunga teluq lagi, makan lagi bla bla bla"

Tok sebut pelamin dulu. Ingatkan dia menentang keras bab bersanding atas pelamin. Conservative kan...Hehehe.

9 comments:

NIZAM said...

Fuhh. nasib baik aku lelaki. takyah gaduh2 bab kawen. cool je. hehe.

tp kan bab mintak kena bagi tu, suami pun camtu tau. kalo isteri mintak kena gak bg tau. kalo tak silap. hehehe[baca kat mingguan wanita]

[z@ck] said...

NIZAM..
kena saling bertolak ansur la jawabnya.hehehe

aReLaN said...

hahaha...amboi.suka no tang tu.nak kawen gak!!!wuuuu

[z@ck] said...

aReLaN..
hahaha..haruslah noks! =D

eDdY said...

tetiba mai mood gatai rasa la ni jugak nak kawen..haha

[z@ck] said...

eDdy..
amboih! calon dah ada? jgn lupa jmput aku!

Fatin Aliyya said...

hehe soklan wajib : kak firah bila lagi?hehe.XD

so true.bila masuk alam 2o plus plus ni, dia pny feel lain mcm sket.suma org pakat dok tny sokln cepumas bagai.hehe.:)

fatin doakan semoga kak firah cpt2 naik pelamin :)

Sweetie said...

Tak maknanya nak losyen sana, pedicure, manicure, massage segala macam tu z@ck! Dah kawin nanti sume tu dah tak sempat dah. Bangun je pagi lepas solat sibuk nak buat sarapan lah, kemas rumah la, basuh kain baju la pastu nak masak utk lunchla, lipat kain lah, eii segala macam. Tak sempatttt z@ck.So hargai zaman bujang ni sepuas-puasnya.

Irfa said...

setuju ngan sweetie ;)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger