Online users

Follower

Friday, November 23, 2012

Bina Insan Guru: Berakit

Lepas water confident, moh le kita berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian nye pun. Hoho. Selepas water confident, tibalah masa yang dinanti nantikan oleh kami semua. Acara membuat rakit sendiri. Malam sebelum tu, kami dah pakat dalam kumpulan.Come up with design rakit macam mana yang kami nak. Kami hanya diberi tiga batang buluh dan 6 pelampung. So, terpulang kepada kreativiti masing masing macam mana nak bagi rakit tu stabil.

Dah macam teletubbies dah sorang sorang.Omey angat!


This is my first time inventing our own raft. So kinda excited. At the same time nervous sebab after siap, kami akan berlawan dayung siapa dapat sampai ke finish line dulu. Sebelum start buat rakit, aku apply la sunblock. Punya gelojoh sapu sampai termasuk dalam mata. Pedih yang amat. Tuhan saja yang tahu. Huhuhu. Sambil buat rakit, sambil menangis. Hahaha.Epic! Kami diberi masa tak sampai 30 minit pun untuk siapkan rakit. 


So, bayangkan je lah macam mana huru haranya keadaan. Dengan tak ada experience nya, dengan panasnya, dengan tali tak cukup panjang. Memang terpaksa go nature that time. Capai je benda apa yang nampak kat pantai tu. Amik batang pokok yang dah mati sebagai extra support untuk rakit. Rasa macam survivor sangat you'olls. Sambil buat tu, jeling jeling jugak la group lain punya rakit. Macam macam design ada. Bentuk triangle ada, bentuk square ada.

 Untuk cabaran kali ni, kami di regroup. Laki dan perempuan asing.Senang sikit nak bekerjasama. Nak belaga bontot pun tak segan. Ye dak?

We came out second. Bangga dengan team I. Kalah tipis dengan group lelaki. Tipis sangat. Rasa nak tercabut tangan mendayung. Terima kasih la kepada captain I, Lily sebab berkobar kobar bagi arahan. Right! Left! Stop! Haa..Macam macam lagi la command yang keluar. Aku berapa kali tergelongsor dari lubang rakit. Tenggelam separuh dalam air. Hilang sense of balance. Mujurlah teammate sempat sambut sebelum tenggelam sepenuhnya. Time ni la paling banyak terdedah kepada sinaran matahari. Member pakai handsock stripey black and white. Bila buka handsock, tangan dia berbelang. Kesian gila. Mujur la I pakai handsock hitam. Legam semuanya. Hahaha.

 Sesi undo rakit. Time nak undo kejap je. Nak buatnya, punya lama!

Lepas selesai semua, sesi refleksi diri pulak. Memang jadi final year student ni, buat apa pun mesti kena ada refleksi. Pung pang pung pang reflect, baru cool down. Dahsyat ooo cool down session kitorang. Tak pernah pernah seumur hidup aku cool down macam ni. 

 Macam sembah apa dah sekali tengok T_T

 Ni pulak? Macam dugong terdampar.

A new experience has been created. More to come.

4 comments:

Unknown said...

sembah tuhan matahari

Lee said...

Hi, I enjoyed looking thru all the pics here. Very interesting.
Good exercise too, I guess. I love that beautiful blue sea and beach....
I sure miss the smell of the sea air.
You have a fun weekend and keep a song in your heart.
Lee.

eDdY said...

buat rakit..aku dulu masa khemah pon pernah gak wat rakit ni..tpi dlm sungai je..air punya la deras..pastu rakit mmg pakai buluh jer..susah gila la nak buat..sampai member aku ader yg hilang cermin mata jatuh dlm sungai..haha

shaty said...

ha ha ha ... masa u all buat cool session .. adalah rupa macam penyu ralit bertelur !!! tapi masa di suruh meniarap tu .. betoi ke zack .. macam dugong terdampar kekecewaan ...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger