Online users

Follower

Thursday, May 17, 2012

Tutorial DIY letak crown/batu manik atas tudung bawal

Hallu semua. Hari tu aku ada janji nak buat tutorial tampal crown/batu manik kat tudung bila free kan? Here you go. Tengah free ni. Meh tengok macam mana nak letak crown/batu manik kat tudung.

 First thing first, haruslah ada tudung dan batu maniknya ya kawan kawan.

Lepas tu, lipat tudung tu jadi segitiga macam ni. Imagine hang nak pakai tudung, haa..lipat macam tu.Make sure sebelum lipat tudung tu, dah iron semua bahagian tudung tu.

Then, iron bahagian atas tudung tu, bahagian yang selalu gegirl tiup tiup nak bagi hilang gelembung kat tudung tu. Faham tak? Dapat bayang tak? Tak perlu iron end to end but just the center part. Iron ni sebab nak bagi ada line ja kat tudung tu so that senang hang nak bajet letak crown tu kat mana.

Dah lepas iron bahagian atas tudung tu, kita kasi lipat tudung tu sekali lagi kepada dua bahagian yang sama panjang. Ibarat hang nak pin tudung ke bawah la.Make sure hujung tudung tu kiri dan kanan sama panjang. Ini penting ye sebab nak bajet crown tu in center. Kalau tak sama panjang, kang crown tak balance pulak.

Dah divide into two parts, iron bahagian tu pulak.

Lepas iron, tudung akan jadi line macam ni. Macam simbol tambah. Haa..jadi tak? Kalau tak jadi, iron semula sampai jadi.Hahaha.

Kemudian, tarik plastik crown/batu manik tu dari base dia secara perlahan lahan. Make sure batu dia tak terlucut. Jangan ganas sangat, sebab certain jenis batu, gam dia tak kuat. Nanti tercabut pulak batu tu.

So, letakkan tudung tu atas iron board. Nampak tak line tu? Haa..Ini la gunanya. Untuk memastikan batu manik ni balance kiri dan kanan. Korang pandai pandai la bajet batu manik tu dari hujung tudung. Jangan letak belakang sangat, kang nanti bila pakai, crown duduk belakang kepala. Tak cantik. Make sure jarak dia dari hujung tudung tu dalam half jengkal jari korang. Depends jugak dekat pattern batu tu. Kalau lebat macam ni, letak belakang sikit pun tak pa. Kalau yang style one line tu, I would prefer you to make it half jengkal or even less. Pandai pandai la korang bajet.


Then, lapik kain lain atas batu manik. 

Kemudian, iron la batu manik tu. Iron biar lama sikit tau. Nak pastikan batu tu betul betul dah melekat kat atas tudung.

Agak agak dah lama iron tu, boleh la try buka plastik tu.Kalau tak ada batu yang melekat kat plastik, itu tandanya batu dah well glued to the scarf. So, boleh tarik sampai habis. Kalau still ada yang melekat kat plastik, iron balik sampai melekat.

 Tadaaa! Siap untuk diperagakan.Hehehe.

Macam ni la rupanya lepas dah iron. Could make it more to the front tapi dah silap bajet, macam ke belakang sangat la pulop. Huhuhu.No turning back.Once you've glued it, jangan harap nak buka balik. So, hati hati la time buat ye. Make sure betul betul center dan tak ke belakang sangat.

Selamat mencuba!

9 comments:

sarah mohamad said...

Sangat senang! Lepas ni boleh buat sendiri dan jimat!

[z@ck] said...

sarah mohamad..
yes,senang ja nak buat ni. kejap je dah siap =)

Qasey Honey said...

wah comeiiii...tq sudi bkongsi...pasni bleh la buat sdri pula...lg jimat...mmg trend skrg ni kan...tqvm

Cik NurulZaty said...

waa..

tpi kan. kat mana bleh daPat batu2 ni eh?

aritu zaty beli tudung bwal yg dh siap ada btu ni..rm30 gak laa..wuu

[z@ck] said...

Qasey Honey..
your welcome =)

CikNurulZaty..
dekat kedai barang pengantin ada. kat kedai alat jahit pun ada rasanya =)

eDdY said...

pastu kalo nak basuh camner??
x tercabut ker batu permata tu??

[z@ck] said...

eDdy..
tak tercabut pun.gam dia kuat =)

nur ezqy said...

Rose Lace CANTIK DAN MURAH!

Assalammualaikum wbt dan slm sejahtera....
menjemput anda ke:
http://lace-rose-murah.blogspot.com

1 Row Lace Rose dijual dengan harga RM 4.50 dan RM 5.50 / meter sempena pembukaan online shop saya

Sangat Cantik....Boleh dijahit pada tudung, baju atau gaun sicomel...BANYAK LAGI WARNA MENARIK DI LAMAN WEB SAYA

Order boleh dibuat terus ke online shop

Untuk mengenali saya dengan lebih lanjut, boleh ke fb saya

http://www.facebook.com/#!/puan.shima.37 @ call/sms saya Shima: 0122429082 atau emel saya:

nurezqy@gmail.com


BABY IDAMAN said...

Manik Tampal DMC..bukan dibuat dari plastic
1 pack ada lebih kurang 1400pcs..harga mengikut size.
1) DMC hot fix starting RM7/pack
2) original Swarovski RM3/pc
3)sticker manik/baldu starting RM13
4) Mesin steam press (mesin tampal manik) RM750

more details whatsapp 0136181906 atau https://www.facebook.com/KedaiOn91Malaysia atau direct ke link album hotfix https://www.facebook.com/media/set/?set=a.794294630584815.1073741845.765928683421410&type=3

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger