Online users

Follower

Sunday, April 15, 2012

Review Feringghi Garden Restaurant

Untuk yang pergi Batu Feringghi, kalau korang tak singgah makan kat Feringghi Garden Restaurant, korang memang rugi beeeeeesaaaaaaar. Bagi aku, restoran ni sangat perfect untuk yang nak candle light dinner. Makanan pun sodap. Ambience tip top. Walaweh. Time taip entry ni pun, hati berbunga bunga. Tiba tiba teringat balik momen momen indah dinner kat situ. Restoran ni kalau tengok dari luar, memang nampak hutan banat ja tapi once dah step in the place, masya-Allah. Cantik sangat sangat. Mula mula takut jugak nak masuk sini sebab konfirm punya la makanan mahal. Tapi sebab nak proper dinner sempena bachelorette party Adawiah, layankan aje lah.

The waiters are very friendly. Bayangkan je lah. Dorang tolong tarik kerusi, tolong letakkan napkin atas riba. Ya ampun. Memang class la you'olls. Semua terkedu sebab tak sangka sampai macam ni sekali layanan dorang. Most of the waiters are non-Malaysian. Geng Bangla yang banyak. Bila dah settle down, dorang bagi menu. Kitorang makan outdoor so lampu romantik sikit la. Nak baca menu, memang tak nampak. Dorang provide portable light, siap kepit kat menu book untuk memudahkan kitorang baca all the menus. Wargh. Sekali lagi macam orang jakun. Excited habaq haaaanggg. Tak pernah experience baca menu bersuluhkan lampu. Very the class gitu.
Dapat complimentary dish which is cheese bread. Makanan memang terbaik. Sedap. Memang berbaloi makan kat sini even bayarannya agak pricey sikit. Air mineral sebotol sampai RM 5. Nangis you'olls T_T Portion, just nice.

Carbonara Elina. Creamy gileeeer.

Seafood Tomyam Adawiah. Menyengat gileeeer. Tapi still Asama terbaik.

Nasi goreng Kema. Me totally forgot this menu. Tak bagi papadom, tapi nachos.

Mine. Pineapple fried rice. Sedap jugak cuma a bit dry for me. Would be nice if you can serve the 'sambal belacan' as well. Tobat review lagi baik. Hahaha.

Makan tepi kolam ikan.


Lagi satu yang aku suka pasal waiter restoran ni, dorang selalu datang ke meja tanya ok ke tak makanan, ada apa apa lagi nak tambah. Memang mengutamakan kepuasan pelanggan. Dan dorang juga sentiasa tersenyum.Makan pun sonang hati bila tengok waiters ceria ja. Dah habis makan, kitorang minta izin nak ambil gambar around the restaurant. Bukan setakat dapat izin, dorang tolong bawa pusing pusing tempat tu lagi. Siap tolong jadi photographer kitorang lagi. Mak loike! Waiter tu berkenan sungguh kat Kema. Pantang Kema buat silly face sikit, dia terhibur. Gelak mengekek ngekek. Told ya Kema, you deserve to be in Raja Lawak. Hehehe.

Maka, banyaklah gambar berenam.

Entrance belakang I guess? Sesuai dengan namanya, restoran ni berkonsepkan taman dengan dipenuhi pokok dan bunga yang sangat cantik. Tambah pulak dengan effect lighting yang berwarna warni, lagilah menambah seri restoran ni.

Woah woah. Kalau nak booking untuk buat wedding reception pun boleh =)

Kat toilet pun jadi kerja =,= Tu la.Sapa suruh cantik sangat. Setiap corner nak ambil gambar.Huhuhu.

Baru figure out yang Feringghi Garden Restaurant ni ada blog jugak. Untuk gambaran yang lebih jelas pasal restoran ni, boleh lawat blog dorang kat [sini] Gambar lagi clear.

Aku memang recommend tempat ni 100% untuk korang yang nak buat surprise untuk yang tersayang. Memang sangat sesuai.

5 comments:

YattAkasah said...

wah bestnye makan2...nyum2..

Anonymous said...

cantik view tempat ni. :)

eDdY said...

pergh..mmg stail habis..
makanan dier pon nampak sedap..hehe
kalo x silap aq..yg carbonara elina tu bukan carbonara kan..tu marinara..
kalo silap sori..kui3 :P

aReLaN said...

gambar makanan tu memang tak menahan.meleleh air liur.gi penang pon jarang yang amat.ntah bila la leh jejak kaki makan kat situ agaknya...

R.os said...

tempat ni mmg best...
last year office buat bbq dinner kat sini ...mabelesss!!

hihihi

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger