Online users

Follower

Sunday, May 6, 2012

DIY project : Tambah crown kat tudung bawal

Aku ni bukanlah banyak duit sangat. So, selagi boleh jimat, aku berjimat lah. Tapi in terms of makanan, aku tak berkira. Kalau teringin nak makan, aku belasah ja makan. Asal perut kenyang, hati pun banyak senang. In terms of barang, aku memang choosy sikit. Choosy dalam erti kata lain, selagi boleh dapat harga murah, kita dapatkan. Kalau setakat nak kejar brand, memang tak terkejar la. Mahal, plus kualiti lebih kurang sama. So, why don't you just go for the cheapest one?


Sekarang, tudung bawal tengah in trend. Bawal plain la, printed la, sulam la etc. So, sebagai seorang yang kadang kadang ikut trend jugak, aku pun beli la bawal plain. Orang cakap kat Jalan TAR, bawal plain boleh dapat dengan harga RM 5 sahaja. Maka, disebabkan aku jauh dari Jalan TAR, I opt for online shopping. Online shopping pun aku choosy jugak. Sebab dah tau kat jalan TAR boleh dapat RM 5 ja, maka aku budget online punya pun harga tak lari jauh bila include postage. Luckily, ada member aku yang buat bisnes tudung bawal ni. Kalau beli banyak kat dia, satu tudung jadi RM 7 include postage which is way cheaper than beli kat kedai. Ateeee..tunggu apa lagi? Grab la sehelai dua. First time aku beli, risau jugak takut material dia tak sedap pakai. Tapi bila dah sampai, try pakai, alhamdulillah, kain sedap pakai. Senang bentuk jugak.

Lepas tu, tertengok pulak Adawiah DIY crown atas tudung. Sangat cantik di mata aku. Tanya dia kos crown tu berapa. Dia cakap boleh dapat below RM 10 depends on pattern.Harga boleh up to RM 20 la. So, aku pn sibuk la pergi cari crown tu kat kedai barang kahwin. Sampai ke A tu Z mencari crown tu. Padahal kat SP ni pun ada. Sebab Adawiah beli kat situ. That's why sibuk jugak nak beli kat situ. Newbie la katakan.
Contoh crown. Jenuh search gambar kat google.Taip crown, keluar crown bunga sulam. Taip batu tudung, baru jumpa. Ok fine. Batu tudung, not crown. Credits to http://kedaicikfara.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

Balik bilik, start projek DIY crown. Terketar ketar jugak la waktu first time nak buat tu. Takut tak balance. Benda alah tu sekali dah melekat, susah dah nak cabut balik pasal gam dia kuat. So, sebelum nak iron tu, kena make sure benda tu betul betul dah center. Percubaan pertama boleh dikatakan berjaya jugak la cuma crown tu agak kedepan sedikit. 


 Hasil DIY crown. Kenapa crown? Tanya Adawiah. Dia yang start panggil crown, aku pun terikut sekali. Peer influence betul.

Dah berjaya kat satu tudung, habis tudung plain yang lain pun aku letak crown.Hihihi.Rasa syok pulak DIY.Ewah.

Nak bagi tau kat sini, kalau DIY, lagi murah. Jimat banyak. Aku tengok kat kedai jual sampai RM 29. Ada sampai RM 35 *pitam* Kalau DIY macam aku ni, tak sampai RM 20 pun weh. Campur harga tudung dan crown/tudung batu. Kalau nak batu yang lagi banyak, maka lagi tinggi la kos. But still DIY lagi jimat. 

Nanti senang senang aku buat tutorial macam mana nak tampal crown ni ye.Kalau aku senang dan rajin la.Hahaha.

14 comments:

Nour Eyza said...

eiiii.. boleh eh? nak jugakkkkk... beli dekat mana batu tudung tu???

[z@ck] said...

Nour Eyza..
selalu kat kedai jual barang kahwin ada jual.kat kedai barang jahit pun ada rasanya =)

eDdY said...

crown tu mende yg berkilat tu ek?? mmg ni tgh trend ker mende alah ni??

DAWIA. HONEYPUTRI said...

nak cuba la nanti ;)

[z@ck] said...

eDdy..
ha'ah..yg berkilat2 tu la..boleh dikatakan tengah trend jugak la skang ni.hehehe

DAWIA HONEYPUTRI..
sila sila =)

aReLaN said...

hohoho...bagus2.berjimat lah selagi boleh kan.tapi sume tu terpulang atas diri rajin atau tak jela. :)

shera haifa said...

menarik!!

Ateyn Bella said...

waaaa, idea yg bernas! ;D

Nour Eyza said...

eii..best2,..nak cuba jugak la.. beli tudung plain murah2 pastu tambah je crown..tayah beli yg mahal2 tu kan..hheheh

...aRa... said...

pirah... bli tudung online tu kat mna?

[z@ck] said...

Nour Eyza..
yesza..penjimatan terhebat =)

ara..
beli kat member..
http://www.facebook.com/bawal.pizzearts

amna said...

salam, nak tanya kdai mana kat jalan TAR yg ada jual bawal plain rm5? berminattlah.. :)

FADZ said...

a'ah saye pun jual tudung crown ni..batu tu boleh cari kt kedai brg kawen. kt kedah ni, Rainbow :) cantik2 batu die :)

Kyra Shahrina said...

-tumpang iklan-
<3 <3 <3 BAWAL PLAIN KANGAROO <3 <3 <3
- BAWAL PLAIN KANGAROO -
PRICE : SEHELAI RM6 (tidak termasuk postage)
1KODI = 20HELAI RM100 (termasuk postage Malaysia)
BIDANG : 45
BRAND : KANGAROO
* PELBAGAI PILIHAN WARNA
* MUDAH DIPAKAI
* SENANG BENTUK
* KAIN BERKUALITI
* LEBIH 1000 HELAI DIJUAL DALAM SEMINGGU
* SERIOUS BUYERS ONLY !!!
POSTAGE : SETIAP HARI SABTU
NEXT POSTAGE 12 APRIL 2014
TEMPAH SEKARANG !!!
CALL/SMS/WHATSAPP 017-8480049 UNTUK ORDER , TERIMA KASIH :)
UNTUK PILIHAN WARNA KLIK http://goo.gl/LAEBlR

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger