Online users

Follower

Monday, May 21, 2012

House hunting begins.

House hunting sudah pun bermula. Minggu ni just busy waktu pagi je. Petang free. So, tadi pergi la riki riki taman yang dekat dengan sekolah. Too bad, there's none in Kota Kuala Muda district. Kecewa. Kitorang cari area Tikam Batu. Kebanyakan rumah yang kami dapat, semuanya homestay and they charge us on daily basis. Bila tanya boleh tak nak buat sewa for 4 months, semua reject. Ye lah. Dorang rugi la. Rumah dah cantik, fully furnished, siap aircond nak charge below RM 300. Memang tak dapat la kan. Penat jugak mencari rumah sewa ni. Time nak give up tu la baru jumpa rumah untuk disewa. Excited dial number. Sekali rumah tu dah ada orang book.Tau tak perasaan bila terlepas peluang tu? Nak lagi, bila dapat tau rumah tu di book semalam. Bukan minggu lepas, tapi semalam. Terlambat sehari ja pun.Rasa macam................why la why.....Mak cik tu siap cakap "Sorry la. Saya kat Penang. Tak sempat nak buang advertisement tu" Saja ja tau mak cik ni. Bagi harapan pelesu kat we'olls. Lepas tu nampak satu lagi homestay. Nampak cantik. Telefon la bercakap dengan Encik Adnan. Sopan santun orangnya. Dia cakap memang tak dapek la nak buat sewa sebab dorang tak balik modal. Dah la satu rumah pasang aircond. Ada hati nak bayar below RM 300. Tapi dia bagus. Try nak tolong kitorang carikan rumah sewa. Dia cakap around RM 200 pun boleh dapat dah kalau nak sewa.

Disebabkan tak nak mengharap pada yang satu, kitorang cari je rumah sewa lain. Pusing masuk Taman Pekula,   tak ada. Scary ok perumahan kat situ. Sorry to say la tapi aku tak favour housing area situ sebab sangat padat. Tak terjangkau dek akal fikiranku macam mana la dorang boleh tinggal dalam kawasan yang sangat sempit. Nak amik lap parking kereta dalam rumah pun tak ada. Memang menangis la aku kalau duduk area situ. Dah terbiasa laman besar kot.Huhuhu. Pergi Taman Jenaris pulak. Haa. Kat taman ni aku puas hati sikit. Nampak teratur rumah dia. Tak serabut macam Taman Pekula. Pun tak ada yang kosong. Sedih mak noks. 

Harapan terakhir, Taman Rhu. Ada 3 fasa. Fasa 1 dan 2 tak ada. Kat Fasa 3, banyak rumah kosong tapi tak ada notis nak sewa ke apa. Sabar je lah. Punya nak cerita banyak homestay yang dah kitorang call, sampai tak sedar ter call orang yang sama sampai dua kali. Punya desperate nak cari rumah la katakan. Orang tu siap cam lagi, "Ini yang cari rumah untuk praktikum tu eh?" Ok. Malu sekejap T_T Still, kena reject. Alahai. Pusing punya pusing, jumpa satu rumah ni. Kebetulan depan rumah tu, ada mak cik jual kuih. Dia bagitau tuan rumah tu  nak bagi sewa. Baru je beberapa hari lepas ada orang keluar.Rumah still bersih lagi la cuma tak ada perabot. Kira kalau masuk, memang rumah tu kosong. Nak bagi sewa RM170 ja. Haa.Tunggu lagi. Dah murah habis tu. Terus amik contact. Call dia tak dapat. Mak cik tu cakap akak tu polis. Maybe dia off phone sebab tengah handle kes ke apa. Harap harap dapat la rumah tu. At least, halfway perjalanan dah cover compared to duduk maktab.Almost an hour kot. Tak sanggup.Huhu.

Alang alang sekolah dah dekat dengan Pulau Sayak, pekena nasi goreng udang sedas. Ke-lia!

Oh. Terima kasih kepada yang bagi contact number sedara area situ. Saya dah contact that person dan sekarang still menunggu jawapan. Terima kasih banyak banyak =)

6 comments:

Qasey Honey said...

asslm Zack..tgh mcari rumah sewa yer...kena cari yg betul2 tu...takut ade masalah lain pula...pastikan kawasan tu selamat n rumah dlm keadaan elok jugak...

sedap tgk nasi goreng nudang kt bwh tu...

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam zack.. wahh pening tu pusing sana sini cari rumah sewa.. dah merasa jugak dulu masa nak cari rumah dulu la... hehhee..

Semoga segala urusan di permudahkan Aaminnn......

eDdY said...

gudlak z@ck..insyaallah ader la nnt tu..hee..aper2 pon nasi goreng tu nmpak sgt2 sedap..hehe

Nur Hafiza Rahsid said...

salam.

betul lah. carik rumah sewa macam nak menangis hentak kaki stress. macam kita sem 2 kat unimas. dah start carik rumah sewa. tapi cobaan. sebab cuti semkan nanti lama, kami bookinglah awal2. tapi banyak rumah yang kena bayar deposit+duit sewa masa cuti. susah nak carik rumah memenuhi idaman hati. boleh kata kategori mahal kot. rumah flat 3 bilik kosong takde furniture=rm500.pitamm.

then ada jugak jumpa rumah teres yang sangat cantikk berkenan! tapiii dah ada org amik pulak..kiteorg call lepas maghrib camtu, rupanya dah ade org booking petang tu.sobsobss babai rumah cantik .

last2 nnt duduk rumah senior yang da nak abes sem nih. okeyla.. harap2 takde masalah lagi lepas nih.

R said...

Wish I have a house to rent for u over there. Sigh...wishing u the best I doa you all dpt yg elok and yg terbaik. InsyaAllah ada jalan tu. Take care!

rambo man said...

As salam, sy Adi dr Kedah...juga seorg guru sdg mencari rumah sewa di area Kota Kuala Muda Kedah...boleh saudari tolong bantu sy?....terima kasih 18.12.2014

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger